Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Amazing Japan (Part 6): Mojiko Town 1889 - The Best Experience Eever

Asslammualaikum!!!

[Sambungan daripada PART 5]
Masih lagi kisah di Kitakyushu. Sebenarnya kalau dibaca balik sejarah Kitakyushu City ni agak menarik. Kitakyushu City mula berkembang sejak tahun 1965 di mana ia merupakan gabungan daripada lima buah City iaitu Moji, Kokura, Wakamatsu, Yahata dan Tobata.Alhamdulillah, aku sempat pergi ke wilayah Kokura dan Moji, lagi tiga city tu kat sempat la sebab aku hanya ada tiga hari je kat Kitakyushu ni. Sebenarnya kebanyakan aktiviti yang aku buat di Kitakyushu merupakan aktiviti site visit di mana aku di bawa ke beberapa tempat utama di Kokura dan Moji yang telah mencapai taraf Eco City dan Smart City.Rata-rata penduduk atau komuniti di bandar-bandar ini sedang melalui program Smart Community di mana pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar terutamanya dari aspek penjimatan tenaga elektrik dan pengurusan sisa pepejal (sampah sarap) yang effisyen. 
Segmen pengetahuan dunia (wah tetibe ada segmen cenggini kan):
Ok , tak tau la korang minat ke tak …

Amazing Japan (Part 5): Tsukuba - Tokyo - Kitakyushu

Assalammualaikum!!!
[ Sambungan dari Part 4 ]

Ada yang bertanya, masa aku ke Japan tu tengah musim apa? So untuk menjawab persoalan 'sang pentanya' (wah adakah kata nama sebegitu?) maka aku jelaskan sewaktu aku ke Japan yakni pertengahan Ogos sehingga pertengahan September adalah musim panas (yakni summer dalam bahasa omputehnya) dan keadaan kepanasan di sana adalah yang melampau pada tahun ini (bak kata para pengkaji cuaca Jepun la) malah lebih panas lagi dari keadaan cuaca di Malaysia, kemana-mana pergi ada je orang sedekah kipas summer, dan akhirnya aku berjaya mengumpul lebih kurang 9 keping kipas summer (made in Japan- Lari tajuk) hehehe. Sebab apa aku kata kepanasannya melampau dari kepanasan di Malaysia? Sebab kat sana kurang humid dan kering, tak ada angin pulak tu, jadi memang sangat mencabar. Sayangnya aku pulang ke tanahair sebelum sempat menemui autumn (just a few days around the corner) #pasrah. Tu tandanya kena  pi sana lagi? Mungkin satu hari nanti. InsyaAllah.

O…