2010-07-16

Pakcik Ke Paya Indah Wetland!!!

Sepertimana yang aku bagitau dalam entry lepas, aku nak cerita pasal aktiviti aku di Paya Indah Wetland, Dengkil. Sebenarnya aktiviti ni memang dah lama ada dalam plan a.k.a. kalender tahunan aku tapi baru kali ni jadi. Alhamdulillah... Bukan apa, sementelaah si Kaki Jalan pon still sah menjadi warga Putrajaya dan member-member lain pon free, so plan pon jadik la!

Kami bertolak dari Putrajaya pada jam 8.30 pagi (sebenarnya dah lewat dah kot?? matahari pon dah naik tinggi) sebab tak tahu lokasi yang hendak di tuju tu buka pukul berapa. Kiranya main redah je lah (hal redah-meredah dah sebati dalam hidup aku). Perjalanan dari Putrajaya ke Paya Indah Wetland ni mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja (kalau tak jem). Memang dekat dan mudah dicari lah tempat ni, buat first timer yang teringin nak ke sana, memang tak mudah sesat sebab kalau korang follow saja signboard, confirm jumpe.

Kami tiba di pintu pagar Paya Indah Wetland pada jam 9.00 pagi kot, sebab banyak menyinggah. Kat pintu pagar jelas tertulis masa untuk pelawat adalah dari 9.30 pagi - hingga aku tak ingat sampai pukul berapa. Tapi Pak Guard yang jaga kat pagar tu bagi kami masuk dan suruh kami daftar di Kaunter Pendaftaran di bangunan utama.

Masa ni memang dah excited giler dah. Bile nampak je basikal-basikal untuk disewa yang tersusun baekkkk depan kaunter tu, semangat makin berkobar-kobar. Urusan daftar-mendaftar dan segala bagai keperluan diuruskan oleh Kaki Jalan, kami yang lain pulak time tu sebok pilih-pilih basikal (dah tak sabar-sabar nih). Kadar sewa basikal adalah RM 3 untuk 2 jam dan tambahan RM 2 untuk setiap jam berikutnya. Murah kan!!! So jangan jadikan alasan untuk anda malas berbasikal ;p.

Kami diberitahu event-event penting yang kami boleh join sepanjang hari itu, antara yang paling menarik perhatian adalah "Jom Makan Bersama Kundra, Juwita dan Cendana!!!" (Alamak tajuk tu aku reka sendiri). Sebenarnya ia adalah program memberi makanan kepada tiga ekor badak air yang terdapat di dalam kawasan Paya Indah Wetland tersebut. Aktiviti bagi makan si Hyppo tu akan berlangsung pada jam 10.00 pagi.

Aktiviti lain yang kami boleh join adalah "Jom Melepak Bersama Kak Boye!" (Lagi tajuk rekaan aku..:p) yang akan dijalankan pada jam 11.00 pagi. Tapi aktiviti cik boye ni kami tak sempat join sebab time ni kami sibok menyesatkan diri di dalam hutan paya (opss).

Track berbasikal di sepanjang kawasan paya memancing memanglah sangat superb pemandangannya! Aku dan rakan-rakan agak terkesima jugak la sambil mengayuh sambil menembak!! (Fuh itu satu skill baru yang aku belajar) Balancing amat penting ya, kalau tak, dengan kemera-kemera ko masuk paya. Sepanjang berbasikal kami disapa oleh para kaki pancing yang dah lama sampai agaknya. Oh ya untuk pengetahuan semua, untuk memancing, anda hanya perlu mendaftarkan diri sahaja, tak perlu bayar apa-apa.

Tepat jam 10.00 pagi, kami dah berada di kawasan kolam hyppo. Makkk ai makin besar hyppo-hyppo ni yer. (Kalau rajin carik, dulu aku pernah buat entry pasal PIW ni). Hyppo-hyppo ni dah ready tunggu tepi pagar. Siap sangkut dagu kat pagar lagu untuk disuapkan. Chomel!!!

Lepas aktiviti bagi makan Hyppo, kami meneruskan perjalanan, meredah denai entah kemana-mana saja.(sebab tak bawak peta). Sempat jugak kami bentang tikar dan makan nasik lemak kat sebuah pulau di hujung Paya Indah Wetland ni. (sebab kena patah balik, jalan mati...Hampeh!) Penat-penat pon hati tetap happy.

Bila dah sampai kat kaunter pendaftaran tadi, kami pon bagitau kat cik adik yang jaga kaunter tu..."Akak (perasan muda) kami sesat tadi!" sambil buat muka kesian (untung-untung tak payah bayar harga sewa basikal!!!).

Adik tu pon tanya, kami ikut laluan mana. Kami pon cerita la kawasan-kawasan yang kami lau.

"Hah? itu kawasan larangan la. Kat situ banyak CIK BAB (Babi Hutan lah!)!. Naseb korang tak kena sondol!"
Kami pon terkesima lagi untuk kali keberapa ntah. Tak sangka pulak kawasan yang kami masuk tu kawasan larangan! Patut la sampai jalan mati. Syukur tak kena sondol ngan Cik Bab. Hahahaha. Kami pon cakap la kat adik tu yang pagar kat situ terbuka seolah-olah menggamit kami masuk. Tu yang kami masuk tu. hahaha.

Adik tu balas balik, "Pagar tu bukak sebab kontraktor tengah buat kerja kat situ".

Erk... hahaha lantaklah, yang penting kami dah enjoy kat sana.

Jom layan gambar.

PEACE!



Perkenalkan ini adalah kazen aku! Dia gile posing hahaha.




















Kundra, Juwita dan Cendana....










Nampak gaya macam kapal terbang askar tapi sebenarnya itu adalah CAKCIBOR!




Inilah kami!!!!(Geng Rempit)

12 comments:

  1. ingatkan tadi g siasat kecurian pasir kt sana..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Adam -

    Heheh sepanjang pengayuhan kami kat sana tak de la pulak nampak tanda2 pencurian pasir kekeke.

    ReplyDelete
  3. Zaini -

    hahaha boleh la ko membadak lepas nih.
    *wink~

    ReplyDelete
  4. macam best je..kompem kene pegi ni

    ReplyDelete
  5. edy=

    yup silalah pergi...bolehlah kuruskan badan dengan acara berbasikal pulak!

    ReplyDelete
  6. wah!!! best2... sronok tgk korg berbasikal! jeles2...

    ReplyDelete
  7. bro.. berapa kilo ko hilang n brp kilo pulak ko tambah lepas tu... ahaks..

    wei.. menembak kat Kl jom, Ibu Kota Cinta.. penuh drama..

    ReplyDelete
  8. Nick -

    Yer best. mai la join!

    ReplyDelete
  9. Abu -

    Berkilo-kilo jugak la hilang..pastu siap pekena nasik lemak suriiiiiiiiiiiiii...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS