Last week, aku berpeluang menyertai kontinjen Jabatan tempat aku bekerja ke Perhimpunan Hari Pekerja yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. This is my first time to join this kind of activity (yang melibatkan Jabatan). Sebelum ni, kalau nak diikutkan tak berapa nak sangat bersosial dengan mereka-mereka di opis. Segan hehe.
Apa yang menariknya Perhimpunan Hari Pekerja adalah aku berpeluang berasak-asak di tempat sesak sambil membawa nama Jabatan! Kami bergerak masuk ke dalam Stadium Putra seawal jam 7.30 pagi dan terus mengambil tempat di aras 2 berhadapan dengan pentas utama. Walaupun duduk depan pentas tapi kalau dah berada tinggi di kayangan, jangankan kepala, badan aku yang comel ni pon takde nya diperasan oleh TPM nanti huhuhu.
Oh Ya, TPM akan hadir merasmikan program ini pada jam 10.00 pagi, jadi sepanjang tempoh 7.30 pagi senhingga 10.00 pagi, setiap kontinjen yang menyertai perhimpunan ini dikehendaki menggayakan pelbagai formasi yang menarik untuk dipertandingkan. Markah-markah akan di ambil bagi kontingen yang mempamerkan formasi dan slogan yang menarik!
Maka kontingen kami pon tak lepas la bersorak, sambil menggaya-gayakan huruf membentuk nama Jabatan. Alahai, kecik je nampak dari jauh...sayup-sayup je. Kami juga menyanyikan lagu Jabatan dengan bersungguh-sungguh walaupun takkan didengar oleh sesiapa memandangkan keadaan di dalam dewan yang gamat dengan sorakan setiap kontinjen. Tapi tetap semangat okay!.
Selain daripada persembahan setiap kontinjen, kami juga dihuburkan dengan persembahan artis-artis yang tak berapa nak dikenali, tapi suara diorang sedap! Acara kemuncak persembahan adalah apabila Ning Baizura keluar menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu sambil diiringi oleh suara-suara kami semua di dalam Stadium itu! Fuuh mantop! Terasa seperti berada di Vegas!
Di akhir program, pemenang formasi terbaik diumumkan di mana syarikat swasta Prasarana Negara mendapat tempat pertama. Memang layak la sebab sepanjang tempoh berada dalam Stadium, diorang memang tak berhenti-henti membuat formasi ala-ala dikir barat dan memegang kad-kad bergambar yang dicantum-cantum menjadi gabungan logo-logo prasarana yang menarik!. Group aku???? hahaha sendiri mau ingat la.
Ok walau apa pun, ini merupakan satu pengalaman yang menarik untuk aku. Rasa-rasanya kalau tahun depan ada lagi, aku nak join la hehehe.
PEACE!
Time ni stadium still belom penoh. |
Persembahan pembukaan oleh penari-penari kebudayaan. |
Ni dia team aku!!! Kaler Hijau Terang tau! |
Stadium dah start penuh! |
Group Prasarana memenangi Anugerah Kontinjen Terbaik |
Kumpulan Maybank dapat nombor 2 |
Tu di TPM, nampak sayup2 je. |
Finally, persembahan Ning Baizura - Awan Terpilu |
Menulis untuk:
hijau terang lar pulak! hehehe... ari2 kena pakai hijo gelap tak ceria, ermmmm.... seb baik tahun ni tak de g g perhimpunan nih :)
ReplyDeleteMasMZ:
ReplyDeleteBuang tebiat le tuh!