Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

Projek Teater: Teater Patung Kertas

Assalammualaikum!

Hari ni, pepagi lagi aku dah merancang nak tengok teater bertajuk 'Patung Kertas'. Ramai yang kata ceritanya best. Jadi aku pun dengan pantas melayari internet untuk mencari-cari info mengenai teater tersebut. Jumpa! Lalu aku pon terus membeli secara online dua keping tiket (itupun setelah berjanji dengan seseorang untuk pergi sama)...
Nak dipendekkan cerita, aku pun tiba seorang diri ke MTC (Malaysia Tourism Centre) - ala kat bangunan yang ada Saloma Bistro tu. Haaa seorang diri???? Mana pulak perginya member yang dijanjikan tu???? huhuhuh aku tidak mahu memanjang lebarkan cerita itu, biarlah aku fokuskan sahaja pada cerita teater ini.


Aku sampai di MTC tepat jam 8.30 malam. Dalam hati aku dah meracau-racau dah, sebab tiket belum amek lagi..takut burn aje.. Setelah melilau-lilau mencari parking yang tak jumpe-jumpa, akhirnya aku pun meletakkan kereta di seberang jalan berhadapan MTC (tempat parking berbayar RM5). Kemudian bergegas pulak mencari Auditorium T…

Lagi Cerita Pagi....

Semalam merupakan satu hari yang amat membosankan.. pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab tak tahan dengan tekak aku yang asyik buat hal je. Batuk tak henti-henti. Sampai perit jugak la tekak aku. aku terus bangun dan cek kat bilik housemate aku. diorang pon masing-masing dah tak de???? huh lagi awal dari aku rupanya diorang. Sepatutnya aku balik kampung minggu ni tapi, memandangkan keadaan aku yang tak berapa sihat, aku pun bagitau kat mak ku yang tercinta bahawa anakandanya ini tidak dapat pulang kekampung minngu ini. Dah sementelaah aku tak balik kampung, aku pon dok la rumah, buat apa yang patut (cuci baju la apa lagi). Dekat sebakul jugak la baju yang ku dobikan semalam. Lepas selesai mendobi, aku dapat panggilan tepon dari Nazrul yang katanya ada gathering pukul 2 petang. Ayoyoyoy!!!!!! tetiba pulak ada gathering nih...aku dah ada plan lain, sebenarnya aku kene pegi opis untuk settlekan urusan seminar pada esok hari (hari ni la 28 April 2008). Jadi aku tak dapat la menjoinkan diri…

Audition ASTRO???

Semalam aku pegi la menemankan kawan aku sorang ni ke briefing untuk satu program terbaru Astro yang diberinama "Don't Forget The Lyrics". Sebenarnya member aku tu dah pergi audition minggu lepas bersama sama dengan seorang lagi sepupu aku. Bukan main lama aku menunggu diorang masa tu, (aku malas nak join audition sebb sedar suara tak sedap) hahahaha. So minggu ni orang Astro tu dah kol member aku tu kata yang dia berjaya dalam audition tersebut dan perlu menghadiri sesi briefing pada minggu ni iaitu semalam la (26 April 2008). Malangnya sepupu aku tu tak lepas pulak audition tersebut! hahahahaha (tak layak ker???) takpe la jadi audience pun takpe jugak kan??? Apa yang aku nak tulis kat sini, pasal semalam. Member aku kata setiap peserta dibenarkan membawa 2 orang kawan sebagai backup. Ala-ala talian hayat la. So dia letak nama aku!!! hahahah tak pasal-pasal aku pun terlibat dalam ini cerita! Jadi tunggu je la ye bile rancangan tu keluar yer.

Berkhidmat Untuk Negara

Assalammualaikum!

Hari Rabu (23 April 2008).. setelah menjalani beberapa siri perubahan tarikh dan beberapa lapis kritikan pedas akhirnya aturcara lawatan ke tapak projek yang dijangkakan pada awalnya berlangsung pada 24 April akhirnya berjaya dilakukan pada hari ini. Huhuhuhu pening kepala wooo nak menguruskan benda-benda ni.. dah la minggu lepas aku berkursus selama seminggu di EiMAS, terpaksa la pulak bos aku tu yang tolong uruskan.. Thanks la kepada bos aku.

Hari tu, pepagi buta lagi aku dah memaksa diri bangun seawal 5 pagi untuk bersiap-siap. Bukan ada nak bawak barang banyak pon, so aku mencapai kertas 2-3 helai dan juga kamera lalu kumasukkan ke dalam beg galasku. setelah menyelesaikan apa-apa yang patut, aku pun mula bertolak ke ERL Putrajaya untuk ke KLIA. Takda sesiapa yang nak anta aku g KLIA so aku amik la inisiatif sendiri ke sana. Nasib baik ada ERL. Thanks to ERL. hahahaha
.
Sampai KLIA tepat jam 645 pagi. Flight aku pukul 7.20. Aku pun mula menghubungi ahli-ahli rombo…

Pulau Redang, Terengganu:Trip Ke Pulau Redang - Bahagian IV

Assalammualaikum!!!

Waduh..waduh... masih sukar untuk aku melupakan kenangan indah di sana! bagaimana ye, buat apa nak lupakan..just jadikan ia sebagai satu memori yang indah untuk dikenang dikala kesengsaraan melanda! Cheeewah..

Hari terakhir di Pulau redang, pagi tu masing-masing bangun lewat..tapi tak la selewat mana pon. Tak ada aktiviti khusus yang dijadualkan untuk kami. so agak relaks la. Selepas bersiap-siap dan berkemas. Kami pon keluar untuk bersarapan pagi (Aku, deennasour, Fadli dan Budiman). Ni last breakfast kami di Laguna, so gunakan sepuas-puasnya. Tapi dalam kepala otak terfikir jugak, kalau mabuk laut nanti habis terkeluar semula benda-benda yang aku makan tu, macm apa yang berlaku pada anak mat salleh pada hari pertama haritu. Ah belasah je lah, kami ersarapan sehingga jam sepuluh setengah. Selepas selesai bersarapan pagi, kami pulang semula ke bilik untuk mengambil bagasi-bagasi yang ditinggalkan. Setelah semua berkumpul di lobi, kami diberi sedikit penerangan meng…

Pulau Redang, Terengganu:Trip Ke Pulau Redang - Bahagian III

Assalammualaikum!!!

Hari kedua berada di Pulau Redang..Fuh tido semalam memang syok! Sampai kami sebilik semua bangun lewat. Adui ..pagi-pagi lagi dah berlaku kejadian yang tidak diingini. Mengikut program, akan ada satu sesi snorkling dekat Taman Laut. Wah best tuh..dengar-dengar cerita ikan-kan kat situ memang luar biasa! Berwarna-warni! Tapi....
Kami punya la bersiap sakan, siap brekfast lagi araund 905am. Masa tu aku dengan Deennasour je pergi breakfast, Budiman dan Fadli rasanya masih beradu di atas katil. Kat dewan makan kami pun terserempak la dengan member-menber lain, Sam, Wendy, Rex, dll lagila. So kiranya lega la, ingatkan dah lambat.. Time kami tengah makan diorang pun dah beransur...sempat lagi si Sam bagitau kat aku suruh cepat, diorang tunggu kat lobi. Aku ngan Deennasour pon melajukan pemakanan pagi kami. Bile turun ke lobi, aku dan Deennasour nampak la diorang semua dah mula bergerak ke jeti, so aku fikir sempat lagi la lalu aku dan Deennasour pulang ke bilik untuk a…

Pagi Yang Gelap

Luahan rasa... 

Hari ini dalam sejarah. Tak tahu apa la yang sedang berlangsung dalam hidup aku ketika ini. semua benda serba tak kena. Adus!!! Tensen betol la. Dengan masalah di tempat kerja yang semakin hari semakin menunjukkan taringnya. Rasa macam tak caya je, surat pengesahan jawatan yang aku terima minggu lepas, tanggal 10 April 2008 telah merubah segala-galanya. Ish.ish..sedih plak time-time macam ni.. Tak tau la macamana feeling aku sebenarnya tatkala menerima surat tersebut. Nak kata gembira???? Mungkin la, tapi bukan 100%, sebenarnya macam takda rasa apa-apa pon.
Macam-macam benda kene settle bulan ni. Kalaulah diri aku ni boleh di duplicate kan kepada 4 atau 5 orang kan bagus, Ish..terkejar-kejar ke sana sini. Buat keje yang tak siap-siap..kene marah dengan bos lagi. Memang setiap hari aku rasa semakin menjunam dan jatuh. Tak tau la apa yang dapat menaikkan semangat aku semula. Setiap kali ingat balik benda-benda kat ofis, mesti rasa macam ....ish...susah nak cerita.. Buka…

Pulau Redang, Terengganu: Trip Ke Pulau Redang - Bahagian II

Assalammualaikum!!!

Sambung lagi.

Sejuk betol hari ni... dah la aku lupa nak bawa baju sejuk. Takpe lah, kene tahan.Biasa-biasakan diri yer, nanti nak pegi oversea senang!

Aku nak sambung lagi citer pasal trip ke Pulau Redang. Macam-macam perkara berlaku masa naik bot tu. Yang paling kritkal ialah aku mengalami mabuk laut! Adus..belum pernah aku alami perkara sebegitu. Paling teruk, budak mat saleh depan aku dah memuntahkan makanannya yang aku rasa macam ada kentang goreng dan double cheese burger yang dimakan masa breakfast pagi tadi. Aku pon apa lagi, memang dah tak tertahan dah, lantas ku ambil jacjket ku dan ku kaburi pandanganku dengan jacket tersebut. Nyaris-nyaris tersembur aku..takpe aku masih mampu bertahan. Punya la lama perjalanan naik bot ke Pulau Redang, ku fikirkan setengan jam je.. rupanya dekat sejam lebih! Ditambah pula dengan insiden penahanan oleh Jabatan Laut. Aduh, sudahla lautan bergelora, bila bot berhenti lagi la terasa kegeloraannya tuh! Cepat la sampai Pulau …

Pulau Redang, Terengganu: Trip Ke Pulau Redang - Bahagian 1

Assalammualaikum!

Tanggal 4 April 2088, buat pertama kalinya kaki ini dijejakkan ke sebuah pulau yang sangatlah indah. Memang kekaguman terus menyelubungi diri ini tatkala mata terpandang ke arah lautan luas yang membiru dihadapan ku. cewah bahasa yang agak berbunga di situ ye.

Sebenarnya dari jam 11.50 malam (3 April 2008) lagi aku dah dah gerakkan diri sepenuhnya untuk ke Pulau Redang. Aku paksa Acid(member terbaek aku sejak belum cukup umor) menghantar aku ke LCCT (lapangan terbang Tambang Murah) yang juga pertama kalu aku jejaki. Mula-mula jenuh jugak fikir, sapelah yang nak menghantar dan menjemput aku di airport nanti. Nak pergi sendiri, tak tau plak nanti nak park kete poshe aku tu kat mana. Secara kebetulan, Acid berkursus di PERMATA, Bangi, apa lagi, akupun menggunakan dia sepenuhnya. (Member umah aku selalunya takda, so takut berlaku kejadian tak diingini di kemudian hari). So malam tu, tepat jam 1130, aku dan Acid pun beraangkatlah membelah Lebuhraya Utara Selatan, masuk ke…

Selamat Datang!!! My New Blog!

Assalamualaikum!!!

Secara rasminya hari ini (21 April 2008) sebuah lagi side blog telah dibuka... mungkin ramai yang tanya: "kenapa nak bukak satu lagi blog sedangkan dah ada janggeltrekking sebelum ini?". Ya, memang saya dah ada blog sebelum ini iaitu janggeltrekking, tapi yang itu saya khususkan untuk memuatkan idea-idea mengenai 'Alam Sekitar dan Isu-isu berkaitan dengannya' sahaja. Ada faham?

Jadi, blog kedua yang saya sediakan ini pula lebih menjurus kepada perkara-perkara realiti yang lain, yang lebih ekstrem dan santai.. tidak mengandungi unsur-unsur kritikal seperti di blog janggeltrekking. Sebenarnya macam-macam benda yang saya nak muat turunkan ke dalam blog ini, dah sehingga kini... dah melimpah ruah idea dalam kepala otak ni..cuma masa je yang terbatas. Almaklumla kehidupan perlu diteruskan, benda yang wajib perlu diutamakan terlebih dulu. Tapi jangan risau, semuanya akan berada di sini seandainya tiada aral melintang..huahuahua.

Berbekalkan sedikit ilmu …

Visit Malaysia: Taman Alam Nature Park ~ PART 2

Assalammualaikum!

Continued from the previous issue.. "Taman Alam Nature Park". I found this article from Utusan Malaysia dated on 28 March 2008. Please read this article for further information regarding this beautiful place.
"KUALA SELANGOR 28 Mac – Jika anda masih mencari-cari lokasi yang keindahan alam semula jadi masih belum tercemar dek arus pembangunan, Taman Alam Kuala Selangor pasti memberi anda pengalaman manis yang sukar dilupakan.
Ini kerana alam semula jadinya masih ‘dara’ tanpa sedikit pun pencemaran, sekali gus menjadikan taman tersebut sentiasa mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing.

Taman seluas 296 hektar itu dibuka pada tahun 1987 dan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu hutan hujan tropika seluas 201 hektar dan selebihnya merupakan hutan paya bakau.
Taman itu diletakkan di bawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan persatuan itu jelas berjaya mengekalkan keindahan alam semulajadinya tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan…