2011-03-31

Edisi Kembara Selatan : Hari Kedua (Tioman)

Assalamualaikum!!!

Sambung citer Kembara Selatan hari kedua. Kalau semalam perjalanan memakan masa hampir 4 jam dari KL ke Mersing dan aktiviti menembak di pantai-pantai Mersing, hari kedua aku dan KJ plan melarikan diri ke pulau pulak. Maklumlah hajat di hati kononnya nak bersnorkling dan berisland hopping di KRABI, tidak kesampaian. Akhirnya kami nekad ke Pulau Tioman...sebuah pualau yang masih belum pernah aku jejaki.

Seawal 8.30 pagi kami bergerak dari rumah Abu menuju ke jeti Tanjung Gemok di Rompin. Siasatan dibuat mengenai waktu pelepasan bot ke Tioman dan harga tiket. Kami diberitahu yang bot dari Jeti Tanjung Gemok ke Tioman paling awal akan bertolak pada jam 9.00 pagi. Tapi masalahnya waktu petang tiada bot dari Pulau Tioman ke Jeti Tanjung Gemok. Pasrah...akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Pulau Tioman melalui Jeti Mersing pada jam 11.30 pagi dan bot akhir dari Tioman ke Jeti Mersing adalah pada jam 4.30 petang...hmmm kira ok la sempat la nak meronda-ronda di Tioman sekejap. Cukup sekadar menjejakkan kaki saja.

Dari Jeti Tanjong Gemok kami bergerak ke Jeti Mersing yang mengambil masa 30 minit perjalanan. Tambang ke Pulau Tioman pula adalah RM 35 sehala. Sepanjang perjalanan dari Tanjung Gemok ke Mersing kami sempat singgah di beberapa buah pantai antaranya Pantai Gembira dan Pantai Ayer Papan. Tak sangka pulak di Mersing ada sawah padi!!! Terkesima bila tengok sawah padi terbentang luas di tepi pantai.

Sampai di Jeti Mersing kami pon singgah makan di food court berdekatan. Makan tengahari terus sebab takut susah nak makan di Pulau Tioman dan harganya kompom mahal. Keadaan di jeti agak sesak memandangkan kami pergi time cuti, dan ramai pelancong yang rasanya akan menginap 2-3 hari di Pulau Tioman...kami je yang gila pergi balik hari hahaha. Seriously memang tak merancang pon ke Tioman, segala-galanya sepontan.

Perjalanan dari Mersing ke Pulau Tioman menaiki bot mengambil masa 1 jam 30 minit. Alhamdulillah tak sempat nak mabok laut sebab ada aircond kuat..kalau tak kompom dah muntah. Kami turun di Pantai Kg. Tekek, Pulau Tioman. Sampai-sampai je, terkejut sebab tengok sepanjang pantai telah ditambak dan dibina laluan pejalan kaki...(ala-ala waterfront pulak). Memang kecewa. Kami sewa basikal dengan harga RM 5 sejam dan bergerak ke Pantai Air Batang. Alhamdulillah kat situ ada pantai dan banyak dugong dan duyong bakar di sepanjang pantai. Menarik sungguh pemandangan di Pulau Tioman. Tapi walau apa pun, di antara tiga buah pulau yang pernah aku pergi iaitu Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman, aku kompomkan yang Perhentian dan Redang adalah terbaik!!!!. Tioman? Biasa-biasa saja.

Setalah menghabiskan aktiviti di Pulau Tioman kami pon balik la ke Mersing. Sampai di Mersing dah hampir jam 6.30 petang. Sempat lagi menembak sunset di pantai dan bergegas menuju ke Kuala Rompin untuk makan malam. Memang sangat penat di hari kedua tapi berbaloi. Gambar-gambar yang di ambil pon ada juga segelintirnya yang mabeles. Tapi banyak yang hampeh wakakaka. Kami balik semula ke rumah Abu dan tidor. Esoknya kami nak berjalan jauh, jadi kena rehat secukupnya!

Jom layan beberapa keping gambo di Pulau Tioman!

PEACE!

 









4 comments:

  1. wowweee... da sampai Tioman!!! hahaha... tak dapat mandi, layan dugong dan duyung darat pun jadi lar erk! Hihihi

    ReplyDelete
  2. MasMZ

    Yes akhirnya!!!! Dapat gak merasa pasir Tioman.

    Amacam lagu tema blog ni hahahah ada bran???

    ReplyDelete
  3. ha'ahhhhh... da pasan! luper nak tegor je... bukan semalam lagi da tuka... tapi time nak komen, leh terlelap... huuuuu [mood : balik rumah terus flat rate.... takde diskaun nak wat menda2 lain...]

    ReplyDelete
  4. masMZ

    OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS