Amazing Japan (Part 5): Tsukuba - Tokyo - Kitakyushu
Assalammualaikum!!! [ Sambungan dari Part 4 ] Ada yang bertanya, masa aku ke Japan tu tengah musim apa? So untuk menjawab persoalan 'sang pentanya' (wah adakah kata nama sebegitu?) maka aku jelaskan sewaktu aku ke Japan yakni pertengahan Ogos sehingga pertengahan September adalah musim panas (yakni summer dalam bahasa omputehnya ) dan keadaan kepanasan di sana adalah yang melampau pada tahun ini (bak kata para pengkaji cuaca Jepun la) malah lebih panas lagi dari keadaan cuaca di Malaysia, kemana-mana pergi ada je orang sedekah kipas summer, dan akhirnya aku berjaya mengumpul lebih kurang 9 keping kipas summer ( made in Japan - Lari tajuk) hehehe. Sebab apa aku kata kepanasannya melampau dari kepanasan di Malaysia ? Sebab kat sana kurang humid dan kering, tak ada angin pulak tu, jadi memang sangat mencabar. Sayangnya aku pulang ke tanahair sebelum sempat menemui autumn ( just a few days around the corner ) #pasrah . Tu tandanya kena pi sana lagi? Mungkin satu h...