2010-03-31

Projek Teater: Teater Muzikal Gamat 2 di MATIC

Harini baru sempat nak update pasal Teater muzikal Gamat Season 2. Sebenarnya peristiwa ni dah berlaku minggu lepas, bertempat di Malaysia Tourism Center (MTC @ MATIC) berlangsunglah pementasan Teater Muzikal Gamat 2. Jika dulu musim pertama, Gamat dipentaskan di Istana Budaya (IB), dengan set yang gah dan pelakon-pelakon yang ramai, tapi kini pementasan Gamat 2 tidak kurang hebatnya. Masih mengekalkan jalan cerita yang sama namun ada berlaku pindaan pada beberapa plot cerita. Begitu juga dengan jumlah pelakon yang dikurangkan serta props yang ringkas tapi kekal menarik.

Jika dibandingkan Gamat di IB dan Gamat 2 di MATIC, masing-masing ada kelebihannya, dan dua-dua aku suka! Sebabnya adalah seperti berikut:-

  1. Jika Gamat di IB mempamerkan set pentas yang hebat, penuh dengan props yang menggambarkan keadaan dasar laut yang ceria dan meriah, di MATIC props yang digunakan adalah terhad memandangkan ruangan yang kecil namun ia berjaya ditonjolkan dengan lakonan para pelakon yang mantap dan bersahaja. Kedua-dua pementasan masih menggunakan kostum yang sama dan menarik. Semua nampak ceria dan cantik.
  2. Gamat di IB terikat pada protokol dan tatasuslia berada di panggung. Para pelakon lebih tertumpu kepada jumlah audien yang besar dan mungkin interaksi tidak menyeluruh. Namun Gamat 2 di MATIC lebih santai, dan para pelakon seakan amat dekat dengan penonton dan lebih mesra. Interaksi di antara para pelakon dan penonton lebih jelas dan sepontan. (Aku suka bila Ketua Ikan Buntal (lakonan Misha Omar) mengusik seorang pakcik berambut putih di tengah-tengah panggung dengan menggunakan loghat Kelantan- Sangat Happening!!!)
  3. Jalan cerita Gamat di IB lebih panjang dan plotnya dikembangkan mengikut jumlah pelakon terutama dalam keluarga Gamat itu sendiri yang terdiri daripada Ayah Gamat, Ibu Gamat, Makcik Gamat, dan tiga orang anak gamat yang sangat comel dan ceria. Manakala Gamat di MATIC pula mensajikan bilangan ahli keluarga gamat yang dikecilkan (Ayah, Ibu, Makcik dan Anak Gamat sahaja). Dan setiap kumpulan warga laut juga tidak semeriah di IB. Walaubagaimanapun, dengan jumlah yang sedikit tetap mampu memukau para penonton untuk terus melekat menyaksikan pementasan gamat.
  4. Kesemua lagu yang dimainkan di kedua-dua pementasan adalah sangat menarik dan menghiburkan. Tahniah!
  5. Barisan pelakon baru dan lama yang menjayakan pementasan Gamat di IB dan Gamat 2 sememangnya berbakat dan penuh dengan kespontanan (erk ada ke perkataan tu?) yang mampu membuat para penonton ketawa dalam menyelami pementasan itu.

Tahniah kepada para pelakon Gamat 2 terutama kepada Amy Mastura yang membawa watak Ibu Gamat dengan amat cemerlang! Wa respect sama lu la sister! Kemunculan Misha Omar yang menggantikan tempat kakak aku (Natasha Hudson) sebagai Ketua Ikan Buntal amat membanggakan. Keletah gedik-gedik ganas Misha menjadikan watak Ketua Ikan Buntal sangat menghiburkan! Begitu juga denga pelakon-pelakon lain yang sangat hebat melakonkan watak-watak di dalam Gamat 2. Tahniah!

InsyaAllah kalau ada lagi pementasan Gamat pada masa akan datang, aku akan pergi menonton lagi!


PEACE!
Anak Gamat bernama Mat.


Ibu Gamat










Kalau dulu Si Kurita ada 5 tangan tapi sekarang tinggal 3 je.


Skuad Buntal










Misha Omar (Ketua Buntal)














8 comments:

  1. wah! best baca entry ko mcm aku pun ade sana sekali bila tgk gmbr ko letak ni.... eh! ko pergi tgk pementasan ni kenapa? ni kan cerita bdk2? ade anak buah ko ke berlakon dlm ni? atau ko pergi sbb ade misha omar bro.... hehhee

    ReplyDelete
  2. Nick -

    Bro aku memang peminat tegar Teater kanak-kanak la. so tiap2 tahun aku memang tak mau miss punya. hahaah sebab teater kanak2 best!

    Sebab Misha Omar tu betol gak..tapi aku lebih kepada sebab ada Amy Mastura kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. Gamat ni theater musical ker?Memang best!boleh ke snap picture erh?dulu masa pergi theter kat IB macma tak blh..huhu

    ReplyDelete
  4. Fika79 -

    Ha ah ni memang teater muzikal kanak kanak. Pelakon dia pon dari umur 4 tahun sampai la ke dewasa

    Yang saya amik gamba ni kat MATIC bukan dekat IB. Kalau IB memang tak boleh tangkap gambar.

    ReplyDelete
  5. dapat bawa anak2 murid aku ke sini best tuh..

    ReplyDelete
  6. Adam-

    Kompom kalo ko bawak anak2 murid ko, mesti depa semua suka! highly recommended!

    ReplyDelete
  7. oh ko minat teater kanak2 ker? jd ko ske bdk2 ke bro? aku x ske sgr bdk2? hehe ape2 pun aku doakan nnt ko kwin dpt anak byk2... hehehehe

    ReplyDelete
  8. Nick -

    Hahha memang suka budak2 tapi aku suka budak2 yang comel dan pandai belakon jer kakakaka. Thanks kerana mendoakan aku dapat anak yg comel ...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS