Dikemaskini pada 9 Januari 2012
Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu...
Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!!
Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu!
Selalu yang aku lakukan kalau terpaksa bertolak seorang diri ke LCCT adalah menempatkan Al-Faris di Putrajaya Sentral, kemudian menaiki ERL ke KLIA dengan tambang RM 6.20. Waktu perjalanan ERL dari Putrajaya adalah setiap setengah jam. Ambil contoh, kalau nak bergerak ke KLIA selepas waktu kerja jam 5 petang, maka kita harus cepat kerana ERL dari KL Sentral akan tiba di Putrajaya Sentral pada jam 5.20 petang atau 5.50 petang . Begitulah corak perjalanan ERL seterusnya 6.20, 6.50 dan seterusnya... Perjalanan ke KLIA mengambil masa 15-20 minit dan akan melalu stesen Salak Tinggi dan akhirnya ke KLIA.
Setelah tiba di KLIA, kita harus ke Stesen Bas KLIA yang terletak di aras bawah berdekatan bangunan parking kenderaan. Banyak signboard menunjukkan arah ke perhentian bas tersebut. kalau tak tau, sila tanya pekerja-pekerja KLIA tu.
Kemudian kita kena naik bas ke LCCT dengan tambang RM 2.50 dan perjalanan mengambil masa 15-20 minit juga. Jadi jumlah perbelanjaan dari Putrajaya Sentral ke LCCT adalah RM 8.70.
CARA JIMAT
Ok ni yang aku nak kasi tau cara paling mudah dan jimat menaiki ERL dari Putrajaya Sentral ye. Kita boleh beli tiket direct dari Putrajaya Sentral ke LCCT tanpa perlu pergi ke KLIA. Caranya, kita hanya perlu membeli tiket di kaunter tiket Putrajaya Sentral dan cakap kat petugas kaunter tu untuk membeli tiket ke LCCT. Nanti petugas kaunter tu akan beri tiket ERL ke Hentian Salak Tinggi beserta tiket bas ke LCCT dari Hentian Salak Tinggi tersebut! Tambang hanyalah RM 5.50!!! Nah dah jimat RM 3 lebih kan??? Perjalanan mengambil masa lebih kuang 30 minit. Mudah dan tak perlu berjalan kaki jauh ke hentian bas kerana bas akan menunggu kita di depan pintu Hentian Salak Tinggi!
Kalau nak naik dari LCCT ke Putrajaya Sentral pulak, kita boleh gunakan cara yang sama. Pergi ke kawasan hentian bas di LCCT (ada signboard "Bas ke ERL") dan cakap kat petugas di situ nak beli tiket ke Putrajaya. Nanti mereka akan beri tiket bas dan tiket ERL ke Putrajaya Sentral dengan harga RM 5.50.
Mudah kan!!!
Ok tu perihal tambang ERL dan tambang bas. Sekarang aku nak cerita pasal harga tiket parking letak kereta di Putrajaya Sentral pulak. Sebaik-baiknya kita letak kenderaan di kawasan letak kereta berbumbung. Kawasannya sangat selesa dan selamat. Harga sekali masuk adalah RM 2 sehingga jam 12 malam. Selepas jam 12 malam kita akan dikenakan harga RM 5 sekiranya hendak meletakkan kereta semalaman. Jadi jumlah sehari kena bayar adalah RM 7. Kalau letak tiga hari maka harga yang perlu dibayar adalah RM 21 sahaja. Jauh lebih murah kalau letak kereta di LCCT atau di KLIA kan??? Jadi sama-samalah kita bertindak bijak dalam mengatur percutian kita!


37 jangglers:
apa daaaaaaaa, haHAHAHA
MasMZ:
Apakah???Hahahahha no komen kuikuikui
info yang sgt berguna....bgus la ko...suka bkongsi mklumat2 mcm nie..truskan la bkongsi mklumat2 yg dpt beri mnfaat kpda smua org..good job...!
Anoy=
Thanks jugak sebab sudi baca. Berkongsi maklumat yg berguna apa salahnya kan! hehe
memang tak pasan ke??? biasa kalao mat saleh kan beramai-ramai akan turun kat situ :)
[dulu turun kat situ, cam terasa jauh... lagi dekat ke perjalanan bas nya???]
thank you very much
you r welcome!
Masmz:
Salu ingat depa beli tiket tu kat KL Sentral je..tatau plak kat Stesen stesen tu ada jual gak.
gud info untuk org yang mcm saya tercari-cari org untuk hantar kami... pe pun salam perkenalan..
Murni Delights
Thanks sebab terjumpa entry ni. Sharing is caring kan.
Anyway salam perkenalan jugak! :)
Tuan punye blog, tq very200xx much..superb info..
Anon;-
Welkam :)
Tuan punya blog,
Pendapat u la kan..if nak bawa 3 warga emas (hehehe..mom,MIL and FIL), ikut cara u ni ok ker for dieorg? ada mcm memenatkan tak? U knowla kan..kesian pulak nanti. Blum smpai LCCT dah letih dah..
Anon:-
Pada pendapat saya la, kalao bawak warga emas dan bebudak nak ke lcct better guna kekdah yang kedua, tak banyak berjalan dan hanya duduk dalam erl dan bas je... Lagipon bas akan tunggu depan pintu erl dan terus turun depan pintu Lcct.
:)
Kalo nak selesa lagi naik teksi le hehehhee.
Tuan punya blog.. nak selesa, poket terbarai la.. hehehe. tq so much..
Anon:-
Tau takpe :ehehhee... Bagi saya bas dia pon cukup selesa. Takda masalah.
thnx...blog mcm ne la yg bgus...mberi manfaat kpd org lain... :)
Anon;-
Thanks sudi baca.
Sharing sesuatu yg baik amat digalakkan.
thanx yer...saya mmg cari info nih...
Hanakhairi:-
Sama-sama, gembira dapat membantu anda. :)
Dari salak Tinggi tu nak dapat bas senang tak ? bape jam/minit satu? tengah nak budget time nie
esk nak berangkat nie tgh pikir cara mudah nak ke lcct tue
InsyaAllah bas ke LCcT dari erl salak tinggi tu non stop. Memang provided khas oleh erl untuk bawak penumpang ke lcct.
tq 4 d info..sgt berguna utk sy 2 minggu lg :)
Izan:-
Sama-sama, semoga selamat pergi dan selamat kembali!
thanks for this tip..
nak tanya, parking keta kt putrajaya sentral tu mmg really ok?
Dzuchan:-
Yup setakat ni saya letak kat situ alhamdulillah ok.
Okey..Thanks..macam nak try kot next week..:-)
Tq for the info....heee esok nk ke lcct..malam nie baru dpt input...tq
Encik..mekasih utk maklumat tu...saye plan utk tinggal kereta kat putrajaya sentral coz bace kat forum and blog lain kalau parking kat area lcct samada lcct parking atau tune hotel parking paling murah pun dapat RM16 perday...kalu 5 hari banyak tu...thanks sebab bg info berguna utk saya...
Kalu boleh saya nak tanye..encik tahu tak kaunter parking tu bukak kul brpa atau ia mmg 24jam? Selamat tak?
Cik Anon:-
InsyAAllah selamat letak situ. Tapi tawakal je la sebb benda kalao nak jadi akan jd jugakk kan.
Kaunter tiket adalah pakai mesen. Automatik. So memang bukak 24 jam.
parking dkt Putrajaya Sentral adlh murah kaaannnn.... mmg terbaek~
saya memang plan nak park kat putrajaya sentral 5 hari hujung bulan ni, parking berbumbung tu memang banyak ke? dan satu lagi dari pengawasan oleh pihak management situ memang ok ke? bimbang juga nak tinggal kereta lama-lama takut terjadi apa-apa. harap security kat situ bagus dan ada CCTV. btw, parking tu luar ke dalam pagar sentral?
Tropical Jingga:
Yup, setakat ni murah lagi. :)
Zaifull:
InsyaAllah selamat, ada bumbung . Security pon ada. Saya pernah paking situ 4 hari alhamdulillah takde pape berlaku.
Paking tu dalam pagar sentral.
sngguh detail..dann mmbatu sgt2..tgh blur camae nk pergi ke lcct..skang, terjawab sudah..tnk u
Wanizariff:
Saya hanya menyampaikan apa yg saya alami. Gembira dapat membantu anda! :)
Post a Comment