2008-06-23

Hari Ku Indah

Assalammualaikum!

Wow dah lama jugak ler tak update blog. Huhuhuh agak bizi plak kebelakangan ni (sentiasa). Minggu ni macam-macam perkara menarik berlaku. Ish tak sabar plak nak citer.

Yang pertama::

Acid a.k.a. De’ Manta turun KL!!! Hehehe dah lama tak jumpe member baik aku tu! Boleh la atur strategi baru. Acid ke KL sempena program tempat kerja dia, aku pun tak tau program apa. Tapi katanya program tahunan la. Wow…sangat mantap!! Baru keje setengah tahun dah boleh join benda-benda camtu..Kagum aku!! Kagum!! So nak dijadikan cerita, semalam, setelah tiga hari dia kat KL baru aku berpeluang mengatur masa jumpa dia. Hmm itu pun dah lewat, hampir tengah malam. Kira banyak juga la agenda yang kami bincangkan! Terutamanya hal-hal berkaitan tuttttttttt…hahahha(mana leh bagitau).

Yang kedua::

Mak dan ayah aku kata nak buat kenduri doa selamat, Ahad lepas. So aku dan abang aku sekeluarga pun bersama-sama la balik ke kampong di Perak. Lepas kejer je aku bergegas keluar opis dan amek abg aku ngan isteri dan anaknya di Gombak. Huh jem pulak jalan. Dekat sejam jugak aku beratur atas jalan raya. Perjalanan ke Perak mengambil masa sejam setengah je (heheheh aku pecut 130 km sejam) tak le laju kan??. Maklumla, hari dah malam, tu yang nak cepat sampai umah. Lagipun tak sabar nak jumpe mak ngan ayah aku, dah dekat 3 bulan tak balik kampong!!!

Hari sabtu takda buat benda sangat, just dok umah. Owh lupa, ada la sepupu-sepupu aku yang dah mula datang ke rumah, kami pun plan baekkkkkkk punya, pergi mandi sungai! Kat Kuala Woh, antara tempat rekreasi yang agak popular di Perak! Jom ler datang!. Best woooo. Dah lama tak mandi sungai. Asyik mandi lauttttttt je, so kirenya ni lepas gian la mandi sungai. Anak buah aku yang umur 5 tahun pun aku heret sekali. Hahahaha.

Malam harinya pulak, aku ngan family bergotong royong la menyediakan bahan-bahan untuk kenduri sok. Ramai juga jiran-jiran (geng2 Mak aku) yang datang tolong. Fuh meriah sehhhhhhhhh.. Dah macam nak buat kenduri kawein dah. Tu la yang bestnya dok kat kampung!!!

Esok pagi (hari kenduri~ Ahad) pepagi lagi mak aku dah kejutkan. So aku pun menolong mak aku kat dapor!! Jangan tak percaya! Aku tolong mak aku masak, hehehehe. Aku masak sambal tumis udang, ayam masak merah dan gulai kurma daging! Heheheh terer tak??? Sebenarnya aku tukang kacau kuali jer, mak aku yang campak-campakkan barang2 ke dalam kuali! Masa tu belum ramai orang datang lagi. Geng-geng mak aku pun entah2 belum bangun tido lagi. Tu yang aku terjebak tu.

Kenduri doa selamat tu start dalam pukul 12 tgahari. Ramai betol kengkawan mak dan ayah aku yang datang. Tu tak termasuk sedara-mara aku lagi. Memang meriah jugak la. Penat juga aku mengangkat hidangan dan membuat apa-apa yang patut. Ni la masanya aku berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang dah lama aku tak jumpa (contohnya, kawan-kawan mak ngan ayah aku). Kenduri selesai jam 1.30 tengahari. Wush penatnya tak terhingga, sehingga kami sekeluarga melepek di ruang tamu kepenatan. Sebelah petang pulak, aku ngan abang dan kaka ipar aku terpaksa pulang semula ke Kuala Lumpur... sedih gak sebab tak dapat berlama-lama di kampung, tapi apakan daya, esoknya dah nak kereje...

Sampai di KL lebih kurang jam sepuluh malam. Aku talipon Acid, dia kata on kalau nak keluar. Tu yang kami keluar tu, ada sorang lagi member dia dari Bintulu, Sazali namanya, join kami jugak. So kami bertiga pergi melepak di kedai makan sampai pukul 1.30 pagi..Ish apa la yang di buat kat kedai tu lelama kan!!..hehehe

Ha tu je la ringkasan perkara yang berlaku sepanjang 4-5 hari aku minggu lepas. Nanti update lagi.. Banyak lagi plan nak buat ngan Acid sementara dia ada kat sini heheheh.. Kene round satu KL nih heheh.. Chiowwww!!.

WASSALAM.

7 comments:

  1. waaaa...seronoknya..macam hari raya kan ...semua sanak saudara berkumpul kan...bestnyaaa

    ReplyDelete
  2. heheheh memang best terutamanya bab bergosip tentang sedara-mara yang tak datang tu hehehe.

    ReplyDelete
  3. wah...
    lama dah tak pi mandi kat KUALA WOH...ingat lagi zaman2x SMKA...huhuhu...miss dat moment

    ReplyDelete
  4. Yup..masa tu setiap kali cuti skolah mesti korang dtg umah..bestnya..sob..sob...miss it..miss it..

    ReplyDelete
  5. hari2 indah...indah hari2...

    (^_^)

    ReplyDelete
  6. yup, kalu wat kenduri kat kg mmg meriah giless.. :D

    ReplyDelete
  7. C!kzurA: Betol tu cikzura.. kalau lagi ramai lagi best nak ngumpat heheheh.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS