2008-04-28

Lagi Cerita Pagi....

Semalam merupakan satu hari yang amat membosankan.. pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab tak tahan dengan tekak aku yang asyik buat hal je. Batuk tak henti-henti. Sampai perit jugak la tekak aku. aku terus bangun dan cek kat bilik housemate aku. diorang pon masing-masing dah tak de???? huh lagi awal dari aku rupanya diorang.
Sepatutnya aku balik kampung minggu ni tapi, memandangkan keadaan aku yang tak berapa sihat, aku pun bagitau kat mak ku yang tercinta bahawa anakandanya ini tidak dapat pulang kekampung minngu ini. Dah sementelaah aku tak balik kampung, aku pon dok la rumah, buat apa yang patut (cuci baju la apa lagi). Dekat sebakul jugak la baju yang ku dobikan semalam. Lepas selesai mendobi, aku dapat panggilan tepon dari Nazrul yang katanya ada gathering pukul 2 petang. Ayoyoyoy!!!!!! tetiba pulak ada gathering nih...aku dah ada plan lain, sebenarnya aku kene pegi opis untuk settlekan urusan seminar pada esok hari (hari ni la 28 April 2008). Jadi aku tak dapat la menjoinkan diri kat gathering tersebut...rasa rugi la pulak..apa boleh buat, Berkhidmad Untuk Negara!


Ni yang nak diceritakan pasal pagi ni, Seminar Mengenai Audit Alam Sekitar diadakan di Hotel JW Marriot, Putrajaya. Huh mewah giler hotel ni, satu bilik je nak sewa dah makan RM 250.


Aku bertindak sebagai urusetia dokumen, so kenela pastikan semua dokumen untuk diedarkan kepada peserta seminar sentiasa cukup dan lengkap. Disamping tu ada la keje-keje lain yang kene buat seperti mengangkut kotak dan menjadi pendaftar peserta. (heheheh banyak wooo awekasssss gomen!!!).



Awal-awal pagi lagi aku dah bergegas ke Marriot. Sesampai di sana, ku lihat Hanif dan Dasuki dah ready sambil memasang banting dan menyusun meje pendaftaran. Huh lega, atleast tak payah aku yang buat keje-keje tu. Budak-budak lain mana ntah. Tak nampak lagi batang hidung diorang. Peserta pertama yang mendaftar adalah pada jam 730pagi! (Ish awal giler diorang ni dtang??) Terpaksala kami mendaftarkan nama diorang. Bukan susah pon, cek je dalam list pastu suh diorang tandatangan. Tapi dek kerana badan aku yang tak berapa sihat dan tekak aku yang perit ni, keje yang senang tu macam susahhhhhhhhhhhhhh je aku rasakan. Bilalah tubuh badanku nak kembali normal.

Seminar bermula tepat jam 900 pagi. Walaupun target peserta adalah seramai 210 orang, tapi yang datang hari tu hanya seramai 180 orang sahaja. Kira ok la, atleast lebih 70 % yang hadir. Sepanjang seminar tu, aku memang mengantuk giler, lalu ku bawa diriku ke ruangan lobi yang terdapatnya banyak sofa-sofa mewah. Aku pun duduk kat salah satu sofa tu dan tido. HHAHHAHAHHA. tak lama sangat pon, dalam 15 minit je. Lepas tidur barula aku rasa lega sikit. Barulah aku join Hanif, Dasuki dan Kak Tina bersembang kat meja pendaftaran di luar dewan. Aku malas nak dengar seminar tu sebab benda tu dah selalu dengar.
Seminar tamat jam 1 tengahari, selepas lunch (buffet) aku pun terus balik ke ofis. Malas dah aku nak tunggu diorang, nanti kene angkat barang lagi!. ....PEACE!

2 comments:

  1. haloo..tq ler bertungkus lumus utk seminar marriott tu...mknn dia best ker?ntah ler agaknya aku dah slalu mkn situ kot..aku bengang ler x dpt rasa tarlet (aler yg ader buah strawberi atas tu yg ada choc kat bawahnyer)..aku bengang jer tgk org sebelah amik byk (pandan la muka aku saper suh amik lambat!) pastu tak habis!kalu tu budak ofis nyer dah lama aku jadi 'tong sampah' tlg habis kan ler!

    **fuh tak sabar nak gi heritage t'ganu plak..diaorg kata beshhh!bos ko bagi pegi tak??!!

    ReplyDelete
  2. beautifullife~ takde la bertungkus lumus sangat pon, aku tak larat sangat pon nak buat keje sebb demam. Aku pun tak makan banyak sangt masa lunch tu, macam tak de selere plak. Tapi puding mangga dia fuhhhh best jugak dicampur pulak ada rojak dan sagu apa ntah yang makan dengan santan tu. hehehehe.
    Aku tak tau le pg ke tak ke Heritage tu.,.. sebenarnya macm malas nak pegi. Bos aku tak cakap apa-apa lagi pun. Kalau di suruh pergi, aku pegi la. kalau tak pun best jugak. hehehehe

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS