Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Ronda-Ronda Jakarta

Assalammualaikum! 

Waduh-waduh lama sungguh tidak bersiaran ya ... udah ada yang lupa sama saya? asyikkk hahhaha feeling-feeling berbahasa Indonesia pulak kali ni. Setiap kali muncul entry baharu, setiap kali tu la kena mintak maaf sebab dah jadi pemalas tahap firaun, blog picisan semakin dilupakan. Ewah-ewah (terus nyanyi lagu Wany Hasrita).

Tapi sebelum tu dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca setia blog Janggeltrekker's Life yang dari dulu tak jemu-jemu bagi semangat suruh update blog ;p. Semoga lebaran kali ini disambut dengan lebih meriah tetapi bersederhana. Ingat, pembaziran itu amalan syaiton! 
Ayuh ke Jakarta!
Sebenarnya plan ke Jakarta ni dah bertahun-tahun dulu, sejak zaman muda mudi lagi, tiap kali beli tiket terpaksa cancel, mujur tiket beli time promo, so harga pun tak sampai RM50 time tu. Seingat aku dah dua kali aku cancel trip ke Jakarta. Kali ketiga ni aku nekad, kalau xda sape nak ikut pun aku nak pegi sorang-sorang h…