Followers

Friday, February 24, 2012

Pasar Serikin : Tarikan Di Bumi Kenyalang

Assalamualaikum!!!

Pernah ada orang bertanya tentang apa yang best di Sarawak selain Mee Kolok, Kek Lapis, Muzeum Kuching? Hmmm aku pon sebenarnya tak berapa pasti sebab aku bukannya orang Sarawak. Tapi pernah la jugak menjejakkan kaki ke bumi Kuching tu.

Ok selain bersantai di sepanjang Sungai Sarawak, menyaksikan kesibukan lalulintas sungai dengan aktiviti sehari-hari, jangan lupa untuk mencuba naik perahu / sampan menyeberangi sungai tersebut, murah je, tak sampai seringgit pon (RM0.50). Tapi kalau nak suruh pakcik pendayung tu bawak pusing-pusing naik sampan tu kenalah bayar lebih sikit. 

NAK JUGAK BUBUH GAMBAR SUNSET KAN...hehehe

Sunset di Sungai Sarawak.....
Gambar dari entry lama....Sunset di Sungai Sarawak.
Gambar dari entry lama....Sunset di Sungai Sarawak.
Gambar dari entry lama....Sunset di Sungai Sarawak...Naik sampan pusing-pusing sngai...best giler.
Terpegun la kot tu hahahaa.

Tengok sunset di Sungai Sarawak merupakan sesuatu yang korang jangan lepskan. Seriously terbaek!!! Aku sempat bersunset di atas sampan ketika di bawa pusing-pusing naik sampan (masa ni pakcik tu saja-saja bawak aku dan sedara mara pusing-pusing tanpa mengenakan caj lebih). Best gila tengok sunset, rasa macam nak bekukan masa je.

Ok sebenarnya aku nak cerita pasal Pasar Serikin. Pernah dengar tak? Ia merupakan satu lokasi yang agak jauh dari bandar Kuching tapi bagi sesiapa yang kaki shopping, jangan la lepaskan peluang untuk ke Serikin. Ia terletak 15 km dari Bandar Bau dan 80 km dari Bandaraya Kuching. Jauh jugak kan, perjalanan menaiki kereta mengambil masa 2 jam, sebab perlu melalui jalan-jalan kampung dan kawasan pedalaman. Serikin ni sebenarnya terletak di sempadan Malaysia dan Indonesia. Barang-barang kat situ memang murah gile dan sape-sape yang suka barang-barang berunsurkan tenunan dan kain kayan boleh lah ke sana. 
Tips: Nak ke Serikin perlu bertolak awal pagi dari Bandaraya Kuching (seelok-eloknya jam 7.00pagi) kerana perjalan mengambil masa 2 jam. Pasar serikin buka seawal 7.00 pagi sehingga 2.00 petang. Pastikan kereta yang dipandu diisi minyak dengan penuh kerana susah nak jumpa stesen minyak di sepanjang perjalanan. Lagi satu, kawasan serikin ni sangat panas, walaupon terdapat banyak pokok hutan disekitarnya. Oleh itu jangan lupa bawak payung atau topi dan pakai pakaian yang sesuai.

Kami bertolak dari Hotel Arif (hotel bajet di Kuching) pada jam 7.00 pagi dan menaiki 2 buah kereta (sebab ramai). Perjalanan memakan masa selama 2 jam dan di kiri-kanan jalan kebanyakannya hutan dan kawasan perkampungan. Tiba di satu kawasan, akan ada kawasan pemeriksaan oleh Kastam kot aku tak berapa pasti (kastam atau polis) sebab kami sudah berada hampir dengan sempadan negara. Tapi ketika itu kami tidak diperiksa sebab mungkin tengok ramai makcik-makcik nak pegi shopping kot hehehe.

Kami tiba di Serikin lebih kurang jam 9.00 pagi. Masa tu pon matahari dah mula naik. Memang agak panas la. Terkejut jugak bila tengok dah ramai rang yang sampai kat RM 2 per entry (Dulu la tahun 2010, kalau sekarang aku tatau.) Di depan kami terbentang luas jalan lurus menuju ke sempadan Negara. Kalau nak masuk ke seberang pon boleh, tapi kami tak masuk sana sebab tak larat nak jalan jauh hehe.Kalau tak silap, tak payah pakai passport pon, sama macam di Bukit Kayu Hitam.

Tudung-tudung cenggini memang banyak gile kat Pasar Serikin ni, harga pon berpatutan..murah
Permainan (toys) pon macam-macam ada!
Kain-kain sulam cenggini jangan cakap la, berderet-deret kedainya!!!
Tu dia, jauh nak jalan sampai ke hujung.

Macam-macam kedai ada kat situ, dari yang jual beg, baju, kain telekong, kain cotton, kain sulam sampailah kepada makanan semua ada sepanjang jalan tu. Kalau tak silap aku panjang jalan tu lebih kurang 2 km kot. Oh ya kebanyakan peniaga di Serikin ni adalah daripada Indonesia dan mereka dibenarkan masuk ke Serikin untuk berniaga pada tempoh-tempoh tertentu sahaja iaitu pada jam 7.00 pagi sampai 2.00 petang sahaja. Ada juga beberapa penduduk tempatan yang berniaga di situ.

Tips: Pasar Serikin hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, jadi atur perjalanan anda sebaiknya. Hari-hari biasa tak bukak ye. Berhati-hati ketika membeli belah di Serikin sebab kalau tak pandai berbahasa Indonesia / bahasa tempatan takut ditipu harga. Rugi pulak jadinya nanti.
Batu-batu cincin pon banyak dijual di sini.
Dan juga makanan.....
Beg pon ade...heheh


Ok kami di Serikin tak lama pun, lebih kurang 12.00 tengahari kami pon dah nak balik ke Kuching. Banyak jugak barang-barang yang mak-mak beli..biasalah. Ok , aku harap dengan  entry ni dapatlah memberikan gambaran sedikit sebanyak mengenai Serikin. Nanti ada masa aku nak try ke sana lagi lah...mungkin sampai ke seberang pulak.

WASSALAM.

23 jangglers:

bdk2 @ John said...

firsttt!!!

bdk2 @ John said...

booo mass! hahahah

bdk2 @ John said...

OMG!!! KURUS GILERR KO!!!! ni zaman bila ni???

jom pegi serikin pulakkk!!!

Janggel said...

Hamboih sampai 3 post!!!

Skg pon kurus okay!!!! Hahahaha ni tahun 2010. 2 tahun yang lalu.... hahahaha.

JOM! Lily kata nak g Kuching.

Anash said...

pehal si john tuh?

wah..akak leh susunatur ke sana nampak...(lepas tuh kena piat telinga dgn bos sebab sepatutnyer pegi site construction tapi akak gi site shopping...heheh)...

cishhh..
terlewat nak masuk komen..
kbai..

BlueEwoke said...

Terkebil2 aku tgk gambo entry ni, dan gambar paling aku suka sekali yg sunset kat sampan no 4..marvelesss..

Jom Sarawak la kalau cam gini bestnye, aku pun nak tambah koleksi sunset @sarawak plak..amacam?? tahun depan ke?? jom jom hehehhe

Aku nak naik sampan ni jugak, nk naik 13 kali, sebab tambang rm0.50 jek heheheh

BlueEwoke said...

Ok gambo no 2 pun aku suka! heheh tamak nye aku!!

Anna said...

oh sarikin....orang kate pasar srikin ni letak betu2 kat garisan khatulistiwa kan?

jumpe orang jual kuda laut kering tak? ngan perut ikan yg transparent tu...

masMZ said...

Walla John siap boo kat aku! Kureng hassam boboi boy tul!

Hurmmm bila eh g pasar Sarikin nih ~ masa tahun 2004 ke 2005 kot. Korang singgah tak Gua Angin dengan satu kawasan tasik kaler biru turqoise masa on da way tu????

Janggel said...

BlueEwoke:

hahah gambar aku tu biase je...gambo ko lagi lawa, gambar lily pon terbaik!!!!

Jom le kata nak ke Kuching ? muahahaha...

sampan tu ko gile ke nak naik banyak kali hahaha penat pakcik tu mendayung tau!

Janggel said...

Kak Anash:

Hahaha jon tengah tebiatssss.

Hamboi nak buat2 pegi site yer? kang kantoi kang terus bos akak order macam2 hahahaha...

Janggel said...

Anna:-

Ye memang dia betul2 atas garisan khatulistiwa...unik kan.. memang panas.

Ada jumpa macam2 kat sana, ular jeruk pon ada hahahaha

Janggel said...

MasMZ:-

Gua angin ada singgah, tapi tasik kaler terqois tak jupe pulak.

Cawan said...

mcam2 ade kat Sarawak.. mmng berminat nk pergi lepas bace entry ni.. shopping and local food!! syokkkk nyee...

AjlaA said...

datang jak sarawak.

haha. promote pulak. ayam pansuh ade try tak? kat statue kuching ade amik gmbr?

harga perahu tambang masih sama.
pasar serikin pun msh lagi kat situ.

janggel, mun stay arif hotel lagi,
try swee kang. x jauh dr tmpt ya.
abc durian dia sedap~ sotong kangkung, bihun belacan n telur padi die pn rasa acceptable.

Ely Hasrul said...

haaa jgn lupe kalu ade teket murah ajak kakak santek ke sini sbb mmg tingin nk pegi..


pernah sunset kt kuching.. mmg memori.. santek xbleh blah la kan..


p/s- kurusnye dulu ahhahaha dengki

kak ina kl said...

dah gi dah naik sampan tapi tak sempat gi ke serikin..
wah cam best ajerk party kakak chantek tu

Janggel said...

Cawan:-

Ya, mmg sebenarnya macam² ada! Hahahah jom la pi sana, bila???? Ewahhhhh

Biqque said...

kucing bosan, SOOOOO if nak gi, better gi ramai2 :D hahahaha!

Janggel said...

Ajlaa:

Ayam pansuh tu mmg saya tak pernah cuba...ok next time kalo sesat ke sana mesti cuba!

ABC duria??? WOW menarik!!!

Ok nanti cari hotel tu. (ceh macam nak pegi je hehehe)

Janggel said...

Kakak Santek:-

Hahahha kalo ada le tiket murah wakakaka.

Ye sunset tu santek kan..

Kurus? skg lagi kurus tau!!!

Janggel said...

Kak Ina KL

Ye best kan naik sampan hehehe

Party kakak santek memang da bomb!!!

Janggel said...

Biqque:-

Semestinya kena pegi reramai...kalo sensorang mati kutu la jawabnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...