2012-09-28

Amazing Japan (Part 6): Mojiko Town 1889 - The Best Experience Eever

Asslammualaikum!!!


Masih lagi kisah di Kitakyushu. Sebenarnya kalau dibaca balik sejarah Kitakyushu City ni agak menarik. Kitakyushu City mula berkembang sejak tahun 1965 di mana ia merupakan gabungan daripada lima buah City iaitu Moji, Kokura, Wakamatsu, Yahata dan Tobata. Alhamdulillah, aku sempat pergi ke wilayah Kokura dan Moji, lagi tiga city tu kat sempat la sebab aku hanya ada tiga hari je kat Kitakyushu ni. Sebenarnya kebanyakan aktiviti yang aku buat di Kitakyushu merupakan aktiviti site visit di mana aku di bawa ke beberapa tempat utama di Kokura dan Moji yang telah mencapai taraf Eco City dan Smart City.Rata-rata penduduk atau komuniti di bandar-bandar ini sedang melalui program Smart Community di mana pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar terutamanya dari aspek penjimatan tenaga elektrik dan pengurusan sisa pepejal (sampah sarap) yang effisyen. 

Segmen pengetahuan dunia (wah tetibe ada segmen cenggini kan):

Ok , tak tau la korang minat ke tak nak tahu apa sebenarnya Eco City dan Smart Community tu kan. Kalau nak tahu boleh la Google je, aku boleh la cerita sikit-sikit kat entry ni. Kenapa Kitakyushu diberi taraf Eco City dan dikenali seluruh dunia? Sebenarnya perubahan drastik Kitakyushu daripada sebuah kawasan perindustrian yang sangat pesat kepada sebuah bandar yang seimbang di antara pembangunan dan kelestarian bandar dalam masa yang singkat yang menjadikan Kitakyushu sebagai sebuah Eco City. Menurut sumber, komuniti Kitakyushu sudah mula berfikir untuk kesenangan generasi masa hadapan mereka sejak tahun 1070-an lagi, dari situ diorang dah start ubah cara pemikiran kepada yang lebih environmental friendly dan mengamalkan program-program kesejahteraan bandar. Sejak tragedi Tsunami di Wilayah Fukushima pada 2011, yang mengakibatkan inciden loji nuklear tu, Kerajaan Jepun dah ubah Polisi Tenaga mereka. Kebanyakan Loji Nuklear di Jepun dikaji dan menjalani fasa pemeriksaan berperingkat. Satu soal selidik dijalankan memandangkan terdapat ramai masyarakat Jepun yang mengadakan tunjuk perasaan (berpiket) tetapi tidak disiarkan di media masa. Antara perkara yang ditanya di dalam soal selidik tersebut adalah, adakah mereka masih menginginkan teknologi nuklear? Apa yang mengejutkan, jawapan yang diberi adalah pelbagai dan rata-rata golongan umur 40 tahun mahukan 'Zero" Nuklear menjelang 2030, dan rata-rata golongan mudal berumur 20-30an pula menginginkan 20-25% tenaga nuklear digunakan. Jadi dengan keputusan tersebut, Energy Policy di Jepun diubah. (Sumber maklumat ni aku terima dari program yang aku attend di Jepun).

Rentetan daripada itu, masyarakat Jepun sekarang ni sangat proaktif mengamalkan dasar penjimatan tenaga di mana di dalam program Smart Community, setiap rumah dibekalkan dengan sebuah alat (serupa macam tab) untuk mengira jumlah penggunaan tenaga di rumah mereka setiap hari. Ini adalah kerana, jumlah tenaga yang dibekalkan di setiap rumah telah dihadkan pada satu kadar tertentu, dan pengguna hendaklah memastikan penggunaan tenaga di rumah mereka adalah efisyen dan tidak melepasi had tenaga yang ditetapkan atau sekiranya penggunaan berlelebihan daripada had, jumlah bayaran dengan kadar yang tinggi akan dikenakan bagi setiap KW yang berlebihan. Ha, sebab tu la kalau waktu siang alat penghawa dingin hanya boleh dipasang pada suhu 20 darjah Celcius sahaja walaupon tengah hangat meleting. Kadar pemasangan lampu di waktu malam pun diterhadkan kepada satu ruangan sahaja. Dahsyat kan usaha diorang! Malaysia mampu tak buat camtu?

Ok, selepas berjalan-jalan di sekitar Kokura City di sebelah petang, kami pulang semula ke JR Kyushu Hotel untuk berehat sekejap, maklumlah sejak sampai dari Tokyo, tak sempat nak berehat. Sebelah malam pulak, salah seorang sensei (guru) yang mengajar aku tu ajak kami semua dinner bersama-sama di salah sebuah tempat yang menarik katanya. Kebetulan pulak sensei tu memang berasal dari Kitakyushu (kampung dia) so dia rasa bangga la nak menunjukkan apa yang ada kat kampung dia.


Lokasi Bandar Mojiko
Stesen Keretapi Mojiko, sangat klasik.
Kami akan ke Mojiko Town, sebuah bandar pelabuhan yang lama dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya. Bandar Mojiko mula dibina pada tahun 1889. Wah tak sabar aku nak terjah Mojiko tu! Kami menaiki train daripada Kokura Station pada jam 5.00 petang, dan masa tu orang agak ramai sebab time balik kerja. Perjalanan ke Mojiko mengambil masa 30 minit dan melalui beberpa kawasan perindustrian dan pelabuhan. Memang menarik! Sampai je kat Mojiko Station, aku dah jakun! Memang lawa weh stesen keretapi dia, klasik dan cantik. Apa lagi, terus la mengacu kemera ke sana sini. Mojiko Station merupakan sebuah stesen keretapi lama yang masih dikekalkan sampai sekarang dan lokasinya terletak betul-betul di tepi laut. Kawasan Mojiko ni jugak telah dibangunkan untuk tujuan pelancongan. Dari jauh dapat dilihat Mojiko Bridge yang tersergam indah dan juga beberapa bangunan kolonial lama yang masih dikekalkan sehingga kini. Mojiko Town juga dikenali sebagai Mojiko Retro Town.
NOTA: When Moji Port was opened in 1889, this area initially flourished thanks to trade with the Asian continent, including China. Many Western-style buildings were constructed to house companies in the shipping business in addition to international trading companies, and even now, the glory of days passed remains in the form of such historic buildings. The newer buildings and commercial complexes have also been designed with a sense of nostalgia in mind, thus turning the Mojiko Retro Town area into a new sightseeing spot. (sumber sini )
Orang ramai yang baru pulang dari kerja.
Stesen Keretapi Mojiko

Nilah rupa keretapi yang kami naik.
 
Di hadapan stesen Mojiko.
Lagi muka aku.

Apa yang menariknya, terdapat sebuah bangunan Old Moji Mitsui Club,  sebuah muzium di mana salah satu bilik dalam muzium tu pernah didiami oleh Albert Einstein pada tahun 1922! Di samping itu banyak lagi tempat-tempat menarik di sekitar Mojiko Town ni, tapi sebab masa yang singkat, tak sempat la pulak aku nak explore semua. Sayang sangat. Jadi Mojiko Town ni merupakan tempat WAJIB TERJAH kalau korang ke Jepun ya!

Kawasan keseluruhan Mojiko Town. Penerangan tempat berdasarkan nombor seperti di bawah.

Main popular spots in Mojiko Retro Town

  • JR Mojiko station /1/  : The terminal station of JR Kagoshima Line.
    It was built in 1914, and is designated as a national important cultural property.
    Of course, it is used as the main station of Moji district.
  • Kyushu Railway History Museum /2/  : A museum about the railroad in Kyushu Island.
    The building built in 1891 was the headquarters building of former Kyushu Railway Company.
    Several rail vehicles used in Kyushu are displayed, and there is a small-scale railroad park where we can get on the mini-trains and drive the train.
  • Old O.S.K. Lines Ltd. Buildings /3/  : A building built in 1917.
    It was the office of O.S.K. Lines (a maritime company), and had been used until 1991.
    In the building, there are halls and galleries.
  • Old Moji Mitsui Club /4/  : A building built in 1921.
    It was built as a social hall for Mitsui Bussan company (a general trading company).
    It has a museum and a restaurant, and there is the room where Albert Einstein (a worldwide physicist, 1879-1955) stayed in 1922 on the second story.
  • Kaikyo Plaza /5/  : A commercial complex for visitors opened in 1999.
    It has souvenir shops and restaurans.
  • Old Moji Customs Building /6/  : A building built in 1912.
    It was built for the custom office, and had used until 1927.
    It was destroyed partly by air raids in 1945, and was restored in 1995.
    In the building, there are a few museum, gallery, and cafe.
  • Blue Wing Moji /7/  : A large drawbridge by the sea completed in 1993.
    It is for pedestrians, and we can get a nice view of Kanmon Straits and Kanmon Bridge.
    It is raised six times a day, and it is said that the first couple who cross the bridge soon after return will get together.
  • Minato House /8/  : A market for visitors opened in 1998.
    It has the shops of fresh sea food of Kitakyushu and Shimonoseki.
    And there are the other souvenir shops and a large restaurant.
  • Mojiko Retro Highmart /9/  : A high-rise condominium 127 meters high completed in 1999.
    The highest floor is the observatory for visitors, and we can enjoy the nice view from there.
  • The Strait Dramaship /10/  : A museum on the subject of Kanmon Straits opened in 2003.
    It introduces the history, nature, and life of the people as the dramas of the straits.

(Sumber SINI )

Mojiko Town
Keadaan di pinggir pelabuhan Kelihatan Mojiko Bridge di situ.
Keadaan senja yang permai di Mojiko Town.
Sunset.
 
Kami semua makan malam di Kaikyo Plaza, di mana terdapat pelbagai jenis restoran di sepanjang pantai di situ. Memang damai giler kawasan tu. Nama restoran yang kami pergi adalah Kaimon. Sensei  kami dah siap booking  meja kat situ, tapi pepaham je la kan, bukan semua makanan aku (sebagai seorang Muslim) boleh makan kat situ, jadi kebanyakannya tengok je la, tapi bila tiba part Tempura sampai, giler gelojoh aku makan! Hehehhe.



Dua gadis Thailand di atas Blue Wing Moji. :)
Old Moji Customs Building
Minato House
Boat Restaurant.
The waterfront
Kaimon Restaurant
Lama jugak kami melepak kat Kaimon tu, macam-macam cerita la keluar dan kami jugak bertukar-tukar pengalaman sesama sendiri. Masa tu jugak la aku korek habis habisan maklumat pasal negara-negara lain dari kawan-kawan aku. Kompom senang bila aku terjah negara diorang nanti! Kekeke.

The chopsticks.
Ayam mentah bersari lemon.
Tempura udang yang sedap.
Salad.
Tauhu ayam.
Ikan goreng.
Telur dadar.
Yang ni ikan apatah, di grill.
Bergambar bersama Sensei

Kami keluar dari Kaimon dah dekat jam 10 malam. Tu pon dah kira terlalu lewat sangat, sebab malam kat Jepun  ni kan awal, seawal 6.30 petang dah maghrib dan gelap. Sempat la jugak buat pelbagai aksi kat luar restoran sebelum kami berjalan semula menuju ke Mojiko Station untuk balik ke Kokura City.

Bergambar sebelum balik
Pemandangan di waktu malam.
Old Moji Mitsui Club (Tempat Einstein tinggal dulu)

Kami semu Alhamdulillah , rasa syukur sangat sebab diberi kesempatan untuk mengenali Mojiko. Kalau tak, bilelah lagi aku nak ke situ kan. Semoga apa yang aku tulis kat sini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai Bandar Mojiko dan keistimewaan Kitakyushu sebagai Eco Town dan komunitinya yang pintar. Banyak lagi tempat menarik kat sini tapi aku tak sempat nak pergi dek kerna masa yang terbatas. Aku harap aku dapat menjejakkan kaki lagi kat sini suatu hari nanti.

Aku suka Mojiko Town!

WASSALAM.

22 comments:

  1. abang jepun hensem yang ko buh dalam twitter ittewwww...

    #tetiba..bukan nak baca entry betul2 haha

    ReplyDelete

  2. Nice. Bestnya tgk food tu especially tempura udang ...nyum nyum

    ReplyDelete
  3. second????
    jab
    nak baca...
    hahaha
    la...
    jatuh no 4?

    ReplyDelete
  4. thnx a lot janggel,

    sebab rajin nak share pasal energy policy yang depa ubah sebab kehendak public jugak. aku memang suka bab-bab environmental management neh. jepun-korea memang macam tue. depa dengar apa yang rakyat nak. one more thing, rakyat dia pun educated (walaupun bukan semua masuk universiti), bukan mintak yang bukan2.

    aku rase alat pengukur energy usage tue kena dah implement kat semua "smart building" yang konon developer jual tue. bagus kot..aku rase Malaysia bleh buat macam tue..cer propose kat Kementerian Tenega n Teknologi Hijau kita tue.. bleh aku start niaga menda tue, kayo makcik kalo government impose developer pakai benda itu utk setiap unit umah..hehehheheh

    ok dah komentar ilmiah heheheh

    janggellllll....ko saye je kan tayang tempura udang tue????? harusla aku carik sushi king malam nie..naseb baik dah sampai kl malam nanti!!!!

    Majiko town ni classic la!

    ReplyDelete
  5. Wah nampaknya dia orang dah terlalu advance dr kita. Kita jauh ketinggalan dlm bab energy saving ni. Komuniti Kitakyushu sudah berfikir untuk kesenangan generasi masa hadapan mereka sejak tahun 1070-an lagi? Wow dasat....Kalau terlebih guna kena bayar mahal...hebat!

    Saya kesal kr orang kita belum ada kesedaran tentang itu. Di Melbourne mereka sgt sgt jimat elektrik. Di Beijing ni pun gitu....kita kena selalu buat kempen jimatkan elektrik ni...save energy for the future.

    ReplyDelete
  6. dah baca...
    haaa...memang betul la ilmiah sangat entry kali nih
    (rentetan?? pehh..bahasa kamus dewan bahasa ok?)

    energy saving gadget tuh patut diketengahkan ..letak bil mahal bila overused..padan muka kat derang2 yang tak reti nak energy-saving kat malaya ...
    baik letrik, air, gas, minyak...
    mentang2 air free..ko cucur le banyak2 kat longkang semata nak halau kucing? huh?
    (geram nih...)

    ReplyDelete
  7. ok baru abes baca. kekeke wahhh! untung sungguh dorang ade masyarakat yg ade kesedaran alam sekitar since 70-an lagi. kita ni mcm mana? dorang dh buat? kita bile lagi kan?

    cool giler mojiko town tu. byk sungguh bangunan2 yg mcm2 bersejarah kat situ.

    ReplyDelete
  8. Kirei na machi desu..

    Dulu saya sempat ke Pulau Shikoku saja...

    ReplyDelete
  9. melihat pd ayam lemon yg mentah merah tu, erkkk.. mcmane nk telan ni!

    ReplyDelete
  10. Dzuchan;

    Motif tau syok kat abg jepun ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮. Single lagi tu!

    ReplyDelete
  11. Leez:

    Ye, udang tu mmg sedap gile sbb sos dia sedap. Tatau la sos apa tu.

    ReplyDelete
  12. MasZuber;

    Yup masa aku masuk salah satu rumah contoh tu pon aku dah kagum. Penduduk kat situ diajar macamana nak tgok graf2 tenaga kat rumah diorang. Selalunya suri rumah yang memainkan peranan pentg sebab diorg yg full time duduk kat rumah.

    Udang tu mmg terbaik!

    ReplyDelete
  13. Naramas Aman:

    Kak, mmg diorang dah sepuluh abad kedepan meninggalkan kita. Rasanya jauh lagi kot kite nak sampai tahap macam tu. Diorang dah membongkok kite masih bertatih.

    Apa² pon, kite skg mmg usaha ke arah itu. Mungkin kite tak smpat nak merasa, tapi anak cucu kita insyaAllah akan sempat rasanya nanti :)

    ReplyDelete
  14. Kak tansri:

    Hahahahahahhaha lawak part cucuh ayor halau kucing tu!!! Mmg betol sangat kan!!!!

    Tu la, rasanya from now on wards nak perbanyakkan entry ilmiah la, biar berpelajaran sikit entry2 saya lepas ni kekekeke.

    ReplyDelete
  15. John:

    Ye mmg cool gile pekan tu. Rasa macam nak tggal kat situ pulak kekekek.

    ReplyDelete
  16. Mie:

    Wah pulau shikoku macam best je bunyinya ye. Takpe boleh kongsi pengalaman bersama.

    ReplyDelete
  17. Cawan:

    Entahle, aku pon tak tau cane nak telan, dia kena perah dengan lemon kasi masam sket heehhe.

    Wek. Tak gamak.

    ReplyDelete
  18. x puas hati aku tgk gambar tempura udang dgn ikan goreng ko tu!.. hish.. terpaksa jgak la cari nanti

    ReplyDelete
  19. Dan:

    Hahahah pi lah bersama org tersayang kekekee

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!