Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Taiping dan Changkat Jering Di Perak

Assalamualaikum!!!

Tak sempat aku nak story kisah merayau ke Utara minggu lepas. Ni baru ada masa aku curi sikit. Ok Sebenarnya bulan Mei ni tiap-tiap minggu aku balik Perak, haish ni memamg pecah rekod aku ni sebab sebelum ni aku tak pernah buat macam tu, paling banyak pun dua kali sebulan je. Takpe, alhamdulillah rezeki kampung halaman dekat, esok lusa kalau kena transfer mana-mana lagi jauh dah terkenang balik saat-saat ni kan hahaha.

OK, minggu lepas aku disuruh balik oleh parents aku sebab ada urusan mengenai Al-Faris yang belum selesai. Dengan akurnya aku pon balik la. Sebenarnya parents aku nak ajak pergi Taiping! Hahah itu yang iyenya, sepupu aku buat kenduri akekah anak dia si Darwish yang comel tu! Lama jugalah aku tak ke Taiping ni, kalau ada pon lalu lalang je tepi highway masa nak ke Penang atau ke Kedah.

Banyak juga perubahan yang berlaku, yang paling ketara dah ada banyak jalan raya yang ditambahbaik. Kiranya nampak maju dan moden jugak la. Alhamdulillah juga cuaca pon…

Teluk Intan (Majlis Kahwin Azwan) Dan Rumah Pakcik Berahim

Assalamualaikum!!!

Minggu lepas, aku balik ke kampong di Perak bersama 2 orang kawan jurutembak beserta isteri dan anak salah seorang daripada mereka. Lokasi tempat menembak kali ini adalah di Teluk Anson (nama lama bagi Teluk Intan) dan subjek tembakan adalah adek kepada KJ.

Sebenarnya bukan le nak story sangat pasal tugas-tugas menembak ni, apa yang aku nak tulis kat sini adalah mengenai pengalaman sepanjang berada di Teluk Intan. Kami bertolak daripada KL pada jam 10 malam hari Jumaat. Lewat giler kan, tambahan pulak malam tu jalanraya agak jem sebab ramai yang mengambil cuti tersepit sempena Hari Wesak yang jatuh pada hari Selasa. sebelum ke Teluk Intan, kami singgah dulu di kampung aku, maklumla sebab dah janji dengan ibu dan ayah nak balik rumah. Tapi singgah sekejap saja sebab hari dah lewat malam dan KJ dah menyediakan tempat tidur di Teluk Intan. Maka malam tu jam 12.30 malam kami bertolak dari kampung aku ke Teluk Intan.

Kami tiba di Teluk Intan pada jam 1.30 pagi. Sampai s…

Perhimpunan Hari Pekerja 2011

Assalamualaikum! Good day!

Last week, aku berpeluang menyertai kontinjen Jabatan tempat aku bekerja ke Perhimpunan Hari Pekerja yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. This is my first time to join this kind of activity (yang melibatkan Jabatan). Sebelum ni, kalau nak diikutkan tak berapa nak sangat bersosial dengan mereka-mereka di opis. Segan hehe.
Apa yang menariknya Perhimpunan Hari Pekerja adalah aku berpeluang berasak-asak di tempat sesak sambil membawa nama Jabatan! Kami bergerak masuk ke dalam Stadium Putra seawal jam 7.30 pagi dan terus mengambil tempat di aras 2 berhadapan dengan pentas utama. Walaupun duduk depan pentas tapi kalau dah berada tinggi di kayangan, jangankan kepala, badan aku yang comel ni pon takde nya diperasan oleh TPM nanti huhuhu.
Oh Ya, TPM akan hadir merasmikan program ini pada jam 10.00 pagi, jadi sepanjang tempoh 7.30 pagi senhingga 10.00 pagi, setiap kontinjen yang menyertai perhimpunan ini dikehendaki menggayakan pelbagai formasi yang menarik u…

Jelajah Singapore Part 3 : BBQ Party!

Assalamualaikum!!!

Alamak tetibe ter pause pulak entry"Plan Yang Tersasar" ni kan. Ok aku sambung aktiviti di hari ke tiga. Seawal pagi kami dah bergerak keluar dari Mellville Park, Simei (rumah Adie...by this time dah ada penyewa yang masuk ke rumah itu). Kami singgah 'Brunch' di Bedok Food Centre yang terletak di Bedok hanya beberapa minit perjalanan dari Simei. Bedok Food Centre merupakan kawasan gerai makanan (Food Court) sama seperti kebanyakkan gerai makan yang terdapat di Malaysia. para peniaganya pon berbilang bangsa, Satu Singapore la jugak. jadi kami berenam (termasuk Tan yang gigih merempit menaiki superbikenya itu) berpecah membeli makanan di gerai pilihan masing-masing. Pada mulanya agak sukar aku nak buat pilihan  memandangkan terdapat banyak gerai di situ, tetapi akhirnya mata aku tertarik dengan sebuah gerai Ayam Penyet. Lalu apa lagi, bedal la Ayam Penyet untuk brunch pagi tu. Harga sepinggan adalah SGD 5, hmmm lebih kurang RM 11.00 kot. (T-T)...nang…