2010-03-02

Bukit Tabur - Ulu Klang (Eksplorasi Sendat)

Satu lagi aktiviti extreme yang mencabar kekuatan fizikal aku telah berjaya dilakukan minggu lepas. Ekspedisi Bukit Tabur. Selalunya, bila hendak pulang ke kampung di Perak, seringkali aku akan melalui lebuhraya MRR2 dan bila tiba di area Taman Melati, Gombak pemandangan Bukit Tabur menggamit dari jauh. Tak pernah terfikir pulak yang aku akan berada di puncak bukit tersebut. Akhirnya tanggal 27 Februari 2010, aku dan beberapa oarang rakan telah berjaya berada di puncak! Fuh memang puas walaupun kepenatannya berada ditahap paling maksimum.

Kami bergerak dari kaki Bukit Tabur pada jam 8.25 pagi. Sebelum tu sempat juga breakfast di kedai mamak berhampiran kawasan tersebut. Baru 15 minit mendaki, kami sudah disajikan dengan pemandangan indah Empangan Klang Gate. Di tambah pula dengan suasana berkabus, pemandangan memang sangat cantik pagi itu. Pendakian makin lama makin mencabar, kebanyakan laluan adalah berbatu sehingga memaksa kami melakukan rock climbing. Sumpah aku tak pernah buat kerja tu, dan tak terfikir langsung aku boleh buat, tapi alhamdulillah rupanya rock climbing itu mudah dan aku berjaya melakukannya sehingga ke puncak.

Di sepanjang pendakian, kami bertembung dengan beberapa kumpulan pendaki lain yang turut menikmati keindahan Bukit Tabur. Laluan mencabar seterunya adalah menuruni curam-curam berbatu yang sesetengahnya terpaksa dituruni menggunakan tali yang memang sudah tersdia ada di situ. Lagi sekali, aku tak sangka aku boleh buat benda tu!

Terus terang, aku memang semput. Tapi kugagahkan juga diri meneruskan pendakian berkat sokongan rakan-rakan. Beberapa perkara menarik mengenai ekspedisi ini:

  1. Pendakian berbatu dan kebanyakannya memaksa diri untuk memanjat batuan berkecerunan 90 darjah. (rock climbing)
  2. Flora dan Fauna tanah tinggi yang sangat unik seperti ular dan tumbuhan berlumut di sepanjan laluan ke puncak.
  3. Laluan bercuram yang sangat mencabar, di celah-celah batu yang tajam dan keras.
  4. Pemandangan empangan Klang Gate, UIA, Kuala Lumpur sangat jelas.
Kami tiba di pncak Bukit Tabur yang terakhir pada jam 11.30 pagi. Dengan ktinggian 590 meter dari aras laut, kami berjaya sampai ke puncak dalam masa 2 jam.

Satu lagi cabaran yang terpaksa dihadapi adalah ketika menuruni bukit. Walaupun laluannya tiada pendakian dan melalui denai-denai yang landai namun ia cukup memenatkan memandangkan ianya sangat jauh dan menguji kekuatan otok kaki. Sampai sekarang kaki aku masih sakit huhu. Keseluruhan masa pendakian adalah selama 3 jam setengah. Fuh penatnya hanya tuhan yang tahu, tapi ianya memang berbaloi.

Secara keseluruhannya, eksplorasi Bukit Tabur ini adalah mengenai kekuatan dan kepercayaan diri. Kalau kita yakin kita boleh lakukan, maka ianya akan berhasil. Aku bangga dengan diri aku sebab satu lagi sejarah telah terlakar dalam hidup aku.

PEACE!~


Kami telah berada di puncak bukit itu!!!




Empangan Klang Gate




Uih tingginya nak kena panjat!


Penat..rehat jap...;p


Puncak Bukit Tabur 2












Lepak lagi...


Turun curam pulak.


Orang lain pon ada.


Fuh macamana nak ke seberang sana??? jeng jeng jeng




Hah hambek ko bergayut-gayut di situ!




Karpet lumut yang sangat cantek!






Cendawan yang sangat besar!!!

8 comments:

  1. fika-

    yup really2 interesting!

    ReplyDelete
  2. cikmas

    tak nyesal..tp takmau dah wakaka~

    ReplyDelete
  3. giler ko ni bro!!!! naik bukit tuu..... klu aku bagi 1juta pun aku xkn pegi risiko tu... ape2 pun alhamdulilah ko xde ape2... ape2 pun aku respek ko bro berani giler ko!!!! hidup mr janggel!!!!

    ReplyDelete
  4. Nick Irfan =

    Ala bro, saja jer aku nak menikmati keindahan alam. Lagipon hantu2 ko pon ada teman aku masa tu wakakaka! Siap tolong usung beg aku plak tuh! Cayalah.

    Thanks atas puji-pujian itu hehehe.

    ReplyDelete
  5. Abang Janggel,Nice pics.Saya pernah ada panjat tahun lepas.Memang seronok.Secret trail yang banyak lumut tu memang best view dia.Saya ingat boleh nampak LRT terminal putra.Anyways,kalau ada expedition kat situ lagi,bagitau la.saya dah tak berani pergi solo macam last time :)

    ReplyDelete
  6. Dinraxxx -

    Wah pernah naik solo ker??? cayalah bro....tapi mmg penat betol la..Yup semua pemandangan lembah klang boleh nampak! InsyaAllah kalau ada lagi nanti saya bgtau..

    Thanks for visiting!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS