Minggu lepas merupakan satu minggu yang panjang bagi aku. Kenapakah? Sebab aku bercuti panjang! Yeahhhhh! Walaupun bercuti panjang tapi terasa sangatlah cepat masa itu berlalu. Hasih...dunia..dunia.
Sepertimana yang ramai dah tahu, minggu lepas kita menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Jadi ramai juga yang dah buat plan nak balik ke kampung la, berkahwin dan sebagainya. Aku pulak, awal-awal dah set dalam diary nak balik kampung sebab sepupu aku nak bertunang. Tapi apakan daya, dikala last minit aku menerima berita sedih. Kawan baik aku, Adie nak migrate ke Utah, USA dan hanya ada minggu ni saja untuk aku berjumpa dengan dia, sebelum dia berlepas ke US. Alamak, kalau nak jumpa di US rasanya bertahun-tahun jugak la aku kena kompol duit. Jadi setelah perbincangan dibuat dengan kengkawan yang lain, akhirnya kami semua bersetuju untuk membuat farewell meeting bersama Adie.
Dan pada 28 April 2011, aku dan dua orang rakan iaitu Boring and Max telah bertolak ke LCCT untuk menaiki kapalterbang ke Singapore pada jam 9.20 malam. Haish rasanya baru je bulan lepas aku ke Seberang Tambak, nampak gayanya kali ni rezeki aku ke sana lagi! (Mode:senyum kambeng)
Petang tu aku memang sangat kelam kabut, dengan keadaan Al-Faris (kereta aku) yang tak berapa nak sehat tu aku bawak dari bengkel, kemudian tergesa-gesa packing barang dan akhirnya banyak benda yang aku nak bawa tertinggal! Yang paling sadis, sampai di Putrajaya Sentral, kengkononnya nak amek gambar pakai Cik Melatie (Kemera aku) tapi tersentap sekejap sebab aku terlupa masukkan Memory Card dalam badan dia!!! Arghhh terus aku meroyan kat Putrajaya Sentral. Dalam hati, aku memujuk diri sendiri. Kat Seberang Tambak tu barang-barang kemera murah, boleh beli yang baru...(berulang-ulang aku sebut benda tu dalam hati).
Dari Putrajaya Sentral, kami beli tiket ERL+Bas ke LCCT dengan harga RM 5.20. Murah gila berbanding kalau naik ERL ke KLIA dan naik bas ke LCCT (RM 6.20 + RM 2.50). Perjalanan dari Putrajaya Sentral ke LCCT menaik ERL dan bas mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Sampai di LCCT, kami berjumpa dengan seorang lagi rakan iaitu Jamal. Jadi kami berempat akan menaik kapalterbang yang sama ke Seberang Tambak. Lama gila sebenarnya aku tak jumpa dengan diorang semua ni, walaupon rumah masing-masing hanya sekangkang kera je tapi bayangkan kali terakhir aku jumpa diorang semua adalah pada Disember tahun lepas kot? Dan ada juga yang dah setahun tak jumpa. Maka bila dah berjumpa tu, masing-masing excited la.
Selesai urusan check-in dan menaiki kapal terbang, akhirnya kami pun berlepas ke Changi International Airport. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Tak sempat nak lelap mata pon.
Di Changi, Adie dah sedia menunggu di Balai Ketibaan! Perasaan masa tu memang sangat excited la sebab dah lama tak jumpa! Kemudian kami terus dibawa ke Restoran Mr. Teh Tarik di Bedok. Maklum ler, aku tak sempat nak dinner sebelum berlepas tadi. Aku pernah datang ke restoran ni dulu, dan ini merupakan kali ke dua aku singgah di situ.
Mee goreng yang aku pesan sangat pedas!!! Menanges-nanges aku nak menghabeskan mee tu, tapi sebab dah lapar sangat, terpaksa telan je la. Lepas habis makan dan berborak, barulah kami pulang ke rumah Adie di Simei. Sebenarnya dekat je rumah Adie tu dengan Airport, kalau naik kereta tak sampai 10 minit pon.
Malam tu, banyak benda yang kami sembangkan. Tidur pon agak lewat, walaupun Adie kena kerja hari Jumaat tu, tapi dia tetap gigih melayan kami semua. Oh ya, korum masih tak cukup. Kami masih menanti sorang lagi rakan yang akan tiba dari Bangkok. Ok, nanti aku sambung kisah hari kedua pulak. Kisah mencari memory card yang masih belum kesampaian...
PEACE!
Kat LCCT - Gambo pakai hp jadi kualiti memang macam hampeh. |
Restoran pertama yang kami terjah! Mr. Teh Tarik Family Restaurant, satu tempat yang menarik untuk lepak-lepak larut malam. |
Adie, Jamal, Max and Boring. :) |
Mee Goreng pedas giler. Berair mata nak menghabeskannya. |
Teh tarik! Gelas besar punya! |
sabtu ni mahu terbang ke kota singa..weeee :P
ReplyDeletehani
ReplyDeletewow weeee sila bergumbira!