Dah hampir seminggu Al'FariS masuk hospital. Nazak... Sedih juga bila dah kehilangan kaki ni, mujur ada ADli Chairani yang selalu je tolong aku masa susah. Thanks yer ADli Chairani. Jasamu akan sentiasa dikenang.
Oklah, biarkan Al'FariS buat seketika. Kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti jalan-jalan aku di Kuala Lumpur minggu lepas. Hujung minggu lalu, aku dan beberapa orang teman yang masing-masing duduk jauh dari satu sama lain telah bertemu di Central Market. Ala saje-saje nak berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Lagi pon bukan senang nak dapat peluang berkumpul ramai-ramai macam tu. Bila dah berkumpul memang macam-macam hal la yang terjadi.
Sempat juga aku dan kawan-kawan meredah lorong-lorong belakang di sekitar Masjid Jamek, Brickfields dan KLCC. Apa ke jadahnya aku pergi meredah lorong-lorong belakang itu semua? Hahaha itu kami pon tak tau! Bukan apa, sepanjang hidup kat KL ni, tak berani kot nak pergi jalan sengsorang kat belakang-belakang lorong tu, yer dak? biler dah ramai-ramai ni agak berani la sikit. Tambahan pulak ada yang dah macam bodyguard lagaknya. ;P.
Aktiviti pagi tu memang best, selain melepak, kami melepak dan terus melepak. Masuk terowong, naik LRT, lepak kat taman, dan banyak lagi. Itulah yang terjadi kalau dah tak tau nak buat apa kat rumah. heheh.
Ok la, aku nak kembali dalam mood sedih...layan gambar je lah yer.
PEACE!
Lot of nice shoots Janggel..
ReplyDeleteKeep it up.. Rugi tak dapat join korang ari2 ;)
masmz-
ReplyDeletethanks cik masmz!!! next time ok!
hebat ko bro..mmg seni..
ReplyDeletePencacai Alim
ReplyDeleteHuhuh tak hebat mana pon. Masih belajar2 lagi. Anyway thanks.
ni ke permandangan lorong belakang?? erkk er.. maaf kotor jgk tp ape2pun sunyi tenang je... hehe
ReplyDeleteeh! gambar2 ko ambik ni clear btol camera ape ko pakai???
ReplyDeletenick -
ReplyDeleteyup lorong belakang itu kotor. tapi bnyk juga shots menarik boleh tembak.
aku pakai kemera cap ayam jaguh hehehe. Conan d babanyonya!
hello janggel.. lama dah tak jenguk2 sini.. makin lawa dah gambar yg diambil ye.. nanti ambik gambar nezha pulak ye. hehehhe...mana tau kot2 blh tkr jdi putih sikit.
ReplyDeleteSaya -
ReplyDeleteWah lama dah tak nampak nezha tu..mudah2 sihat la yer..
Thanks ler kerana puji pujian itew! hahah nanti kiter suh nezha plak posing depan kemera.
weh, bagusss gambar2 tuh..KL nih punya bangunan lama yg bagi aku bleh jadi heritage building tak semua di jaga dengan baik..kalu semua maintain cantik,mmg cantek tak KL nih..kalu kat obersea tuh diaorg jaga betul..kita asyik runtuh kan bgnn bersejarah to make a way for developmnt..haiyaaa..
ReplyDeletebeautiful-
ReplyDeletethanks. ha ah kan banyak bangunan kt kl ni yg boleh jd heritage. cuna effort je tda