Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Edisi Kembara Selatan : Hari Kedua (Tioman)

Assalamualaikum!!!

Sambung citer Kembara Selatan hari kedua. Kalau semalam perjalanan memakan masa hampir 4 jam dari KLke Mersing dan aktiviti menembak di pantai-pantai Mersing, hari kedua aku dan KJ plan melarikan diri ke pulau pulak. Maklumlah hajat di hati kononnya nak bersnorkling dan berisland hopping di KRABI, tidak kesampaian. Akhirnya kami nekad ke Pulau Tioman...sebuah pualau yang masih belum pernah aku jejaki.

Seawal 8.30 pagi kami bergerak dari rumah Abu menuju ke jeti Tanjung Gemok di Rompin. Siasatan dibuat mengenai waktu pelepasan bot ke Tioman dan harga tiket. Kami diberitahu yang bot dari Jeti Tanjung Gemok ke Tioman paling awal akan bertolak pada jam 9.00 pagi. Tapi masalahnya waktu petang tiada bot dari Pulau Tioman ke Jeti Tanjung Gemok. Pasrah...akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Pulau Tioman melalui Jeti Mersing pada jam 11.30 pagi dan bot akhir dari Tioman ke Jeti Mersing adalah pada jam 4.30 petang...hmmm kira ok la sempat la nak meronda-ronda di Tioman…

Edisi Kembara Selatan : Hari Pertama (Mersing)

Assalamualaikum!!!

Kembali bersiaran setelah mati kekeringan idea selama beberapa minggu yang lalu, hehehehe. Kali ini aku akan menceritakan kisah "KEMBARA SELATAN" yang berlaku secara spontan akibat kegagalan rancangan asal. Huh?? Apakah rancangan asal itu? Nanti aku ceritakan semuanya.

Kisah pertama:

Kengkononnya rombongan "Geng Ungu" (GU) kali ni akan menjelajah ke Wilayah Utara (Kedah, Perlis, Hatnya dan Krabi) dengan menaiki kereta. Persediaaan dibuat dengan rapi walaupon terdapat beberapa masalah teknikal seperti kemalangan jalanraya, urusan passport, dan dokumen-dokumen perjalanan yang lain, namun masih nekad untuk berjuang ke Utara. Penyertaan kali ini dijangka merosot memandangkan ada beberapa ahli GU yang tidak dapat turut serta sebab masalah peribadi.

Setelah membuat beberapa siri mesyuarat bersama pengasas GU iaitu KJ melalui dalam talian (online) dan simisi (SMS) akhirnya kami bersepakat untuk menjalankan acara tunggu dan lihat sehingga ke tarikh yang …

Festival Belon Udara Panas Ke-3 di Putrajaya

Assalamualaikum!!!

Sepertimana yang dijanjikan dalam entry lepas, aku nak citer pasal Festival Belon Udara Panas Kali Ke 3 di Putrajaya yang berlangsung pada 17 - 20 Mac 2011 yang lalu. So biar aku ceritakan PENGALAMAN AKU dengan event ni.

Sebenarnya, festival ni memang salah satu acara yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh kebanyakan pecinta belon udara panas termasuklah aku. Walaupon sehingga kini masih belum berpeluang untuk menaiki belon-belon tersebut akibat sambutan yang terMAHA hebat, pasrah je la tapi bila dah dapat menembak belon-belon pelbagai bentuk itu sudah cukup menerujakan aku.

Aku ke festival tu boleh dikatakan setiap hari! Hahaha gila kan! Ya betol setiap hari aku singgah untuk menembak belon. Untuk makluman, belon-belon udara panas akan mengembang dan diterbangkan ke udara melalui dua sesi setiap hari iaitu pada jam 7.30 pagi dan 5.30 petang dan aku telah hadir pada kesemua sesi tersebut selama 3 hari berturut-turut! ngeh~ dan sedikitpon aku tak mengulor time kerja …