2008-04-29

Projek Teater: Teater Patung Kertas

Assalammualaikum!

Hari ni, pepagi lagi aku dah merancang nak tengok teater bertajuk 'Patung Kertas'. Ramai yang kata ceritanya best. Jadi aku pun dengan pantas melayari internet untuk mencari-cari info mengenai teater tersebut. Jumpa! Lalu aku pon terus membeli secara online dua keping tiket (itupun setelah berjanji dengan seseorang untuk pergi sama)...

Nak dipendekkan cerita, aku pun tiba seorang diri ke MTC (Malaysia Tourism Centre) - ala kat bangunan yang ada Saloma Bistro tu. Haaa seorang diri???? Mana pulak perginya member yang dijanjikan tu???? huhuhuh aku tidak mahu memanjang lebarkan cerita itu, biarlah aku fokuskan sahaja pada cerita teater ini.


Aku sampai di MTC tepat jam 8.30 malam. Dalam hati aku dah meracau-racau dah, sebab tiket belum amek lagi..takut burn aje.. Setelah melilau-lilau mencari parking yang tak jumpe-jumpa, akhirnya aku pun meletakkan kereta di seberang jalan berhadapan MTC (tempat parking berbayar RM5). Kemudian bergegas pulak mencari Auditorium Tunku Abdul Rahman...Ish kat mana la pulok tempat ni...setelah melihat map yang terpampang di tepi tangga akhirnya aku menjumpai auditorium tersebut. Fuh dah fullhouse dah... nasib baik boleh amek tiket lagi! (Ye la kan aku dah bayar!)..Aku dibawa ke tempat duduk bernombor F17 dan F16. Hahahahah dua-dua kerusi aku yang punya!!! Masa tu show belum start lagi. Lega....



Di atas pentas ada la beberapa mahkluk yang agak pelik pakaiannya sedang beraksi ala-ala patung . Rasanya ada 5 Mahkluk semuanya. Lama jugak rasanya diorang tak bergerak atas stage tu sebab show hanya bermula selepas 10 minit aku duduk. Kematu pulak bontot mahkluk-mahluk tu kat situ hahahhahaa.

Penonton yang datang terdiri dari pelbagai bangsa dan bermacam-macam perangai. Aku??...biasa la..duduk di tempat yang paling strategik..di tengah-tengah auditorium di laluan tengah. Fuh memang clear giler tengok.

Sinopsis:

Teater Patung Kertas arahan Lokman Ghani, pada umumnya mengisahkan konflik hidup satu golongan yang tidak dinafikan telah wujud beribu-ribu tahun dahulu. Kisah yang diutarakan banyak mengupas tentang perlakuan dan gaya hidup golongan lelaki lembut atau mak nyah terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur. Adik Chu (Ashraff Muslim), melangkah manja di awal cerita dengan membawa konflik jiwanya dari kampung ke Kuala Lumpur untuk bertemu idolanya yang juga seorang lelaki lembut dari kampung yang sama iaitu Kak Kay @ Abang Long (Dato' Jalaludin Hassan). Dari situ maka berkembanglah watak-watak lain yang turut menguatkan jalan ceritanya seperti Abang Mus (Ebby Yus) seorang tokey warung yang tinggal bersama sepupunya Suhana (Siti Aishah Atan), seorang janda beranak satu dan watak-watak Mak Nyah lain yang cukup kuat dilakonkan oleh para pelakon yang aku semua tak kenal...huhuuhu.


Klimaks cerita ini adalah apabila Syafiq (anak kepada Suhana) yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang, perlu mendapatkan rawatan lanjut dengan menjalani pembedahan. Tapi dengan keadaan Suhana yang serba kekurangan, wang menjadi penghalang kepada usaha itu.


Nak dijadikan cerita, Suhana sebenarnya merupakan bekas kekasih Kak Kay(Jalaludin Hassan). Kak Kay yang bersimpati dengan Suhana akhirnya menyatukan Ibu-ibu ayam seluruh KL dan bercadang untuk mengadakan pertunjukan Patung Kertas bagi mengutip derma untuk pembiayaan pembedahan jantung Syafiq. Selain itu terdapat juga babak-babak Mak Nyah yang berebut kawasan, Mak Nyah dikejar operasi, babak percintaan Kak Kay dan Suhana, babak yang menceritakan kisah Adik Chu sewaktu kecil, dan macam-macam lagi!!! Kene la pi tengok.. (kalau sempat la). Tayangan terakhir adalah esok iaitu pada 30 April 2008. Sempat lagi kalu nak pi beli tiket.

Teater muzikal yang berkonsepkan komedi ringan yang mengenakan harga tiket RM30 dan RM50 ini menampilkan hampir separuh pendokong watak-watak utamanya terdiri daripada golongan lelaki lembut (yang memang lembut betol = tulen). Persembahan berlangsung lebih kurang 3 jam dan bagi saya, memang berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan. cukup menghiburkan.

Owh lupa plak nak cerita, antara tetamu kehormat yang hadir sama-sama menonton Teater Patung Kertas dengan aku malam tu adalah Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K!!! Bertuah aku dapat tengok CT secara live sekali lagi. Siap lalu tepi aku tu sebelum dia naik ke pentas untuk bersalaman dengan para pelakon. Jangan Jelessss yeeeeeer!!!

Lepas tamat saja persembahan, aku pun terus beredar. Malas dah nak tunggu..(tunggu sapa?kan aku datang sorang???) Hahaha sebab tu aku terus balik...

PEACE!

2 comments:

  1. hehe..sorry tak dpt temankan.
    tertdoo plak..
    ngeee~
    nanti claim balek 30 hengget ek~

    ReplyDelete
  2. kuang..kuang..kuang..walaupun diriku pergi seorang diri...aku tetap terhibur!!!! dush..dush...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS