2008-05-01

My Cousin's Wedding ~ Part 1

Salams... nak dijadikan cerita, semalam after office hour aku bergegas memandu pulang ke kampung halaman ayahanda tercinta di Kampung Sungai Limau, Selangor. Huhuhu nasib baik tak jem..ye la, sempena cuti 1 Mei(hari pekerja) hari ni, mesti ramai yang amek cuti tersepit sok. Tapi aku, kene keje dah hari Jumaat, nak simpan citi ler katakan...

Ngape aku bergegas ke kampung?? hahahah sebenarnya hari ni 1 Mei 2008 merupakan hari bersejarah buat sepupu aku yang tersayang merangkap downline yang ditatang rapi. Hari ni merupakan hari pernikahan Azizah @ Jijah dengan Zainal @ Enal. Haa???? mungkin ramai yang terkejut sebb tak dapat jemputan. Betol tak???? Relekx dulu, (macam ayat Sam pulak). Majlis persandingan @ resepsi belum lagi diadakan. Majlis dijadualkan pada 18 Mei 2008 nanti di Kampung yang sama. So InsyaAllah, minggu depan ada la si Jijah tu mengedarkan kad jemputan kat korang-korang yang rasa-rasanya dia kenal! Ahaksssssssss.


Semalam, first time juga aku and parents menginap di sebuah resort tidak jauh dari rumah nenek. Bukan taknak tidur rumah nenek, tapi memandangkan ramai sedara mara yang balik, so ruangan agak terhad. Jadi kami pun mengalah lah... Best jugak resort tu, namanya D'Muara. Bilik semua atas air. Kiranya kalau pencinta-pencinta lautan amat sesuai la bercuti di sini (chewahhhhh tolong promote nih!!!~komisennnnn ...Komisennn!!!). Aku Try la jugak bukak labtop aku dengan harapan line internet maxis aku boleh berfungsi, malangnya, tiada coverage! Terpaksa la aku menonton tv saja malam tu. Hahahah cerita Jangan Tidor Lagi??? Memang aku tak tidor lagi pon walaupun jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Sebelum tu kami sibuk menolong apa-apa yang patut di rumah pengantin seperti mengisi kek muffin di dalam pelastik dan sebagainya.

Tiba masanya hari ini: Pagi-pagi lagi selepas bersarapan aku dan kedua ibubapa ku pergi ke rumah pengantin (Kang Nor). Tolong la apa-apa yang patut, seperti memasak nasi dan sebagainya.. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Majlis akan berlangsung sekitar jam 11 pagi. Azizah mengajak aku menghantarnya ke salah sebuah butik pengantin di Pekan Sungai Besar untuk dimake up kan. Aku pun pergi la menghantar dia, bersama-sama kami ada sorang lagi sepupu aku Nana. (enterfrem je minah tu). Nak dijadikan citer, sampai depan butik tu, terpaksa pulak menunggu lebih kurang 10 minit. Butik tak bukak lagi wehhhhh...Alamak, akak butik ni lupe ke???? Azizah dah cuak. Dah la dia lengkap berpakaian nikah dia. Lepas sepuluh minit nampak la kelibat seorang pekerja butik terkedek-kedek mebuka pintu butik. Nasib baik buka.

Kami pun terus masuk dan menunggu kak Ita (tokey Butik ) yang akan menyolekkan si Azizah ni..lama jugak kami menunggu akhirnya selepas sepuluh minit, masuklah Kak Ita yang agak kelam kabut kedalam kedainya. Azizah pun segera di makeupkan. Jam dah pukul 10 time tu. Ada lebih kurang sejam je lagi sebelum acara akad nikah bermula. huhuhu kene bergerak pantas sikit Kak Ita yer..



Azizah selesai di makeupkan lebih kurang pukul 1045. Hmmm ok la.. ada masa lagi. Telefon plak tak henti-henti berdering bertanyakan progress kami. Tok Imam pulak dah sampai! Hahahah kelam kabut kami beredar pulang.



15 minit selepas kami sampi di rumah, akhirnya rombongan pengantin lelaki pun tiba. Berdebar-debar perasaan Azizah! (katanya ler..aku agak aje). Akhirnya tepat jam 1135 Azizah sudah sah menjadi isteri kepada Zainal. Tahniah. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Bermacam-macam sesi fotografi telah diaturkan. Almaklumlah, pengantin baru, majlis kenduri yang sederhana tetapi tetap meriah berlarutan sehingga jam 1 tengahari. Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir... Tunggu lah masa kenduri nanti iaitu pada 18 Mei nanti...bersambung...

1 comment:

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!