2018-06-13

Ronda-Ronda Jakarta

Assalammualaikum! 

Waduh-waduh lama sungguh tidak bersiaran ya ... udah ada yang lupa sama saya? asyikkk hahhaha feeling-feeling berbahasa Indonesia pulak kali ni. Setiap kali muncul entry baharu, setiap kali tu la kena mintak maaf sebab dah jadi pemalas tahap firaun, blog picisan semakin dilupakan. Ewah-ewah (terus nyanyi lagu Wany Hasrita).


Tapi sebelum tu dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca setia blog Janggeltrekker's Life yang dari dulu tak jemu-jemu bagi semangat suruh update blog ;p. Semoga lebaran kali ini disambut dengan lebih meriah tetapi bersederhana. Ingat, pembaziran itu amalan syaiton! 

Ayuh ke Jakarta!

Sebenarnya plan ke Jakarta ni dah bertahun-tahun dulu, sejak zaman muda mudi lagi, tiap kali beli tiket terpaksa cancel, mujur tiket beli time promo, so harga pun tak sampai RM50 time tu. Seingat aku dah dua kali aku cancel trip ke Jakarta. Kali ketiga ni aku nekad, kalau xda sape nak ikut pun aku nak pegi sorang-sorang hahaha (semua gara-gara tak ada trip ke mana-mana tahun ni...sangap trip! ;p)

Kenapa Jakarta? Aku dengar banyak cerita pasal Jakarta. Paling popular dia puna macet (jem)! Dan orang cakap nothing much to see in Jakarta...betul ke? Aku tak kisah pun semua tu, yang penting aku nak tengok dan rasa sendiri. Paling tidak pun aku sampai sana, aku jalan-jalan shopping! Hahaha

Kami bertolak dari KLIA2 pada 1 Mac 2018, ha tak sangka aku ingat tarikh berlepas ni ;p. Masa tu tak ada tiket promo pun, so bayar la dalam RM 200++ return KL-Jakarta. Dan macam biasa, Air Asia kalau tak delay memang tak mencapai KPI mereka la (bercakap berdasarkan pengalaman menggunakan AA seperti bas ekspress balik kampung bebeapa tahun dahulu). Dipendekkan cerita kami sampai di Jakarta pun dah petang. Alhamdulillah setelah memasang impian sekian lama akhirnya jejak juga kaki ni di sana.

Dari airport, kami naik grab untuk check in hotel. Masa ni dah petang sangat dah, so memang jem gila bab% (seperti yang diperkatakan ramai orang, macet). Hotel yang kami booked adalah hotel Tator yang terletak di Jalan Jaksa. Kami pilih hotel Tator sebab murah dan lokasinya terletak berhampiran dengan banyak tempat yang kami rancang nak pergi. 
Pstt: Hotel ni banyak nyamuk! Gila tak boleh tido malam weh sebab nyamuk berlingkar-lingar di kaki. Sampai terpaksa beli ubat nyamuk la kat mini mart. haih.
Dipendekkan cerita:-

Di Jakarta, tempat-tempat yang sempat aku pergi adalah:-

  • Tugu MONAS (ala-ala Tugu Negara kat KL tu, bezanya dia ada menara tinggi yang kita boleh naik sampai atas dan tengok pemandangan sekitar Jakarta! Sebelum ni aku tak tahu pun Menara tu kita boleh naik, tapi sebab sempat la bertanya dengan pakcik Grab,  dia cerita semua tips dan trick kalau nak jalan-jalan kat sana. Harga tiket nak naik ke menara adalah 15,000 IDR.
  • Tamrin City - kat sini syurga shopping pada yang minat nak borong baju-baju batik Indonesia. Tak percaya pergilah, tempat ni di rekemen oleh kawan aku yang memang orang Jakarta, Ajeng. Kawan masa di Tsukuba dulu, haih lepas juga rindu nak ketemu dengan Ajeng ni ha, dah beranak pinak dah. Aku je yang still macam ni. 
  • Kota Tua Jakarta, lokasinya agak jauh dari Jakarta pusat. Kami ke sana menaiki train (LRT) dari Gondangdia Railway station dan turun di Jakarta Kota railway station. Perjalan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kira ok la, takda jauh sangat. Di Kota Tua ni ada banyak muzium, kami sempat masuk ke Muzium Kesejarahan Jakarta. Tiker berharga 5,000 IDR. Dalam ni ada la cerita macam-macam mengenai sejarah Jakarta. Sama macam di MONAS juga.  Menarik. Ada banyak juga bangunan-bangunan lama di sekitar Kota Tua ni, cuma larat dengan tak larat je nak berjalan sebab cuaca sangat panas ye! Berkicap ketiak.
  • Sambil-sambil tu boleh jugak la berlegar-legar di shopping mall yang bersepah-sepah sekitar Jakarta, antara yang aku pergi adalah Grand Indonesia, memang besar betul la mall ni.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang kami singgah, cuma malas nak tulis panjang-panjang. Korang tengok je la video yang aku sempat buat ni. Gigih pulak kan buat video? Hahahaha. Aku harap bila baca ni korang dapat la sedikit-sebanyak idea nak buat apa dan ke mana di Jalarta. InsyaAllah selamat.



Pstt: Gambar-gambar aku banyak upload kat Instagram sahaja. (@itsrenjer)

So tu je kot aku nak tulis, sebab tengah rajin dan mood raya sudah mari. Sehingga ke temu lagi di lain entry. Daaaaaaa~

WASSALAM.

4 comments:

  1. dulu datang Jakarta transit je sebab nak ke Bandung. Dah lama tak ke sana.. doa moga ada rezeki boleh datang sana lagi.. Hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sebenarnya Jakarta ni, kalau rajin explore. Part macet jngan kira. hahah

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe sorry lambat reply. Salam Tahun Baharu pula.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!