Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Projek Teater: Teater Muzikal Gamat 2 di MATIC

Harini baru sempat nak update pasal Teater muzikal Gamat Season 2. Sebenarnya peristiwa ni dah berlaku minggu lepas, bertempat di Malaysia Tourism Center (MTC @MATIC) berlangsunglah pementasan Teater Muzikal Gamat 2. Jika dulu musim pertama, Gamat dipentaskan di Istana Budaya (IB), dengan set yang gah dan pelakon-pelakon yang ramai, tapi kini pementasan Gamat 2 tidak kurang hebatnya. Masih mengekalkan jalan cerita yang sama namun ada berlaku pindaan pada beberapa plot cerita. Begitu juga dengan jumlah pelakon yang dikurangkan serta props yang ringkas tapi kekal menarik.
Jika dibandingkan Gamat di IB dan Gamat 2 di MATIC, masing-masing ada kelebihannya, dan dua-dua aku suka! Sebabnya adalah seperti berikut:-

Jika Gamat di IB mempamerkan set pentas yang hebat, penuh dengan props yang menggambarkan keadaan dasar laut yang ceria dan meriah, di MATIC props yang digunakan adalah terhad memandangkan ruangan yang kecil namun ia berjaya ditonjolkan dengan lakonan para pelakon yang mantap dan b…

Poskad Dari LONDON (Dah Sampai)

Alhamdulillah..tungu punya tunggu akhirnya sampai jugak POSKAD DARI LONDON kiriman INCHE LONG HAFFIZ seperti yang dijanjikan dulu melalui entry dia di "Coretan Perantau".

Fuh sangat puas hati sebab gambar kat poskad tu cantik! Terima kasih ye Inche Long Haffiz! Aku hadiahkan sebuah entry khas pasal poskad yang ko bagi tu kat sini! Hehehe.

Ok aku nak balas Poskad Inche Haffiz tu kat sini jer la yer sebab tak sompek den nak pi beli poskad:

Inche Long Haffiz:

Ha ah kat Malaysia sekarang ni memang tengah panas terik. Rasa terbakar je kalo ko pergi berjalan-jalan kat luar tengah hari buta. Tapi biasalah, perubahan monsun la katakan. Malaysia kan beriklim Khatulistiwa.

InsyaAllah aku akan jaga POSKAD yang ko bagi tu elok-elok. Maklum la bukan senang nak dapat poskad nowdays kan! Sekarang ni zaman email dan blog, tambah-tambah pulak ada Facebook, Friendster, Twitter, Myspace dan segala macam mak nenek laman sosial dah wujud sekarang nih...so POSKAD menjadi sesuatu yang sangat berharga s…

Lagi Pasal Pesta Belon Udara Panas - Day 3 [Finale]

Hari ketiga, sekali lagi aku ke tapak pesta (aduh tak muak-muak ke tengok belon tuh???). Pagi ni aku pergi sebab tak sabar nak tunggu belon-belon udara panas tu berkumpol sekali lagi sambil buat formasi-formasi yang cantek. Alhamdulillah dapat jugak tengok. Pagi tu ramai jugak pengunjung yang datang, ingatkan tak de lah ramai sangat. Mungkin sebab hari sabtu, cuti pulak dan ramai yang dari luar Putrajaya dah berkampung kat Putrajaya sejak malam lagi.

Pagi tu jugak arah terbang belon-belon adalah menghala ke arah tasik. Maksud aku menyeberang tasik Putrajaya! Sekali belon-belon dikembongkan semua naik serentak dan kita dapat lihat belon-belon udara panas bertaburan di ruang angkasa Putrajaya!

Selesai semua belon dah naik, aku pun blah arr, balik rumah sebab tak mandi pagi lagi hahaha. Sebenarnya hari ketiga juga aku dah berjanji dengan encik Deennasour dan Cik Kaki Jalan nak menembak waktu petang sampailah ke malam sebab malam tu ada Glow in the dark punya acara! Fuh tak sabar pulak.

So s…

Pesta Belon Udara Panas 2010 - DAY 2

Hari ke-2 Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya tak aku lepaskan begitu saja. Pagi-pagi lagi sebelum waktu pejabat aku bergegas ke tapak pameran memandangkan pertunjukan belon udara panas bermula pada jam 7.30 pagi. Fuh memang tak sabar aku mengatur strategi sejak dari awal. Berbaloi sungguh kehadiran pagi itu sebab kesemua belon sudah dikembungkan!!!

Aku memang nak tengok sangat la belon Darth Vader yang digembar-gemburkan oleh bebudak opis aku tuh. Alhamdulillah berjaya juga menembak si hitam itu. Terpegun aku melihat susunan belon-belon udara panas yang telah dikembungkan.Pagi tu menembak tak boleh lama-lama, selesai menembak beberapa keping gambar, aku pon berlari masuk semula ke opis. hahaha naseb opis aku sepelaung je dari tapak pesta!

Tak cukup sebelah pagi, aku ke sana lagi di sebelah petangnya. Kali ni dah janji dengan kawan sepejabat. OK la tu, ada jugak member tolong tembakkan gambar aku dengan belon-belon itu semua! Sekali lagi aku masuk ke kawasan photog. Erk rupanya kawasan…