2008-06-10

Projek Teater: P. Ramlee The Musical

Assalammualaikum!

Tanggal 2 Jun 2008, akhirnya tiba jua masa yang dinanti-nantikan. Lama juga aku bersedia untuk saat ini, dari proses pembelian tiket yang begitu 'mencabar' sehinggalah proses mengumpulkan member-member yang memang confirm boleh pergi bersama aku. Bukan mencari orang-orang yang hanya mampu menaburkan janji-janji palsu! Aku tiba di Istana Budaya tepat jam 8 malam. Sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebatnya, mujur tatkala masuk sahaja ke perkarangan Istana Budaya, pak guard yang bertugas menjaga kelancaran lalu lintas di situ menunjukkan aku tempat parking yang masih tinggal. Alhamdulillah...best jugak tempat parking yang aku dapat. Lantas pak guard tersebut meng'ofer'kan aku payungnya. Hmmm aku mengangkat tangan pada pak guard tersebut tanda terima kasih. Aku malas nak berpimpin-pimpin, lagi basah jadinya. Lantas, setelah melihat pak guard tersebut sibuk menguruskan pengunjung yang lain, aku keluar dari kereta dan terus berlari ke lobi Istana Budaya. Alhamdulillah, takda la lencun. Sedang-sedang aja! Wah sudah ramai rupanya yang menunggu di lobi. Aku pun mula memerhatikan keadaan sekeliling, hah, sudah nampak apa yang aku cari, aku bergegas ke kaunter jualan, ku belek-belek buku penghargaan yang berharga RM 15. Sebenarnya dah lama aku tunggu untuk beli buku ni, saja untuk dijadikan koleksi. Setakat ni setiap persembahan teater yang aku pergi, tidak lepas aku kumpul buku-buku berkaitan persembahan tersebut!.



Member-meber aku tak sampai lagi.. Sejenak kemudian aku terima sms mengatakan mereka sudah sampai. Keadaan diluar masih hujan lebat. Aku biarkan aje. Pandailah diorang cari aku kat lobi ni. Bukan besar sangat pon. Sementara menunggu, sempat juga aku mengambil beberapa gambar untuk dijadikan koleksi peribadi. Dari jauh kelihatan Kay, Che' Da dan sorang lagi member yang aku tak ingat namanya (tak kenal sangat pon). Alhamdulillah...cukup korum. Show akan bermula pada jam 8.30 malam. Hanya tinggal beberapa minit saja lagi. Kami pun membuat apa yang patut, seperti menziarahi bilik air dan sebagainya...hehehhee.

Tepat jam 8.25 malam, kedengaran bunyi Gong memecah riuh rendah suara pengunjung Istana Budaya. Kami pun mula masuk ke Panggung Sari... tak payah la aku bagitau kami duduk kat mana yer..heheheh Cluenya: tinggi melangit! Sehingga member sorang tu gayat dan takut untuk berdiri! Hahahhaah. Kami pun duduk la diam-diam kat tempat yang tersedia. Masing-masing teruja menunggu persembahan yang bakal tersaji di depan mata. Sebenarnya ini kali kedua menonton persembahan P. Ramlee The Musical. Kali pertama dalah sewaktu tayangannya pada musim pertama tahun lalu. Tujuan utama aku adalah untuk melihat perbezaan di antara watak utamanya iaitu Sean Ghazi dan Muslee Ramli. Apakah yang mampu mereka lakukan untuk menjayakan watak seniman agung negara ini??? Di samping itu, aku juga ingin melihat perbezaan jalan ceritanya, aku dimaklumkan bahawa banyak pembaharuan yang dilakukan pada musim kali ini! Apa agaknya???






Pesembahan bermula tepat jam 8.45 malam. Agak bertuah kerana malam itu, Raja Perlis dan beberapa tetamu VIP turut serta menyaksikan persembahan. Aku agak kagum dengan kebijaksanaan penggiat teater yang menjayakan persembahan ini, yang begitu abstark mengupas perjalanan hidup seniman Agung Teuku Zakaria b. Nyak Puteh ini.

Persembahan bermula dengan penuh drama, bermula di Pulau Pinang, P.Ramlee menerusi lagu ciptaannya 'Azizah' telah membuka mata B.S. Rajhan dan Shaw Brothers untuk menawarkannya menjadi artis rakaman suara di studio Jalan Ampas, Singapura. (jadi penyanyi untuk miming). Penghijrahan beliau ke Singapura telah membuka lembaran baru bagi beliau menceburi bidang perfileman secara langsung. Perjalanan kerjayanya di sana telah meletakkan beliau sebagai seorang seniman serba boleh; menyanyi, mencipta lagu, menulis lirik, lakonan, penulisan skrip dan pengarahan filem dan seterusnya diangkat menjadi seniman agung di rantau asia pasifik.

Perjalanan hidupnya juga diuji dengan pelbagai onak dan duri di dalam menempuh era peralihan pada pertengahan tahun 60-an yang bermula di Singapura dan berakhir dengan era kejatuhan pada awal tahun 70-an di Kuala Lumpur. Seluruh perjalanan kerjaya beliau bermula di Pulau Pinang ke Singapura dan kemudin ke Kuala Lumpur, telah dikongsi bersama oleh 3 orang wanita yang pernah menjadi pasangan hidupnya; Junaidah (isteri pertama), Norizan (isteri kedua) dan Saloma (isteri ketiga) sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Perjalanan hidupnya disingkap teguh di dalam pementasan teater P. Ramlee The Musical ini, hingga kematiannya telah mendukakan ramai manusia, termasuk seorang manusia bernama Azizah, yang dahulunya misteri, tidak dikenalpasti oleh semua.

Apa yang dapat aku kupas di sini:: persembahan kali ini memang banyak bezanya dengan persembahan musim pertama tahun lalu. Watak utama, Muslee Ramli dilihat agak kekok mungkin kerana ini merupakan pementasan terbesar yang pertama dilakukannya. Namun setinggi tahniah perlu diberikan kepadanya kerana mampu menyahut cabaran tersebut. Disamping itu, watak-watak lain yang telah diganti dari pelakonnya dari musim pertama juga tidak kurang hebatnya. Emelda, berjaya membawa watak Azizah dengan baik. Sekalung pujian juga harus diberikan kepada Liza Hanim (Saloma) yang cukup menakjubkan dan Melisa Saila (Norizan) dan Atilia (Junaidah) yang mengekalkan kecemerlangan mereka seperti di musim pertama!. Dan tak lupa juga kepada Pengarah Adlin Aman Ramlie, Dato' Zahim Al-Bakri (Pengarah bersama), Pat Ibrahim (Koreografer), Raja Malik (Production Designer), Roslan Aziz (Musical Director), Dick Lee (komposer) dan tidak lupa, tulang belakang kepada segala-galanya, Datin Seri Tiara Jacquelina (Executive Producer). Syabas buat mereka!

P/s: After the show I'm rushing to the lobby to get their autograph!!! Hehehe Luv to see them in front of my eyes!



Barisan Pelakon Utama P.Ramlee The Musical Theater




WASSALAM

4 comments:

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!