2012-09-25

Amazing Japan (Part 5): Tsukuba - Tokyo - Kitakyushu

Assalammualaikum!!!

Ada yang bertanya, masa aku ke Japan tu tengah musim apa? So untuk menjawab persoalan 'sang pentanya' (wah adakah kata nama sebegitu?) maka aku jelaskan sewaktu aku ke Japan yakni pertengahan Ogos sehingga pertengahan September adalah musim panas (yakni summer dalam bahasa omputehnya) dan keadaan kepanasan di sana adalah yang melampau pada tahun ini (bak kata para pengkaji cuaca Jepun la) malah lebih panas lagi dari keadaan cuaca di Malaysia, kemana-mana pergi ada je orang sedekah kipas summer, dan akhirnya aku berjaya mengumpul lebih kurang 9 keping kipas summer (made in Japan- Lari tajuk) hehehe. Sebab apa aku kata kepanasannya melampau dari kepanasan di Malaysia? Sebab kat sana kurang humid dan kering, tak ada angin pulak tu, jadi memang sangat mencabar. Sayangnya aku pulang ke tanahair sebelum sempat menemui autumn (just a few days around the corner) #pasrah. Tu tandanya kena  pi sana lagi? Mungkin satu hari nanti. InsyaAllah.

Oh ada juga yang bertanya, Tsukuba City tu celah mana letaknya dalam map Jepun? Aduh susah nak Google ye? Ok la aku tepek map Jepun kat sini agar korang-korang yang bertanya dapat gambaran sedikit sebanyak dimanakah lokasi tempat-tempat yang aku singgah. Ok? Cantek! Perjalanan menaiki train atau bas dari Tsukuba City ke Tokyo City memakan masa lebih kurang 1 jam.

Ok ini adalah peta Negara Jepun. (sumber Googlemap) -  Ketik pada gambar untuk TUMBESARAN 
Dan ini gambaran lebih dekat kedudukan Tsukuba City dari Bandaraya Tokyo. :) (sumber googlemap) - Ketik pada gambar untuk TUMBESARAN 

Ok berbalik kepada kisah di Jepun, hari ini merupakan hari ke 7 dan kami akan meninggalkan Tsukuba, katanya nak merantau jauh nun ke selatan Jepun. Kemanakah? Kali ini kami akan ke Pulau Kyushu yang merupakan pulau paling selatan di Negara Jepun.  Wow memang waktu ni yang aku nanti-nantikan pon, at least takde lah terjerongak je kat kampong kan. Tapi sebelum ke Pulau Kyushu, kami akan bermalam dulu semalam di Tokyo! Yeay akhirnya merasa jugak ke Tokyo City!

Perjalanan dari Tsukuba ke Tokyo City mengambil masa 1 jam dengan menaiki tran JR Joban Line dari  Stesen Hitachi no Ushiku (ha bebelit lidah nak menyebutnya ye dak?). Aku panggil stesen ni Ciku ciku station (senang nak menyebutnya kekeke).  Memang penat jugak bile terpaksa mengangkut beg-beg yang besar dan bagak tu ke Tokyo sebab bila balik dari Pulau Kyushu nanti kami akan menetap di Tokyo untuk sepuluh hari. So, nak tak nak terpaksa la bawak bekalan yang banyak.

Stesen Hitachi no Ushiku, Tsukuba.

JOM LAYAN VIDEO PENDEK SAT 
(Ha jangan memain ada video lagi ehehehehe)

video

Kami bertolak dari Tsukuba selepas tamat kelas petang tu, iaitu lebih kurang pukul 4.30 petang. Setelah bertukar-tukar train sebanyak 3 kali iaitu di Nippori Station (Yamanote Line) dan di Akihabara Station (Chuo Line) akhirnya kami tiba di Shibuya di mana letaknya pusat tempat kami bermalam. Alhamdulillah cukup selesa, sama seperti di Tsukuba. Sampai Tokyo je dekat jam 7.30 malam, so apa lagi dengan perut yang berkeroncong sebab tak makan tengahari (jimat la konon) kami terus pegi dinner di kantin dan balik ke bilik masing-masing. Esok pagi-pagi buta kena bergerak ke Haneda Airport untuk ke Kyushu.

Rujuk bulatan dan garisan bewarna HIJAU untuk mengetahui laluan paling murah dari Tsukuba nak ke Tokyo City. (sumber googlemap)
Bilik aku di Tokyo.
 
Jam 7.30 pagi kami bergerak dari Tokyo ke Haneda Airport menaiki bas. Flight ke Fukuoka Airport akan berlepas pada jam 9.30 pagi, dan mengambil masa 1 jam. Alhamdulillah, penerbangan ke Kyushu sangat lancar dan sempat jugak aku menjenguk Gunung Fuji dari udara! Subhanallah memang cantik, Cuma kali ni takde la snow cap kat atas puncak Gunung Fuji tu sebab time summer kan.

Tokyo ke Kitakyushu mengambil masa selama satu jam penerbangan. Kalau naik shinkansen mengambil masa 5 jam perjalanan. (sumber Google)

Sempat la intai Tokyo Tower dari jauh...
Ni pulak sekitar pemandangan Tokyo dari dalam bas....
Ha tu dia Tokyo City! *Jakun yakmatssss
Haneda Airport
Amik gambar Airport pon jadilah...
Ni tiket flight aku ke Fukuoka!
Tuuu dia Gunung Fuji!

Kami tiba di Fukuoka Airport dah dekat jam 11.00 pagi. Lepas tu kena pulak naik bas menuju ke Kitakyushu yakni sebuah bandar pelabuhan lama yang sangat terkenal di Jepun. Sedikit info mengenai Kitakyushu:

NOTA: Kitakyushu merupakan sebuah bandar pelabuhan lama yang wujud di Japan dan merupakan bandar yang paling hampir dengan Seoul, Korea Selatan. Jadi banyak kapal dagang yang masuk ke Japan melalui Kitakyushu City. Akibat aktiviti perindustrian yang tak terkawal, makanya bandar Kitakyushu sangat tercemar dan mendatangkan mudarat kepada alam sekitar. Satu hari, kaum-kaum ibu di Kitakyushu berhimpun dan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap alam sekitar mereka yang tercemar. Bermula dari situlah maka Bandar Kitakyushu berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah bandar sihat yang dikenali sebagai Ecotown sehingga kini. Kitakyushu kini menjadi bandar contoh kepada beberapa bandar lain di negara-negara Asia. Paling bangga, bandaraya Ipoh merupakan bandar angkat kepada Kitakyushu dari segi pengurusan sisa pepejal (kekeke Ipoh okay!).



Ok sampai je ke Bandar Kitakyushu, kami berjalan kaki ke hotel di mana kami akan menginap selama 3 hari. Nama hotel tu adalah Hotel JR Kyushu, yang aku rasa adalah hotel bajet tetapi lokasinya sangat strategik. Sesiapa yang nak melawat Kitakyushu aku rasa sesuai menginap kat hotel bajet ni sebab ianya sangat selesa dan kedudukan yang berhampiran dengan Kokura Station (cuma jalan kaki lima minit) dan juga tempat shopping !!!

Airport bus dari Fukuoka Ke Kitakyushu (2 jam beb!!!)
Kokura Station
Dari Kokura Station jalan kaki selama 5 minit menuju ke Hotel.
Dah sampai hotel.
Keadaan dalam bilik hotel.

Petang tu kami dibawa pusing-pusing jalan kaki di sekeliling bandar. Memang best giler dapat tengok banyak kedai kat keliling, sebab kat Tsukuba tak macam tu hehehe. Kami di bawa melalui kawasan peniagaan berbumbung yang berhubung di antara satu blok dengan blok bangunan yang lain. Memang boleh sesat kalau tak betul-betul ingat kat mana nak dituju. Kawasan berbumbung tu seakan-akan di Petaling Street dan Masjid India la tapi memang sepanjang-panjang lorong tu semuanya berbumbung, so tak perlu risau kalau nak shopping di kala hujan. Kekekeke.

Ada monorel yang besar gedabak!
Kawasan bazaar berbumbung.

Lepas melalui kawasan perniagaan baru, kami dibawa melalui kawasan pasar pulak. Ya semuanya berhubung juga, memang mudah untuk membeli belah dan sangat selesa. Pembinaan kawasan pernigaan di bandar ini sudah dirancang dengan penuh teliti dan mesra pengguna.

Banyak kedai 100 Yen kat sini.
Makcik jual ikan.

Seterusnya kami dibawa pula ke kawasan river front. Ha ceritanya di situ, dulu Sungai Murasaki tu merupakan sungai yang paling teruk tercemar akibat aktiviti industri, tapi setelah melalui fasa perubahan, akhirnya sungai tersebut dah dibersihkan dan dijadikan pusat rekreasi untuk penduduk setempat. Sama ceritanya macam Han River di Seoul masa aku pergi dulu, mereka membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membersihkan sungai. Keadaan sekeliling sungai memang cantik dan tenang. Menurut wakil dari pihak City Council yang bawak kami jalan-jalan petang tu, macam-macam aktiviti rekreasi diaadakan sepanjang tahun kat sungai tu. Di tepi  Sungai Murasaki jugak ada sebuah muzium iaitu Water Muzeum di mana di dalam muzium tu ada diceritakan tentang sejarah perubahan sungai tersebut.




Boleh sewa basikal juga di sini..
Environmental Museum Of Water
Keadaan dalam museum

Lepas melawat sungai kami pon balik semula ke hotel, sebab malam tu kami akan ke sisi lain Kitakyushu! Wah tak sabar pulak. Kemana pulak kami akan pergi? Tunggu…. Nanti aku sambung di entry yang lain.

WASSALAM.

16 comments:

  1. Banyaknye peta, pening aku nk tgk, baru aku pasan yg bazar dia semua beratap mcm tu ek..sb kt Osaka & Kyoto pn rupe sama je... aiiih tak dpt nk bygkan panas dan tak de angin, haruslah aku duk diam2 dlm bilik je hahahah

    ReplyDelete
  2. ekcelator tuh open konsep? tak de bumbung???wow...
    soping komplek sana sini...bestnyer

    oooo tuh bilik kat tokyo le yg gi panjat meja kibar bendera????

    ketapi lallu atas bumbung kedai selamba badak....

    jepun....mmm...bila le nak jejak..huhu

    ReplyDelete
  3. ok aku dh pening dh dgn perjalanan ko nih. byk sungguh bertukar public transport. kira2 sume total brape jam punye journey?

    mcm tak panas je? hahah untungla dh sampai japan. hrp2 aku dpt pegi sana gak. insyaALLAH.

    ReplyDelete
  4. panas dari malaysia??

    ohh tidak..nanti aku nak riki2 tarikh course masa bulan bunga laa...agak2 ade tak? hihihiiii

    mount fiji ko nmpak dari atas flight? mmg hebat!!

    ReplyDelete
  5. BlueEwoke:

    Ha baru ko tau macamana aku mengkaji peta kat sana jugak, memang pening tau, sehingga aku pasrah mengikut je kemana hala diorang bawak tanpa hala tuju hahaha.

    Dok bilik hotel ko ingat sejuk? ekon hanya dibenarkan pasang 28 darjah salsius saja okay!

    ReplyDelete
  6. Kak Koko:

    Errrr haah eskeleter tu memang open konsep merata2 ada di jepun, tak kiralah hujan ribut petir melanda dia tetap berjalan.... kekeke

    Meja tu? erkkk errr.... no komen kekekeke.

    Haah atas bumbung jamban pon ada rel ketapi tau.

    insyaAllah tunggu Tansri bawak akak yer.

    ReplyDelete
  7. Danny:

    hahaha bukan saja pening malah penant okay ngangkut beg! nasib bek bawak beg troly! hahaha.

    Total perjalanan dekat sehari suntuk jugak la.
    (malas nak kire berapa jam termasuk waktu menunggu)

    Semoga ko dapat g jepun.

    ReplyDelete
  8. MasZuber:

    Ye panas okay! Kalau ko berjalan tak bawak kipas tangan memang lenjun.

    Musim bunga salunya bulan 4 dan 5, sila pi time tu.

    ReplyDelete
  9. Yaay IPOH!

    Apakah cara yg digunakan oleh Jepun utk membersihkan sungai tu? Mereka guna mud balls ke? Nak juga tahu :)

    ReplyDelete
  10. Naramas Aman:

    Ha nak tau cemana caranya pembersihan sungai dibuat?

    Ada pelbagai peringkat...yg pertama tentunya menyekat segala pembuangan secara langsung air sisa dari kilang ke dalam sungai...melalui sistem kumbahan berpusat.

    kedua menggali semula dasar sungai dengan mengeluarkan selut2 kotorang yang terdapat di dasar sungai dan menggantikannya dengan yang baru.

    ketiga of kos program kesedaran dan cintai sungai kita.. mereka ada persatua pencinta sungai murasaki yang bergiat aktif.
    hehehhh

    ReplyDelete
  11. rindunyer tgk tiket train diaaaaaaaaaaaaa!

    biru gile weh langit dgn awan ketul2 tu, cun gile!

    aah, ko pi blk pi blk cam merata2 trip ni hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Kecik je kan tiket dia, kalo hilang naya. Tapi aku pakai kad pasco tu, skg ada lagi lebih kurang 900 yen tak pakai. Huhu.

      Ye langit dia kalo tak hujan sangat la membiru! :)

      Delete
  12. Oh gitu caranya mereka bersihkan sungai. Gigihnya sehingga gali sampai dasar.

    Good info :)

    ReplyDelete
  13. Naramas Aman:

    Ye kak begitulah lebihkurang gayanya. Di Malaysia pon, under River of Life project, kite gunakan teknik yang lebih kurang sama jugak untuk menghidupkan sungai gombak dan klang tu, dasar kena bersihkan dulu sebab sebb kalau tak bersih, sampai bile pon sungai tu takan bersih. InsyaAllah nanti sungai Klang kat Kl tu pon akan bernyawa juga!!! Ayuh!

    ReplyDelete
  14. cantik la langit kat sana...blues...pepun, nice story dan gmbr2...:)

    ReplyDelete
  15. Jimmy:

    Thanks. Mencuba sedaya termampu. :)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!