Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

Review Filem-Filem MAY 2008

Huuhuhu sekali lagi tibanya hujung minggu! Minggu ni aku berkesempatan lagi untuk pulang ke kampung! Whushhh musim-musim cuti sekolah ni memang banyak jemputan ke majlis perkahwinan! Bestnya.... Tapi sebelum aku post kan citer-citer menari pasal majlis-majlis perkahwinan aku nak citer pasal 2 buah filem yang aku tonton minggu lepas. Kali ni aku gabungkan sekali lah review dia...Malas plak nak buat banyak-banyak post hahahhahaha...(boleh????)


Filem ::Indiana Jones: Kingdom og The Crystal Skull

Wahhhhhh dah lama jugak sebenarnya aku merancang nak tengok filem-filem ni terutamanya filem Indiana Jones: Kingdom of the crystal skull (walaupun filem pertama dan kedua aku tak berapa ingat sangat) dan akhirnya setelah mencuba sejak pukul 5 petang barulah aku berjaya mem'booking' (ayat apakah ini?) tiket menonton filem tersebut! Bukan main banyak pancarobanya sebelum tiket-tiket itu berada di tanganku sehinggalah aku terlepas setengah jam pertama citer tu..Aduuuuuuuioooooooo rugi wooooooo…

Visit Malaysia: Kuala Lumpur Bird Parks:

Assalammualaikum!

Sekali lagi tiba hujung minggu yang memang selama ini amat aku nantikan! Wah time-time macam ni la kite nak lepak bersama keluarga, pergi jalan-jalan makan angin, shopping dan macam-macam lagi! Bukan seperti biasa, minggu ni sesuatu yang pelik berlaku! Nyel, housemate aku tak balik kampung! Hahahahaha, sepanjang yang aku kenal dia, setiap minggu dia akan pulang ke kampungnya di Tanjung Malim, Perak!.

So minggu ni kire ramai sket la kat umah, pagi-pagi lagi kami mengaturkan rancangan untuk breakfast bersama-sama. Wah julung-julung kali tau breakfast bersama-sama housmates!. Aku dan Nyel membuat rancangan untuk aktiviti petang, Joy pulak sibuk nak duduk rumah, chatting dengan member-member cyber dia!. Akhirnya aku dan Nyel bersepakat untuk menjalankan aktiviti yang dah lama tertangguh! Apa kah itu????
Kami pegi melawat Taman Burung Kuala Lumpur!!! Wahhhhhhhhh cuti-cuti Malaysia !!! Sebenarnya dah lama dah aku dan yang lain-lain merancang untuk pergi ke taman burung tu..…

Dirundung Malang??? (Kuang..Kuang..Kuang...)

Salam..

Just nak ucap semangat pada member -member yang tak berjaya meneruskan hajat menggapai wang berjumlah RM 1 juta tu yer!! Takpe tahun depan ada lagi.. Semua yang dirancang dan tak menjadi tu ada hikmahnya,... Yang penting jangan putus asa. Rezeki ada di mana-mana..(Cheeewahhh...macam pakar motivasi pulok..)

Cube baca selembar bingkisan ini...mudah-mudahan jiwa yang kusut menjadi tenang..


Pohon yang Digugurkan Daun Dosanya

Tiap-tiap yg berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan. (QS 21:35)
Di saat terbaring di ranjang, ketika sakit menggerumus, wajahmu Emak yang membayang. Wajahmu Emak menjadi ubat yang menumbuhkan kekuatan di tubuh. Bayang kehadiranmu Emak, menjadi semangat kekuatan, ketika setiap orang sakit senantiasa merasa tiada berdaya. Tapi, lelaki berusia 50-an yang terbaring di ranjang sebuah rumah sakit, kini merasa berdaya. Betul, beberapa hari s…

Review Filem:: Drillbit Taylor

Bosan...tak tau nak buat apa malam tu...tetiba dapat satu sms.."Jom tengok wayang citer 3 orang budak yang selalu kene buli?" begitu la lebih kurang ayat dalam sms tu. Ish citer apa tu? Aku pun terus search kat internet. Rupa-rupanya citer Drillbit Taylor: Budget Bodyguard!Nampak macam best. Pelakon utamanya adalah Owen Willson! Aku memang suka kalao mamat ni yang berlakon. Sure havoc punya lawak!

Aku pun terus book dua tiket. Lepas amek member aku tu dekat Sunway, kami pun terus ke Mid Velly (tempat aku selalu lepak tengok wayang). Nasib baek jalan tak jem. So tak sampai 15 minit dah sampai ke Mid Velly. Tapi bile jem...sejam pon belum tentu sampai!!!



Kami pun bergegas la ke reservation counter, GSC. Nasib baik sempat. Wayang start kul 11.15 malam. So 45 minit before start aku dah kene amek tiket tu. kalo tak...burn le jawabnyer..
Review::

Drillbit Taylor: Budget Bodyguard!mengisahkan sekumpulan 3 orang pelajar tahun pertama di sekolah tinggi yang menjadi mangsa buli oleh seora…

My Cousin's Wedding ~ Part 2

Salams... ingat lagi tak kisah pernikahan sepupu aku yang pernah disiarkan dalam blog aku satu ketika dulu?? kalau tak ingat bleh pergi semula ke post tersebut. Aku nak tunaikan janji aku seterusnya untuk menghebahkan perkahwinannya di blog aku ni hehehe. So takda utang dah yer...
Ya, bagi sesiapa yang tak tau lagi, sepupu aku Azizah @ Jijah (nama glamour) telah selamat melangsungkan majlis persandingannya dengan suami tercinta Zainal @ Enal (nama glamour) di rumah keluarga Azizah di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor tanggal 18 Mei 2008. Aku selaku saudara terdekatnya macam biasa la, menyibukkan diri dengan adengan-adengan penggambaran yang menggiurkan! Hahahhaha.

Aku bertolak pulang ke kampung dengan seorang lagi sepupu yang agak rapat dengan ku iaitu Arip , pada hari Sabtu, sehari sebelum majlis kenduri diadakan. Agak jem la keadaan jalan raya ketika itu. Si Arip plak tido, terpaksala aku berkaraoke sorang-sorang bagi mengelakkan mengantuk.

Malamm sebelum majlis persandinga…

Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Assalammualaikum!

Sempena kenduri perkahwinan sepupu aku di Kampung Sungai Limau, Sg. Besar, Selangor... sempat jugaklah aku ngan sepupu-sepupu yang lain pegi menikmati keindahan kampung setelah seharian penat ber'kenduri'. Huhuhuh bukan tolong sangat pon, tolong tengok je yang lebih. Nak bagi tau ni, kat kampung ayah aku tu ada satu kawasan pantai yang cantik dan best! Tapi tak ramai orang pegi situ sebab pantainya jenis berlumpur, nak mandi manda tak dapek la. Tapi apa yang best nak cerita kat sini, usaha pihak kerajaan memelihara kawasan pantai bagi mengelak hakisan. Korang tau ke apa caranya???

Ha kat sini la aku nak bagitau, dengan menanam semula pokok bakau, pantai akan dapat dikawal daripada menerima hakisan yang serius (chewahhh macam dokumentari pendidikan plak). Tapi aku kagum la. kat kampung ayah aku pun dah ada usaha-usaha macam tu, kiranya kesedaran orang ramai dah mula tinggi!! Bagus Rakyat Malaysia.


Antara kaedah mengawal hakisan pantai: Menanam cerucuk batu dan …

Review Filem:: Narnia~

Agak lembab sikit aku semenjak dua tiga menjak ni. Huhuhu biasa la, banyak perkara yang perlu diuruskan. Tapi demi filem yang satu nih, aku tetap luangkan masa untuk menontonnya!!! Filem Narnia, setelah habis membaca bukunya yang setebal 2 inci setengah dan menonton filem pertamanya, akhirnya semalam aku telah berjaya memboloskan diri ke dalam panggung sekali lagi untuk menonton "The Chronicles of Narnia: Prince Caspian"!!!.
Sekali lagi aku mengaturkan sesi menonton wayang kali ini....huhuh bukan susah sebenarnya tapi yang menggeramkan aku, bile tiket dah beli tapi tak jadi datang!!! Ahhh aku tak kire, bayar tetap bayar! Aku tak rugi apa pun....So daripada 12 tiket yang aku booked dan 7 tiket yang telah dibeli...hanya 5 orang jer yang datang. Hampeh kepada kodok-kodok yang gagal hadir itu! Aku, Arip, Jun Jun, Deen dan sorang lagi rakan Deen yang aku terlupa namanya (maafkan kami penunggu gua..maafkan kami penunggu gua...).
Wohoo...banyak impressi sebenarnya terhadap filem ini …

Hari Ibu ~

Salam...
Tetiba pulak hari ni aku rasa macam sunyi je....teringat kat mak aku di kampung.. (ayah pun ingat jugak). Ntah macamana la life diorang sekarang. Dua-dua dah pencen., setahu aku mak aku rajin gi malancong skang! Best wooo! Sekejap- sekejap aku telepon, ada kat Terengganu, sekejap lagi aku telepon ada kat Hannoi pulak!, Bile telepon plak lagi ada kat Penang.. Huh bestnya kalau tak payah kerja..bleh pegi jenjalan merata dunia.. (impian aku tu).

Tapi memang berbaloi la sebab parents aku pun dah lama bekerja dengan kerajaan. Sampai pencen. So diorang memang deserve untuk berehat dan melancong sekarang ni.. Ish jeles..jeles.. Bulan tujuh (Julai) ni pulak, kami satu family plan akan mengerjakan umrah bersama-sama! Ha yang ni aku pergi sekali. Alhamdulillah, berpeluang jugak aku menziarah tanah suci. Tak sabar pulak rasanya nak tunggu time tu. Aku harap tak ada apa-apa masalah la, walaupun kerja-kerja di opis ni menimbun-nimbun, di tambah pulak dengan perniagaan kecil-kecilan yang aku…

A little paradise in the city

A little paradise in the city
By GOH EE KOON Photos by IBRAHIM MOKHTAR



NOT too long ago, the partly hidden recreational spot in Taman Tun Dr Ismail was a little bit of nature for children and adults to enjoy.
Among the trees, small and shallow streams with fish would delight the younger ones, who would bring little nets or even dip their hands into the water in attempts to catch them while indulgent parents looked on. The spot is still there, but the place has changed quite dramatically, turning from an unofficial recreational spot into a park that is visited by scores during the weekdays and hundreds during the weekends.
The Lembah Kiara Recreational Park is perhaps one of the newer ones in the Klang Valley, but its popularity already establishes the fact that it is going to be well used for many years to come.
Entrance is free and most of adults who come here either do so with their friends or families. The mornings and late afternoons are the most popular times to visit this place.
On…

Audition ASTRO ~ Part II

Jangan Lupa Lirik...Jangan Lupa Lirik...Jangan Lupa Lirik... (Nyanyila mengikut irama rancangan Jangan Tidur Lagi terbitan TV3!) Hehehehe.. Apa bendanya "Jangan Lupa Lirik " tu??? Adakah ia satu penyakit mental atau sejenis kuih muih yang di jual di kantin Mak Cik Jenab depan rumah Kak Piah tu??? Haaaaaaa ni yang nak cerita ni... Ingat lagi dengan post Audition ASTRO sebelum ini? Rentetan daripada kejadian yang tak tersengaja tu, maka semalam berlangsunglah satu program rehersal di Capital Studio, Damansara. Eh aku ni terlibat ker?? Kan ke aku just menemani adik-adik sepupu dan kawan ku ke Audition tersebut tempoh hari??? Kuang..kuang..kuang...Sebenarnya mereka telah menamakan aku sebagai Talian Hayat diorang! Hehehehe tumpang glamer jer.
Apa itu talian hayat? Rancangan apa pulak yang ada talian hayat, talian hayat ni?Who wants to be a millionaire ker? Sebenarnya konsepnya lebih kurang je macam tu tapi pendekatannya sahaja yang berbeza. Konsep rancangan baru ASTRO ni adalah k…

Review Filem:: What Happens In Vegas~

Semalam, pagi-pagi lagi aku dah merancang untuk melepak, berpoya-poya dan menghabihkan boreh bersama teman-teman tersayang..al maklumlah, since aku dah makin buzy dan jarang berjumpa diorang, lantas inisiatif ini ku gunakan sepenuhnya...cewahhhh. Sebenarnya ada jugak beberapa member yang aku baru je jumpe 2-3 hari lepas hehehhee. hampeh...

Macam biasa la, memang dah takde tompek lain nak melepak, kami akan membuat persidangan di tempat biasa, di sebuah restoran di bangsar..ish bangsar lagi??Itu je tempat yang senang nak berkumpul dan dekat. Fair to all. Dan macam biasa gak, bile dah Melayu, kalau berjanji tak pernahnya tepat! Ish..(bilelah nak berubah). Seperti yang dijangka, sehelai demi sehelai daun berguguran..eh...silap.. sekor demi sekor datang ..eh silap lagi...seorang demi seorang sampai (baru betol). Macam-macam perkara yang kami bualkan @ bincangkan termasuklah hal negara dan dunia. (kali ni aku tak nampak pulak mana-mana artis@ personaliti?? Rujuk Lampiran 1) Hahahaha macam b…

Bakat dan Sumbangan- Berbaloikah??

Hmmm semalam masa aku lepak-lepak kat satu restoran yang agak popular di Bangsar, aku ternampak la seorang tokoh seni yang baru-baru ini telah memenangi "Anugerah Wirama" di Anugerah Industri Muzik 2008. Rasa-rasanya sape yang tengok AIMmalam sabtu lalu mesti tau siapa yang aku maksudkan bukan??? Siapa lagi kalau bukan Encik FAUZI MARZUKI!!!
Sekalung tahniah buat beliau atas penerimaan anugerah tersebut. Bagi aku itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi dimana segala sumbangan dan penglibatan beliau di dalam dunia seni diambilkira dan di hargai.

Teringat pulak pada ucapan beliau sewaktu Majlis Post AIM yang diadakan selepas MAjlis anugerah berlagsung. Apa yang aku ingat dia dengan bersemangat dan berkobar-kobar mahu memartabatkan muzik Malaysia di mata dunia dan akan bekerja keras lagi di dalam bidang ini. Bagusla kalau beliau mempunyai semngat yang kuat untuk terus berjaya.
"Mintak maap sesangat sebab ambik gambar curi ye Abang Fauzi...(peminat ker??)"

Apa yang aku…

Merancang vs Tak Merancang ~

Last Saturday, after a couple of hours being brain washed by 'Chief Sam', I call my cousin, Arif and ask him to join me for dinner. Nak pegi dinner berdua je macam tak happening la pulok kan?? so aku pun menalipon sorang lagi member yang agak havoc juga kalau diajak keluar untuk menjoin kiteorang. Jam masa tu dah dekat pukul 1130 malam. Kami pon melepak la di satu kedai mamak yang selama ini menjadi tempat lepak member aku tu. Hmm boleh la tempat tu, nak kata makanan dia sedap???? no komen la tapi aku tetap menghormati tempat lepak kawan aku tu hehehee.


Lepak punya lepak..akhirnya jam dah pukul 12.30 malam. Apa plan malam ni??? Takkan nak balik rumah plak kot?? ~ tanya si member. Aku pun bukan ada plan lain. Lalu kami bertiga pun pergila meroundkan diri sekitar Bandaraya Kuala Lumpur..Pada mulanya memang la hilang arah! Tapi setelah berbincang dan membuat video conferencing di dalam kereta sport aku, akhirnya ahli lembaga pengarah berjaya membuat kata putus untu pergi KARAOKE!!…

Review Filem : : Iron Man???

Akhirnya setelah beberapa hari merancang dan asyik tak jadi, aku dapat jugak tengok filem terbaru yang di adaptasi dari comic MARVEL iaitu 'Iron Man'! huuhuhuh dengan sape aku pergi tak payah la ditanya... maleh nak jawab.(huhuhuhuh)...

Biasala..kalau dah booking tiket guna phone @ online kene la datang 45 minit awal (dah banyak kali dah aku terkene sebab lewat..tiket burn). So aku tiba di Midvelly tepat jam 805 minit malam.. Ada 50 minit lagi nak pukul 9. Show start pukul 9, jadi aku pun pegi la mengambil tiket tersebut di bahagian online reservation. Lepas dah amek tiket.. tengok jam masih awal.. so aku pun buat la rutin biasa kalau pergi Mid Velly..hehhee apa lagi, lepak kat tempat fav aku la MPH Bookstore! Tak lama la aku lepak kat situ sebab jam pun dah pukul 8.35, so aku pun naik semula ke panggung. First skali of course la pegi beli pop corn! Bile semua urusan beli membeli dah settle aku pun masuk la ke hall 3, lane L7, hehhe (siap bagi no kerusi lagi!).


Sinopsis:

Apa seb…

My Cousin's Wedding ~ Part 1

Salams... nak dijadikan cerita, semalam after office hour aku bergegas memandu pulang ke kampung halaman ayahanda tercinta di Kampung Sungai Limau, Selangor. Huhuhu nasib baik tak jem..ye la, sempena cuti 1 Mei(hari pekerja) hari ni, mesti ramai yang amek cuti tersepit sok. Tapi aku, kene keje dah hari Jumaat, nak simpan citi ler katakan...

Ngape aku bergegas ke kampung?? hahahah sebenarnya hari ni 1 Mei 2008 merupakan hari bersejarah buat sepupu aku yang tersayang merangkap downline yang ditatang rapi. Hari ni merupakan hari pernikahan Azizah @ Jijah dengan Zainal @ Enal. Haa???? mungkin ramai yang terkejut sebb tak dapat jemputan. Betol tak???? Relekx dulu, (macam ayat Sam pulak). Majlis persandingan @ resepsi belum lagi diadakan. Majlis dijadualkan pada 18 Mei 2008 nanti di Kampung yang sama. So InsyaAllah, minggu depan ada la si Jijah tu mengedarkan kad jemputan kat korang-korang yang rasa-rasanya dia kenal! Ahaksssssssss.


Semalam, first time juga aku and parents menginap di sebuah …