Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Gelombang Terakhir 2011

Assalamualaikum!

Sekarang ni dah masuk fasa tonggang-langgang. Sebab apa? Biasa la hujung-hujung tahun ni memang akan datang satu gelombang kebizian kat opis. Betol tak? Aku rasa ramai yang mengalami situasi tu, sebab tu la aku jarang cuti bila datang hujung tahun...huhuhuh sedih.

Hari tu sebok orang bercuti sebab sambutan Deepavali, aku takde buat apa pon, balik kampung pon tak sebab cuti sehari je (kesian kan masyarakat India dapat cuti sehari je masa perayaan diorang?) Sepatutnya bagi la dua hari sama macam Raya Puasa dan Raya Cina...hehehe sebab aku suka cuti. Hmm hari tu aku layan pergi IKEA makan Meatball sedap sampai kembung-kembung perut 2-3 hari. Hahaha.

Lepas tu cuti hujung minggu sempat la layan movie Reel Steel sorang-sorang kat MidVelly. Untung jugak sebab awek sebelah aku pon layan sorang-sorang gak hehehe. Memang best GILER citer tu sehinggakan aku memasang niat untuk tengok lagi skali! :)

Lepas tu layan pulak pegi tengok MITM Travel Fair 2011 kat MidVelly jugak. Kali …

Mencanting Batik

Assalamualaikum!!!

Lega dah lepas buat presentesyen tadi dalam keadaan suara serak-serak basah *fefilingElla sambil menggoyang-goyangkan kan kepala. Tapi rambut aku pendek! Ok dah melalut.
Dua tiga menjak ni asyikla aku baca cerita pasal obersi, sana-sini ramai yang nak mengembara keliling dunia...pitam dah ni sebab sampai terngigau-ngigau naik bas senget! Pastu macam-macam cerita dan pengalaman blogger yang jalan sana-sini. Alhamdulillah ye, selagi ada rezeki jangan lepaskan peluang nak kemana-mana.
Disebabkan aku macam dah terlupa dengan kewujudan negara sendiri (MALAYSIA) kali ni nak cerita sikit la pasal trip aku beberapa minggu yang lalu ke Terengganu (Negeri si Kemang katanya).Tujuan asal adalah bawak keluarga aku pegi kenduri kawin salah seorang sedara kat sana. Lagipon, nak bawak anak buah aku jenjalan sebab dia tak pernah pegi Terengganu.

Sebenarnya aku pon baru 2 kali kot jejak Kuala Terengganu (KT) tu, jadi merasa la jugak pegi Pasar Payang, makan kat Restoran Air Buah Gela…

Tembak-Tembak : Journey To The Fairy Tale's Land

Assalamualaikum!!!
Satu lagi family yang best to work with! FamilyAmalina yang ada dua anak kecik yang comel, Ain dan adiknya *alamak aku tak ingat nama hehehe. Sekali lagi aku dan team dapat peluang menembak familyportrait. Kali ni lokasi yang kami pilih adalah di tepi Pusat Akuatik Putrajaya, bersebelahan dengan Hotel Pullman di Presint 5.
Mungkin ramai yang tak tahu tempat ni, tapi kat situ memang menyajikan pemandangan yang cantik...sebab ada pantai buatan dan budak-budak boleh mandi-manda kat situ yer. Tapi untuk bebudak saja, mak dengan bapak budak jangan gatei-gatei nak join mandi sama.
Mungkin masa kami menembak tu agak tidak kena sebab waktu itu juga sedang berlangsung pertandingan perahu naga antara universiti di Malaysia, jadi orang agak ramai, masing-masing tengah prektis dan memasang kelengkapan bagi pasukan masing-masing. Tapi itu semua bukan halangan, sebab rezeki ada di mana-mana, jadi kami pon kenalah cari beberapa port menarik supaya tak terkesan oleh acara itu.
Yang…

Jalan-Jalan Bawa Diri: Singapore Part 2

Assalamualaikum!!!

Dah berminggu-minggu baru nak update! Haish memang kerajinan ni datang bermusim kan... tapi bab komen blog orang lain rajin pulak hahahaha.

Ok aku sambung balik bab merempat di Kota Singa bulan lepas. Sambungan dari SINI.

Bila dah sampai Stesen MRT City Hall, aku pon menapak la menuju ke arah Stesen MRT Raffles Place, sebab kat situlah stesen yang paling dekat untuk ke Merlion's Park. Sepanjang jalan tu memang ada pagar-pagar dah menghalang jalan sebab F1. Ei tak best betol, rosak pemandangan aku.

Aku menyelusuri sepanjang Singapore River, mengikut laluan River Cruise, tapi pagi lagi so semua kedai belum bukak. Barulah aku dapat rasa keadaan tenang kat kawasan ni, kalau tak sentiasa havoc dengan karenah pengunjung. Ramai jugak orang jogging terutamanya mat salleh. Rajin diorang kan jaga kesihatan.

Kalau menurut info yang aku dapat dulu, lebih kurang 60% penduduk di Singapore ni adalah warga asing (migran) sebab Kerajaan nak mencapai taraf kependudukan yang ting…

Perghhhh It's PERTH! (LP je)

Assalamualaikum!!!

Akhirnya setelah lama menunggu, maka tiba jugak bungkusan yang dijanjikan kat meja aku. Excited siot dan terharu sebab ada jugak orang sudi bagi present walaupun bukan time besday aku. Hikhikhik

Thanks to Kemang sebab bagi hadiah buku Lonely Planet [LP] edisi pra-sejarah ni. Banyak pulak buku nak kena study. Di samping buku yang ni, ada beberapa buku lain yang sewaktu dengannya yang aku rembat masa pesta buku Big Bad Wolf haritu.

Ok masa untuk poya-poya dah berlalu, nak kena fokus study pasal ni pulak lepas ni. Serius excited. Alamak sepatotnya dah start lama dah ngompol reter tapi tak jalan-jalan jugak...hampeh, semoga ada mak gule sanggup menaja anak gula seperti ku ini! Hahahaha *keji.

Ok fokus-fokus!
Thanks KEMANG!
PEACE!




Menulis untuk:

Tembak-Tembak : Aziah and Family

Assalamualaikum!!!

Alhamdulillah, bulan Oktober ni ada la jugak job masuk. Walaupun tak banyak tapi rezeki jangan ditolak ye tak? Sekali lagi aku and team telah bertugas untuk menembak sebuah family yang sangat kiut-miut semuanya! Kali ni misi adalah untuk meraikan Hari Jadi anak bongsu si Aisy namanya. 
Jadi macam-macam props la yang si mak dan bapak bawak, kakak-kakak dan abang jugak gigih mengangkut kereta mainan! Memang comel-comel semuanya.
Pada mulanya susah jugak nak kawal bebudak ni semua sebab masing-masing excited berlari-lari ke sana kemari..oh lupa pulak, lokasi penggambaran kali ni adalah di Taman Tasik Perdana.
Akhirnya berkat pujuk rayu dapat jugak la kami merakamkan beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan terindah untuk keluarga ini. Semoga semuanya kekal happy dan menjadi keluarga yang sentiasa cute ye!
WASSALAM!








Jalan-Jalan Bawa Diri : Singapore Part 1 (Tanpa Arah Tuju)

Assalamualaikum!!!

Dah nak masuk 2 minggu baru datang mood nak cerita. Biasa la, hidup tengah huru hara la ni, banyak sangat benda urgent (kononnya) nak kene settle. Alhamdulillah I manage to handle it. :p

Minggu lepas aku ditugaskan ke luar kawasan (lagi!!) tapi kali ni memang jauh, ke selatan tanah air. Jenuh aku pikir, nak pergi naik apa,nak tinggal kat mana dan sebagainya, walaupun semua tu boleh claim tapi apakan daya aku tidak mampu nak mendahulukan duit aku sendiri hahahaha. Pasrah jadi orang miskin yang penting happy.

Tapi memandangkan aku dan kehidupan kucar-kacir telah sebati. jadi semua tu bukan masalah besar. Seperti yang aku nyatakan di perenggan awal tadi, I manage to handle it! Yeah! Disebalik kerunsingan bertugas di luar kawasan, aku nampak sudut positif di situ. Ye, dapat jugak aku melarikan diri ke seberang tambak!

Aku bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan sendiri (si hitam manis) pada jam 12.30 malam. Ha gigih tak aku drive sensorang sampai ke JB? Aku …