Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

::Kak Era::Her Wedding Ceremony!!!::

Jumaat (27 Jun 2008)

Hujung minggu ni aku pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan Kak Era a.k.a Dr. Zuhairah Munir dengan suami tersayangnya Azrul. Aku bergerak pulang ke Ipoh selepas waktu kerja hari Jumaat. Biasa la kalau time nak balik kampung, pasti sharp pukul 5 dah gerak dah. Kali ni ada sepupu aku sorang nak tumpang balik skali, Nadia namanya. Aku kene ambik nadia di Subang Parade sebab kat situ je yang aku familiar di area subang. Tempat lain kamek sik tauk!!.

Dekat-dekat pukul 6 baru aku sampai di subang. Nadia dah siap tunggu aku kat depan kedai buah. Kami pun terus bergerak menuju ke Ipoh melalui lebuhraya PLUS. Tak banyak yang nak dibualkan dalam kereta sepanjang perjalanan. Memang mengantuk betol, maklumlah petang-petang macam nih selalunya memang agak rajin gak aku membuta heheh dah terbiasa. Kami tiba di Ipoh dalam jam 8 malam. Aku terus memandu kereta sport ku ke rumah makcik aku di Rapat Setia, Ipoh memandangkan semua keluarga tengah berkumpul kat sana. Wa…

::Review Filem ~ Made of Honour::

Assalamualaikum...Moshi….Moshi…Hello..Hi...

Sudah agak lama juga tak pergi menonton wayang, rasanya filem terakhir yang gue tengok adalah ”Kung fu Panda” . Sebuah filem yang tak menghampakan (sila baca post sebelum ini untuk review filem tersebut). Kali ni aku berpeluang menonton sebuah lagi filem barat, yang agak simple dan ringan.Filem apa kah itu??? Yup kalau bercakap tentang filem komedi, filem romantik..ha itu memang genre kesukaan gue!Kalau ada filem fantasi or science fiksyen lagi gue suka!!!
Ok, back to the story, semalam Acid kol aku ajak tengok wayang. Katanya masa tu je dia free kalo nak kuar, so aku pun mengambil kesempatan itu untuk pergi tengok wayang ngan dia memandangkan dia kata dah tiga bulan tak tengok wayang!!! Hahaha maklumla duduk kat perantauan..heheh Hulu ker??? Takpe la sabo jer..insyaAllah satu hari nanti pembangunan pesat akan berlaku di tempat itu. So kebetulan Acid free smalam, katanya latihan dibatalkan. Kami pun pergi ke Sunway Pyramid, TGV untuk menonton …

Hari Ku Indah

Assalammualaikum!

Wow dah lama jugak ler tak update blog. Huhuhuh agak bizi plak kebelakangan ni (sentiasa). Minggu ni macam-macam perkara menarik berlaku. Ish tak sabar plak nak citer.

Yang pertama::
Acid a.k.a. De’ Manta turun KL!!! Hehehe dah lama tak jumpe member baik aku tu! Boleh la atur strategi baru. Acid ke KL sempena program tempat kerja dia, aku pun tak tau program apa. Tapi katanya program tahunan la. Wow…sangat mantap!! Baru keje setengah tahun dah boleh join benda-benda camtu..Kagum aku!! Kagum!! So nak dijadikan cerita, semalam, setelah tiga hari dia kat KL baru aku berpeluang mengatur masa jumpa dia. Hmm itu pun dah lewat, hampir tengah malam. Kira banyak juga la agenda yang kami bincangkan! Terutamanya hal-hal berkaitan tuttttttttt…hahahha(mana leh bagitau).

Yang kedua::
Mak dan ayah aku kata nak buat kenduri doa selamat, Ahad lepas. So aku dan abang aku sekeluarga pun bersama-sama la balik ke kampong di Perak. Lepas kejer je aku bergegas keluar opis dan amek abg aku ng…

::Demi Sesuap Nasi::

Salams… Satu lagi minggu yang amat memenatkan. Ditambah pula dengan kerja-kerja sendiri yang memang memerlukan kerahan tenaga dan pengorbanan masa, akhirnya aku akur, memang susah nak senang, tapi agak senang nak susah! Huhuhuh.

Semalam, bersamaan Selasa, 17 Jun 2008, aku diarah menghadiri satu Dialog berkaitan Perancangan Bandar Islam 2008. (Uhuk...apakebendanya dialog ni??? Sungguh Islamik pula bunyinya) Program diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak. Adui jauh betol tempat ni. Sebenarnya aku ni memang asing dengan UIA, kali terakhir aku menjejakkan kaki ke situ pun seingat aku 3 ke 4 tahun lepas. Hmm dengan keadaan ekonomi yang agak mencabar ketika ini, aku gagahkan jua memandu kereta sportku sendiri meredah dini hari seawal 630 pagi. Aku bertolak dikala member-member rumahku masih lena dibuai mimpi! Ish apa la diorang ni...time subuh dah nak jadi subuh gajah pun tak bangun lagi!!! Dushhh...dushhh rasakan penumbuk aku!. Aku bertolak awal sebenarnya bukan apa, takut j…

::Happy Father's Day::

Happy Father’s Day!!! Tomorrow, every man in this world who called Father, dad, papa or else (in your own word) will celebrating this special day. Secara jujurnya, I never into this celebration. Tak tau la sebab apa, tapi mesti ada a good explaination terhadap situasi ini. Hmm but tomorrow, I try to do something, aku nak wish :: Happy Father's day to my beloved father and thak you for being so 'sabar' for all this time!!!

Sedikit sejarah mengenai Father's Day:::
The idea for creating a day for children to honor their fathers began in Spokane, Washington, US. A woman by the name of Sonora Smart Dodd thought of the idea for Father's Day while listening to a Mother's Day sermon in 1909.

Having been raised by her father, William Jackson Smart, after her mother died, Sonora wanted her father to know how special he was to her. It was her father that made all the parental sacrifices and was, in the eyes of his daughter, a courageous, selfless, and loving man. Sonora'…

Kerja -Minyak-Training-Semua Jadi Satu!

Rabu :: 4 Jun 2008

Whushhh dah berapa hari tak dapat online..akhirnya malam ni dapat juga masa untuk update blog. Sejak hari Rabu lagi aku dah kene pergi outstation. Ish lama jugak tu, aku kene pergi melawat ke satu tapak projek di Mersing, Johor. Sebenarnya itu bukan direct projek yang aku handle tapi aku ditugaskan untuk mengiringi rakan sekerja ke sana. Projek mega punya pasal, macam-macam hal berlaku. Aku dan kawan aku, Amir bertolak dari ofis jam 2.30 petang. Dari Putrajaya ke Melaka, aku memandu kereta sendiri sambil mengikut kenderaan pejabat. Napa plak naik kete sendiri?? Haaa nanti aku bagi tau. Dah park kereta di Ayer Keroh, Melaka, aku pun naik kenderaan pejabat menuju ke lokasi di Mersing. Ish jauh betol.!!!! Hampir 5 jam perjalanan, ada sesuatu yang menarik dapat aku rakamkan. Tiba-tiba sampai di pekan Keluang, kesesakan lalulintas berlaku. Ish pelik jugak, kat pekan kecik macam ni, jem mengalahkan KL.!!! Rupa-rupanya, kesesakan berlaku akibat kenderaan yang beratur ke ste…

Projek Teater: P. Ramlee The Musical

Assalammualaikum!

Tanggal 2 Jun 2008, akhirnya tiba jua masa yang dinanti-nantikan. Lama juga aku bersedia untuk saat ini, dari proses pembelian tiket yang begitu 'mencabar' sehinggalah proses mengumpulkan member-member yang memang confirm boleh pergi bersama aku. Bukan mencari orang-orang yang hanya mampu menaburkan janji-janji palsu! Aku tiba di Istana Budaya tepat jam 8 malam. Sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebatnya, mujur tatkala masuk sahaja ke perkarangan Istana Budaya, pak guard yang bertugas menjaga kelancaran lalu lintas di situ menunjukkan aku tempat parking yang masih tinggal. Alhamdulillah...best jugak tempat parking yang aku dapat. Lantas pak guard tersebut meng'ofer'kan aku payungnya. Hmmm aku mengangkat tangan pada pak guard tersebut tanda terima kasih. Aku malas nak berpimpin-pimpin, lagi basah jadinya. Lantas, setelah melihat pak guard tersebut sibuk menguruskan pengunjung yang lain, aku keluar dari kereta dan terus berlari ke lobi Istana Bud…

My Cousin's Wedding ~ Part III

Assalammualaikum!

Hmmm..this is the final part of the review for my cousin's wedding! Whoaaaa its already a month and the story still go on. I'm happy for them and always pray for their happiness...Amin. Dated on 1st June 2008, aku and family, bz untuk menghantar pengantin ke rumah pengantin lelaki di Klang, Selangor. Aku ditugaskan untuk membawa pengantin (Azizah) dengan kereta sport ku(ahaks) ke rumah bertanggak. Jadi tepat jam sepuluh pagi, kami pun bertolak secara konvoi menuju ke Klang.
Tiba di Klang, lebih kurang jam 11.00pagi. Kami singgah di rumah kakak kepada pengantin lelaki untuk bersiap sedia. Di situlah Azizah di dan Zainal di make up kan. Setelah semuanya bersedia, tepat jam 12.30 tengahari, penganti di arak ke rumah majlis yang terletak tidak jauh dari situ. Kami disambut dengan penuh adat istiadat dan meriah skali. Kedua-dua mempelai duduk bersanding di atas pelamin yang tersergam indah di satu sudut halaman. Hanya gambar yang mampu menceritakan segalanya.

Aku s…