2010-03-07

Pertandingan Makan Limau!

Kali ni aku nak cerita sikit pasal satu pertandingan yang sempat aku sertai sebaik saja turun dari Bukit Tabur hari tuh. Wah sempat lagi nih masuk pertandingan!!! Bukan apa, hari tu lepas penat mendaki, kami pon berjalan-jalan di Wangsa Walk, Wangsa Maju memandangkan semua daripada kami tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana. Nak dijadikan cerita, tengah berlegar-legar kat Wangsa Walk tu, kami terdengarlah DJ Wangsa Walk buat pengumuman di tengah luang legar. DJ tu siap panggil kami untuk sertai pertandingan tu, hmm mungkin sebab tak ramai yang join kot. Lagipon dengan attire kami yang baru balik dari mendaki tu, nampak sesuai benar lah dengan pertandingan tersebut. Pertandingan apakah???

PERTANDINGAN MAKAN BUAH LIMAU!!!

Mangan yok! Mangan! Hahaha ni sempena Tahun Baru Cina la nih. Kami pon, dengan niat nak makan free teruslah daftarkan diri. Hahahha. Syarat pertandingan dia mudah je, sesiapa yang dapat makan limau dengan jumlah yang banyak dalam masa lima minit dikira pemenang!!! Senang kan???

Jumlah peserta ada la dalam sepuluh orang termasuklah makcik-makcik dan adik-adik yang excited giler. Kami terpaksa dipisahkan mengikut meja yang berlainan, kengkononnya takut kami berpakat menipu hahaha. Hampeh. Takper tak kisah. Aku dan Kaki Jalan dok satu meja, manakala Mud dok meja depan. Pertandingan pon bermula, aduiii pantas dan pelahap sungguh kami, ehhh aku jugak yang bersopan santun mengupas limau sambil buang bijik hahahaha ...aku tengok, ada sorang awek depan aku tu bukan main pelahap, hilang tatasusila sebagai seorang gadis ayu wakakak. Meja depan tak tau la macamana gayanya. Ada jugak terkena limau masam..terpaksa ku telan jua, kalau tak habiskan sebijik limau dikira batal!

Akhirnya lima minit berlalu. Dan juri pon sibuk mengira plastik-plastik limau yang telah dimakan oleh setiap peserta. Aku dapat makan 6 bijik limau, manakala Kaki Jalan 5 bijik. Yang best si Mud adalah satu-satunya wakil kami yang dapat hadiah no 3!!!! Dia dapat makan 9 bijik limau!! Makkkk aiii tu makan ke telan???

Kiranya ada lagi yang lebih dahsyat boleh makan lebih banyak dari Mud!!! Ada sorang auntie ngan sorang pakcik ni dapat seri makan 11 bijik limau!!!, terpaksa pulak buat pertandingan pemutus seri. Kali ni diorang kena habiskan sebijik limau dalam masa seminit! Siapa habis dulu dia menang.. Hah ni yang aku nak citer nih. Gaya aunti tu makan makkkkkkkkkkk aihhhh kopek je limau terus sumbat semua dalam mulut!!!! Macam Jin Tanah dah (erk NICK IRFAN kalo baca ni...aku pinjam Jin ko yer) Padanlah depa boleh makan sampai 11 bijik limau. Aku pasrah je laa.. Akhirnya auntie tu menang nombor satu, dan pakcik tu nombor dua.

Ha tu la kisahnya pertandingan makan limau yang tak pernah-pernah aku masuk. Best dan happening! Walaupon sekadar dapat hadiah saguhati jer, tapi aku rasa syok habes walaupon penat mendaki masih ada. Hahaha.

PEACE!



Limau-limau sudah sedia untuk ditelan!


Muka-muka tak sabar nak makan limau!


Bersedia~!


Tu dia juara dan naik juara!




12 comments:

  1. gila limau ke apa ni..10 bijik sekali telan..ish3 hbt tu

    ReplyDelete
  2. Telagaburuk-

    Ha itulah kesahnya....memang giler limau tuh namanya wakaka!

    ReplyDelete
  3. ingat sape yang menang tu sebab takde orang azan kat telinga diorang... ahakssssss... tu pasal jin2 tumpang makan sekali... :)

    ReplyDelete
  4. Masmz -

    Ha tu la pasal.. jin jin berdentang dentung tepi tekak depa wakakaka!

    ReplyDelete
  5. ha! lupa nk kasi thu ko untie tu dia ade counting dgn aku nk pinjam jin... sbb tu dia menang... ko tak nak kasi thu klu tak aku bg ko pnjam hantu2 aku.... hehehehe

    ReplyDelete
  6. Nick -

    Huh aku dah agak dah... patut pon aku rasa seram sejuk jer masa tuh..rupanya antie tu pakai jin ko yer!! Cisssssss...

    ReplyDelete
  7. Nick -

    Cissss sempat lagi tag aku nih... eh nama aku no 6, kena jawab gak ker wakaka bukanke dia nak 5 org jer?? jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  8. ha! bro nk tnye sikit... yg gmbr pertandingan makan limau n yg no gmbr no 3 tu yg mne 1 ko? yg dok tgh ke yg kiri? aku rasa yg tengah la ko? btol ker?

    ReplyDelete
  9. nick -

    aku gambo belah kiri la! yg pakai baju hitam aa gambo orang asli tu.

    ReplyDelete
  10. oh.. eh! yg tgh dgn pmpuan tu sapa? adik beradik ko ker? abg dgn kakak ker?

    ReplyDelete
  11. nick -

    hahaha lawak tol la ko..tu member aku la tuh

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS