Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Wajah Baru Port Dickson

Assalamualaikum!!!

Baru-baru ni aku berkesempatan ke Port Dickson (PD) demi mencari sesuap nasik. Kalau tak silap aku, kali terakhir aku ke PD adalah pada tahun 2010, atas dasar membawa pelancong Canada nak tengok laut hehehe. (Max, I'm talking about you!).

Jadi persepsi aku terhadap PD selama ni lebih kurang sama je la... Orang datang sebab nak mandi laut, cuti sekolah je jem dan sebagainya...biasalah, typical tourism spot. Tapi bile aku sampai PD kali ni, aku memang terkejut gile.


Wajah PD dah berubah!!! Bagi sesiapa yang masuk ke PD melalui Teluk Kemang, mesti akan lalu Muzium Tentera Darat (tak silap aku masuk percuma) dan kem-kem askar yang ada kat situ (itu je satu-satunya laluan yang aku tau nak ke PD). Tapi masa aku sampai hari tu, fuh terkejut jugak bila tengok kawasan tu dah jadi cantik, laluan pejalan kaki yang menarik dan yang paling penting, jalan tar sepanjang jalan di hadapan muzium sampailah ke simpang tiga antara teluk kemang dan pekan PD tu dah diletakkan rubber …

Pasar Serikin : Tarikan Di Bumi Kenyalang

Assalamualaikum!!!

Pernah ada orang bertanya tentang apa yang best di Sarawak selain Mee Kolok, Kek Lapis, Muzeum Kuching? Hmmm aku pon sebenarnya tak berapa pasti sebab aku bukannya orang Sarawak. Tapi pernah la jugak menjejakkan kaki ke bumi Kuching tu.
Ok selain bersantai di sepanjang Sungai Sarawak, menyaksikan kesibukan lalulintas sungai dengan aktiviti sehari-hari, jangan lupa untuk mencuba naik perahu / sampan menyeberangi sungai tersebut, murah je, tak sampai seringgit pon (RM0.50). Tapi kalau nak suruh pakcik pendayung tu bawak pusing-pusing naik sampan tu kenalah bayar lebih sikit. 
NAK JUGAK BUBUH GAMBAR SUNSET KAN...hehehe


Tengok sunset di Sungai Sarawak merupakan sesuatu yang korang jangan lepskan. Seriously terbaek!!! Aku sempat bersunset di atas sampan ketika di bawa pusing-pusing naik sampan (masa ni pakcik tu saja-saja bawak aku dan sedara mara pusing-pusing tanpa mengenakan caj lebih). Best gila tengok sunset, rasa macam nak bekukan masa je.
Ok sebenarnya aku nak ceri…

Sami's Rainbow Party!

Assalamualaikum!!!
Kembali bersiaran. Hari Sabtu minggu lepas, aku telah ditugaskan untuk menjalankan satu misi penting di Majlis Hari Jadi Sami, anak teruna Ely Hasrul yang lebih popular dipanggil Kakak Cantek di kalangan blogger-blogger Travelholic. Tapi sebelum tiba di hari kejadian, berminggu-minggu sebelum tu, Kakak Cantek dah warning awal-awal, gambar kene cantik, bagi nampak kurus, dan beberapa sayarat wajib lagi yang agak kelakar tapi disuarakan dengan nada tegas!
Huh tensi tau! Rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding...huhuu tapi demi Kakak Cantek, saya akan cuba sedaya upaya merialisasikan keinginan ibu mengandung. Hehehe. Tema hari jadi Sami ni best tau, Rainbow Party katanya...sebab tu semua dalam rumah tu colorful!.


Ok sebelum tu, aku MasMZ dan Kak Coco dah plan nak datang awal ke rumah Kakak Cantek. Kengkononnya nak tolong apa yang patut la, maklumla, ibu mengandung tak boleh buat kerja berat-berat, cepat mengah. Kami sampai pukul 12:00 tengahari, awal tak? Padahal maj…

Korang Tak Resized Gambar?

Assalamualaikum!!!

Sejak dua menjak ni aku rajin la jugak menerjah blog-blog orang lain, terutamanya yang banyak info dan gambar menarik. Tapi aku notice sesuatu, kebanyakan blog yang ada banyak gambar ni, kebanyakkannya berat, lambat nak loading dek kerna kapasiti gambar yang besar (tak resized), template yang berat mahupun terdapat gejet-gejet seperti aplikasi music/lagu yang diletakkan di blog masing-masing.
Blog yang berat ni merupakan satu sebab kenapa aku tak suka nak ulang-alik masuk ke situ. maklumla, aku online pakai broadband atau lebih dikenali sebagai berokben cap ayam yang lembab dan menyakitkan hati. Jadi bila masuk ke blog-blog yang berat ni maka berejam-jam la nak kene tunggu dia loading (ok tipu, takde la sampai berejam). Lainla kalau pakai internet provider yang canggih manggih macam unifi ke, streamyx ke, kompom la laju. Malangnya kebanyakan manusia seperti aku hanya dapat pakai berokben je....
Ok, sebenarnya aku nak bagitau yang me-resized gambar tu sebenarnya san…

Universal Studio Singapore (USS): Rombongan Cik Ro Balik Ke Tanah Air (FINALE)

Assalamualaikum!!!

Sambung dari SINI.

Ok, ok dah nak habis dah citer ke Singapore ni. Mesti dah tak lalu nak baca kan sampai 4 episode, gigih betul sape yang baca sebutir-sebutir ayat dalam entry aku yang lepas-lepas. 

Sesampainya di Larkin, Datin Fe'ahmemang dah menunggu kami semua di surau, dan ketika itu dia tengah kekenyangan sebab dah melantak sesampainya di Larkin tadi. Lepas menunaikan kewajipan, kami semua yang berkeroncong perut sebab tak lunch dari tengahari tadi bersepakat untuk ke Restoran SInggah Selalu yang terletak di Danga Bay. Kalau tanya aku, memang sesat larat la nak ke sana, jadi urusan mengemudi rombongan kami serahkan kepada Cik Bibah...Oh Cik Bibah lagi jadi leader? Ok ok diterima, sebab beliau pernah menetap di JB selama 7 tahun katanya. Kompom tak sesat punyeeeee!
Rombongan dua kereta ke Danga Bay dari Larkin bergerak dalam jam 5.30 petang. Berpusing-pusing kami sekitar Danga Bay ke Pusat Bandaraya sebab "sesat"...katanya jalan dah lain, flyover …