Umrah SIJ 2019 - Part 6: Last Day In Cairo

Assalammualaikum! Pejam celik pejam celik dah masuk hari kelima di Cairo dan hari ni merupakan hari terakhir kami di bumi Mesrir sebelum berangkat ke Madinah. So hari terakhir kami mengunjungi universiti Al Azhar, sebenarnya program ni tak ada dalam itinerary tapi sebab ada request dari pasangan jemaah sebab nak hantar anak diorang balik uni (anak diorang join kami tour Cairo - Alexandria -Sinai) so kami pun setuju untuk jalan-jalan di sekitar Universiti Al Azhar dan pasar Khan el Khalili, salah sebuah pasar menjual cenderamata dan hasil kraf di Cairo. Jom gerak. Style Kami sampai di Khan el Khalili dulu untuk shopping apa yang patut, last minit shopping la kiranya kalau-kalau ada yang nak beli buah tangan dari Cairo. Aku just beli sekeping lukisan dari kertas papyrus dengan harga RM 20. Boleh letak kat rumah nanti hahaha. Rancak bershopping Nampak Masjid Al Azhar dulu sebelum pi shopping Mr Omar bagi instruction tempat berkumpul Keadaan dala...