2010-07-20

Pakcik Dicolek: Edisi Lucah

Assalamualaikum.Justify Full
Maaf entry ni dibuat dalam keadaan bengong hahaha. Balik daripada Melaka haritu (Sebab menghadiri majlis kesyukuran masuk ke rumah baru sepupu aku), aku telah dicolek oleh Kaki Jalan (KJ). Katanya nak pergi makan...dah lapar tahap cipan dan juga sesi meluahkan perasaan sebab kena pindah Ipoh hahaha. So, disebabkan aku pun dah tak tau nak buat apa, maka dengan rela hati aku pon rela dicolek malam itu. KJ kata nak makan tempat jauh. Aku tak kesah janji dia jemput aku dan drive. Maka terkeluarlah plan untuk makan nasi lemak kat area Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Fuh boleh tahan jugak, dari rumah aku ke situ mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Aku memang tak pernah pergi pon tempat tu. Tapi dengar-dengar cerita tempat tu popular. Popular dengan nasi lemak yang dibungkus kecik-kecik. (Orang KL panggil NASIK LEMAK TETEK!!!!) Hahaha guling-guling aku dengar. Paham-paham sajelah yer kenapa namanya sebegitu. (Agak lucah disitu...)

Akhirnya setelah meredah beberapa lorong di Kampung Baru, akhirnya kami jumpa juga gerai tersebut yang terletak betol-betol di dalam kawasan Kelab Sultan Sulaiman tu. Baru aku tau kat situ ada tempat macam tu. Selama ni lalu lalang kat Kampung Baru, tak tau pon tempat tu wujud. Gerai tu juga terletak betol-betol depan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru. OK noted. Lain kali senang nak cari.

Konsep kedai ni adalah melayan diri sendiri. So kalau dah sampai, teruslah ke tempat makanan dan pilih saja mana yang berkenan. Nasi lemaknya dibungkus kecil-kecil kalau tak salah aku RM1 sebungkus. Lauk-pauk lain pon ada. Memandangkan aku baru first time pergi kedai tu, maka aku pon mengamalkan konsep cuba jaya. Hahaaha banyak jugak lauk yang kami bedal.

Nasik Lemak Te*** (aku tuttttt kan la disitu ) kalau makan sebungkus memang tak cukup, paling kurang pon kena makan dua bungkus. Baru lengkap!

So total perbelanjaan malam itu adalah RM 13. Takde la mahal sangat. Ikut mood cashier tu gamaknya. Ada sorang member aku yang pernah makan kat situ bagitau kawasan itu agak sesak pada waktu-waktu puncak iaitu antara 8 malam hingga 10 malam. Kami datang hari tu pukul 11 lebih, so tak berapa sesak sangat. Parking pon senang.

Cuma keadaan sekeliling dia tak berapa ok. Tuan kedai kenalah mengambil maklum akan hal ini yer. Para pekerja juga kenalah ramah tamah atau mesra pelanggan ye. Jangan ingat kedai korang tu dah femes, korang boleh buat sesuka hati. AWAS! Banyak mata yang memandang dan banyak juga telinga yang mendengar. Bukan apa, untuk kebaikan semua... ye dak?

Apa-apa pun, siapa yang nak rasa nasi lemak te*** silalah ke lokasi di Kampung Baru. Nak tau lebih lanjut sila Google. Aku tak bawak kemera malam tu, so gambar yang ada tak berapa nak semenggah. ;p

PEACE!


Ni la rupernya nasik lemak tu.


Ayam Goreng


Pucuk Paku

Ayam Goreng dan Paru




12 comments:

  1. macam2 la org skang ni.. nasik lemak tete k. hahahah.

    ReplyDelete
  2. Nuke -

    Hahahha zaman sudah berubah der. What else can i say heheh

    ReplyDelete
  3. cepat aaa Janggel, ko bawak tempat aku tak pernah g laksss.....

    ReplyDelete
  4. 1st time aku dgr nama nasi lemak tuh..kalau aku praktik kt tempat aku, mahunya mulut aku kna sumbat slipar jepun...hakhak

    ReplyDelete
  5. Masmz -

    Eh bukan semua tempat ko dah pernah pg ker????

    ReplyDelete
  6. Pencacai -

    Hahaha kalau berani cubalah praktikkan!

    ReplyDelete
  7. bro.. napa ko tak selidi nama dia mcm tu. aku igt ada gmbr tut sekali kat bungkusan nasik lemak tu.. kalau nak ikut saiz nasi lemak dia.. xde la nama dia tut tu kan... setuju tak?
    hahahaha.... wei, tinggalkan kesan di blog aku.. cian sunyi sepi blog aku

    ReplyDelete
  8. Abu -

    Ntah ler..takde masa aku nak selidik2 ni semua.. Dah seantero Kl panggil camtu, aku iyerkan ajer la..

    Psstt: tut remaja belasan tahun macam tu lah!

    ReplyDelete
  9. nak jugak nasi lemak t.e.t.e.k..dapat yg real pun ok..haha

    ReplyDelete
  10. Edy -

    nak yg betol kene kawin la brooooo baru halal hehehe

    ReplyDelete
  11. aku pung baru first time makan nasik lemak tuh harituh w/pun depan skolah aku jer kan...iyer la dia bukak mlm..mana ada chan nak try..bg aku okeeeyy laa..tp aku tak tahan muka blur mamat tuh sambil memandang aku dengan agak lama juga bila aku ckp 'bang,nasik lemak 8bungkus..'..haiyaa lain kali ckp ler "self-service kak'..or bagi isyarat ker (kalu dia mmg budak bisu sebb sebelah tuh skolah budak pekak&bisu, mana la tau kan)..yang ko tenung jer aku aper pasal daaa..

    ReplyDelete
  12. Beautifullife -

    Ha ah, pelayan / pekerj kat situ semua tak mesra pelanggan, nampak macam terpaksa kerja je. kalau iye pon layan diri takan la tak boleh bagi layanan istimewa seperti senyum dan bercakap ye tak? huhuh macam-macam hal lah.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS