Posts

Showing posts with the label Hidupku

Kisah Lai Ci Kang

Image
Semalam, sorang member aku yang baru saja menyambut hari lahirnya yang ke 29 bernama Inertz telah dengan murah hatinya membelanjer aku makan Satey Kajang!!! Ish lama betol aku tak ke Kajang sebenarnya, apatah lagi nak makan Satey Kajang tanpa orang membelanja aku... so semalam adalah harinya. Setelah membuat pengesahan kehadiran, aku pon menunggulah Incik Inertz yang murah hati itu di rumah. Katanyer nak datang ke rumah aku senang, bukak jer wikimapia dan dia dah siap point rumah aku dalam tuh! Wakakaka. Tunggu punya tunggu lambat jugak tak sampai-sampai Incik Inertz yang murah hati itu ke rumah ku. Ruper-rupernya, keliru...[cakap je lah sesat!]. Nak dipendekkan cerita, sampai juga la Incik Inertz yang murah hati itu ke rumah aku. Kami pon bertolak ke Kajang dalam pukul 8.00 malam. Tujuan asal memang ler nak pergi makan Satey Kajang sebab aku memang dah melobi habis supaya dia belanja aku sejak bertahun-tahun yang dulu. Sementelaah dah ke Kajang, termelencong la sekejap ke Tesco,...

Rentetan dari Pekerjaan Yang Tidak Digemari

Image
Tertarik dengan apa yang di tulis oleh Kaki Jalan di dalam blognya, aku terpanggil juga menyuarakan isi hati.. Chewaaah...Lumrah hidup, manusia perlukan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. Paling tidak melakukan sesuatu dengan harapan mendapatkan ganjaran berupa 'upah' agar dapat memiliki sesuatu yang diperlukan. Namun semuanya bergantung kepada kesudian, kesediaan dan kesungguhan kita melakukan sesuatu pekerjaan itu. Persoalannya, wujudkan perkerjaan yang tak digemari? Terpulang kepada individu yang melakukan pekerjaan itu sendiri, adakah dia benar-benar berhasrat untuk melakukan pekerjaan tersebut? atau dia terpaksa melakukan pekerjaan tersebut atas desakan hidup? atau dia melakukan pekerjaan tersebut sekadar memenuhi ruang kosong tanpa memikirkan sebab dan akibatnya? Bagaimana ye untuk mengkategorikan semua itu? Bagi aku, pekerjaan kini adalah sebahagian dari tuntutan hakiki kehidupan. Dari pekerjaan ini lah aku mampu untuk menampung kehidupan sekarang dan mungkin juga ma...

Life Must Goes On..

Image
Alhamdulillah, setelah bercuti panjang akhirnya hari ini kehidupanku kembali normal. Bukan nak kata masa cuti aku jadi tak normal, cuma kurang normal sikit tu ada lah hehehe. Percutian kali ni amat bermakna memandangkan ianya percutian terkahir bagi tahun 2008. Hmmm I will miss all the bullshit things happened. Kenapa nak dikenang??? Bukankan ia menyakitkan hati saja??? Kadangkala perkara-perkara begitu eloklah dikenang supaya menjadi iktibar dan pengajaran untuk menghadapi masa hadapan. Kan ker pengalaman itu satu pengajaran! Yang pasti Tahun 2008 merupakan satu tahun yang TIDAK begitu indah dalam hidup aku. Macam-macam perkara buruk berlaku yang bukan calang-calang buruknya, dah capai tahap dewa dah.., tragis!!! Tapi bukan semua yang berlaku itu buruk, ada juga perkara-perkara manis yang mengneutralkan keadaan itu. Alhamdulillah, Allah sentiasa mengasihi hambaNya ini.... Ini mungkin entry terkahir untuk tahun ini [kalau tetiba ada mood nak menulis lepas nih, ada la lagi entry..untuk ...

Thank You

Image
Thanks to my family sebab bersungguh-sungguh turun ke KL untuk meraikan Besday anak kesayangannyer ini hahahahha [tetibe rasa macam anak kesayangan].. Love u ALLLLLLLLLLL!!!!!! Terharu sebenarnya.... And to my beloved cousins and friend [Nana, Arip, Ina, and Encik Deennasour] yang tetibe buat surprise dekat Nando's SOGO after bersumbang suara hari itu.... thanks for the cake! My paberet.. Choc Indulgence . And to our luch sponsor . NANA, thanks sebab bagi voucher Nando's percuma kat kami semua. Lain kali bagi lagik!!. tO aIE. .. thanks sebab tetiba ada hadiah kat blog anda...terharu ..lagik.... Azam tahun baru ini: Semoga berjaya dalam hidup!! [erk..typicalnyer....]..Hahahah what else kan? pandai-pandai sendiri lah!!! PEACE.

::Eco-Quest - Treasure Hunt::

Image
Tetiba hari ni aku nak abadikan kisah penglibatan aku dalam aktiviti-aktiviti sosial yang sememangnya aku suka kat dalam blog nih. Actually this is a classic memory but stil fresh dalam kepala otak aku. Aku tak berapa ingat tarikh sebenar program ni berlangsung tapi agak advanture jugak sebenarnya. Aku dan 4 orang member [ Acid, Zeema, Sha dan Burn ] telah menyertai satu pertandingan mencari harta karun " Eco-Quest " anjuran UiTM di Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Sebenarnya ini semua idea Acid, sebab dia yang dapat info event ni dari salah seorang kawan dia. Jadi setelah berfikir panjang dan bertungkus-lumus mencari orang untuk mencukupkan jumlah ahli kumpulan, akhirnya kami pun meneruskan niat suci-murni tersebut.Dalam hati memang dah berkobar-kobar dah nak menang dan yang paling penting nak enjoy bersiar-siar di sekitar Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam itu. Aku punyalah excited bersiap, awal-awal pagi lagi aku dah sedia nak pegi jemput kawan-kaw...

::Errata::

What am I doing for the past 3 days? I am attending EU- Solid Waste Management International conference at Ipoh. Welcome to my hometown! Balik kampung la beb! Jumpe mak n abah. Adoi really miss them a lot! Menambah timbunan kerja di opis. Adoiai, kerja memang x pernah selesai kan. Banyak jugak program yang tergendala. Huhuhu sorry guys x boleh nak layan semua. I try to manage my schedule supaya boleh puaskan hati semua orang. Don't worry, I'll be back soon! PEACE!

::My Best Friend Konvo!::

Image
S etelah berhempas pulas belajar selama bertahun-tahun, akhirnya mamat nih bergraduat jugak! Tahniah buat Acid yang menyambut hari gemilangnya pada 18 Oktober 2008 yang lalu. Seronok betol mamat nih, yang paling best bile tengok mak ngan ayah dia yang sentiasa tersenyum... Alhamdulillah, rezeki ko memang sangat murah Cid. Belum konvo dah dapat kerja yang sangat hebat! Tak sia-sia ko belajar Kat Mesia - Jepun - pastu sambung balik kat Mesia dan berjaya juga menggenggam segulung Ijazah! CONGRATULATIONS! My Fren... Acid with his Daddy and Mummy Family Potrait

::Bila dah Berjumpa!!!::

Image
Sebenarnya benda nih memang dah jadi acara tetap aku dan kengkawan sejak 3 tahun yang lepas lagi. Seperti biasa perancangan memang dah di buat sejak awal ramadhan lagi. Mastermind nya sudah tentulah si E-dean . Rasanya tahun ni mengumpul keahlian yang paling lengkap sekali. Aku dan x-schoolmates aku E-dean , Acid , Yunus, Nas-V dan Azemer telah menjayakan Konvoi Raya 2008 dengan jayanya. Tempat berkumpul, hmmm macam biasa dah tentulah kat umah aku. Azemer merupakan orang pertama yang tiba. Sebenarnya agak lewat jugak dalam pukul 11.30 pagi. Dan masa tu jugaklah rumah aku diserbu oleh sedara-mara aku yang sangatlah ramai. Tak terlayan korang semua.. Sorry la yer wahai sedara-mara ku…pinggan mangkuk tu lepas makan sila basuh sendiri. Dalam jam 1 tengahari barulah muncul kelibat Acid, E-dean, Nas-V dan Yunos . Bila dah berkumpul dan melantak juadah ‘ Open House ' yang dah aku sekeluarga kerjakan seawal 7 pagi lagi, akhirnya kami pun memulakanlah konvoi raya lebih kurang jam 2.0...

::Selamat Hari Raya Aidil Fitri ~ 2008::

Image
Alhamdulillah setelah genap sebulan ummat Islam berperang melawan nafsu, menahan lapar dan dahaga, akhirnya Hari Raya Aidil Fitri telahpun selamat kita raikan. Tanggal 1 Oktober 2008, seluruh ummat Islam di Malaysia meraikannya. Aku dan keluarga seperti biasa, akan pulang ke kampung ayahku di Sabak Bernam, Selangor. Kebiasaannya kami sekeluarga akan menziarahi pusara atukku di sebelah petang 30 Ramadhan sebelum terus ke rumah nenek. Rasa excited sangat-sangat tu tak ada lah, Cuma biasa-biasa saja. Mungkin sebab dah meningkat dewasa. Tidak seperti di zaman kanak-kanak dulu, bila tiba time nak balik kampung je, sibuk lah kita mengemas pakaian, seronok sangat untuk berjumpa sepupu-sepupu yang akan berkmpul di rumah nenek aku. Tapi sekarang ni, masing-masing dah besar, buat hal sendiri-sendiri ajelah. Malam raya apa yang aku buat eh? Aku dan ibu serta seorang sepupuku meredah kesibukan pekan yang dibanjiri ribuan warga kota yang pulang ke desa. Cadangnya nak cari beberapa keperluan yang be...

::Balik ..Balik...Tak Gheti-gheti ker??::

Image
Pejam celik-pejam celik rupa-rupanya dah seminggu berlalu. Tak sedar pun perjalanan selama seminggu berlalu begitu saja. Ish aku masih tak puas bercuti! Dan tak puas jugak nak beraya ke rumah sedara mara nak kutip duit raya untuk bermaaf-maafan. Semalam bila masuk opis je, ingatkan boleh la bekerja dengan lebey bersemangat, tup tup tup haaaaaaaaa ambekkkkk ko, keje belambak dihidangkan oleh bos aku.. Sedey. Terpaksa la akur dengan lumrah kehidupan. Apa-apa pon raya tahun ni kira ok jugak la, banyak pengalaman baru dikumpul!! Apakah itu?? hahah tunggu jelah entry raya aku nanti..malas nak menaip skang ni... Huhuhuhu...PEACE! Jemput makan kuih....

::Balik Kampung::

Image
B ila dah dekat-dekat nak Raya nih, mesti semua orang terpikir pasal nak balik kampung, bercuti untuk berhari raya bersama keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Ada pula yang tengah pening kepala pikir samada cutinya diluluskan atau tidak dan ada juga yang bergaduh laki bin i, berebut nak balik kampung masing-masing [lumrah hidup...pepandailah manage ]. Aku? Aku takda masalah nak balik kampung, cuti pun dah approve , 4 hari pulak tuh!!! Isnin [29 Sept], Selasa [30 Sept], Jumaat [3 Sept] dan Isnin [6 Sept] . Amacam? Jeles tak? Hahahha. Tapi kat sini bukan nak citer pasal cuti raya, aku nak citer pasal balik kampung baru-baru nih. Lepas jer kerja aku terus berdesup meredah jem kat Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung. Kalau lambat-lambat nanti terpaksa pulak berbuka puasa dalam kereta. Nak tak nak aku pun dah siap packing baju semua letak dalam kereta di awal pagi lagi. Alhamdulillah sempat juga sampai di rumah sebelum berbuka setelah lebih 2 jam perjalanan. Penat ler jugak tapi se...

::Malam Tadi::

Image
M alam tadi, masa aku tengah dok sorang-sorang lepas solat terawih, tetiba pulak terkenang zaman-zaman susah masa study dulu. Macam-macam benda kena buat sendiri, dah la jauh dari mak bapak, sedara mara apatah lagi. Kena pandai-pandai bawak diri kat tempat orang. Really stress sebenarnya. Nasib baik la aku boleh control semua tu dan Alhamdulillah , berjaya juga menamatkan pengajian. Siapa sangka budak kampung macam aku ni boleh berjaya?? Hahahaha ramai yang tak percaya sebab aku ni dulu masa kat sekolah bukan pandai sangat. Lembab..sampai sekarang pun rasanya masih lembab jugak, terutamanya kalau buat benda-benda yang aku tak minat. Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini. Aku tetiba perasan sesuatu, kalau waktu susah je, selain aku berdoa kepada Allah supaya kurangkan beban aku, aku sebenarnya ada lagu-lagu menaikkan semangat. Huhhuhu tetiba tersenyum sendiri. Ahhhh peduli apa kan? Aku rasa ramai yang ada cara macam aku. Sebenarnya banyak lagu yang selalu aku dengar kalau aku...

::Bosan::

Seolah-olah baru lepas dari penjara!! Haa tu dia yang aku rasakan sekarang nih. Hujung minggu aku yang lepas aku dok berkurung kat umah tanpa berhubung dengan dunia luar. Dah la member-member semua balik kampung. Ish nasib baik ada citer best yang aku baru download. Tajuknya " Coffee Prince Shop " - citer korea. Selama dua hari berturut-turut aku layan citer tu...best...[17 episode = 17 jam] Apa lagi yang aku buat?? takda apa.. bosan.. Bosan .. BOsan ... BOSan ... BOSAn ... BOSAN !!! --Aku berpuasa--

::Busy Kerja???::

Salam... sempena bulan Ramadhan ni, gue dah kurangkan sket aktiviti-aktiviti melepak yang selalu gue buat seperti menonton wayang, teater, lepak kat kedai mamak dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Kalau tak percaya cuba tanya encik Deennasour ! Tetiba pulak harini gue ternampak satu email yang sebenarnya dah lama member gua hantar tapi baru harini berkesempatan membacanya. Baca-punya baca, macam sesuai pulak untuk di kongsi bersama anda semua. Almaklumlah, banyak di antara kita yang sudah bekerja dan ada juga yang bakal berkerjaya! jadi renung-renunglah cerita dibawah ini:: Email berbunyi begini:: Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata semalam dalam radio Era pukul 8.30 malam (bunyi lebih kurang macam ni la) :- " Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ... Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja , hasilnya ...

::Cempedak oh Cempedak::

Image
PUASA!!!!!!!!!!!!!! YESSSS…Yesssss!!!! Akhirnya tiba jua bulan yang penuh barakah ini. Bulan mencuci segala dosa, bulan yang membimbing ummat ke arah yang diredhai Allah .. Mudah-mudahan amalan kite semua diterima oleh-Nya… AMIN… Bulan-bulan pose ni seronok jugak kalau kiter cerita pasal makanan kan? Ish tetiba je teringat kat kuih-kuih raya yang mak gue buat kat kampung! Tempahan pun ...Alhamdulillahhhh bertambah-tambah tahun ni. Tapi gue malas nak citer pasal kuih raya skang ni. Nak citer pasal buah cempedak dan gaya penyiapannya. Uik...apakah itu? Mai sini gue ceritakan satu-persatu. Sempena hari kemerdekaan tempoh hari, bersamaan 31 Ogos 2008 , gue yang pada ketika itu berada di kampung telah di pelawa oleh Pak Long gue untuk menjengah kebun cempedaknya. Wow bukan senang nak dapat invitation pegi kebun nih. Gue pun pergilah bersama ibu dan bapa gue skali. Wahhhh sampai je kat kebun@ dusun cempedak tu, amatlah terperanjatnya gue tatkala melihat berdoyon-doyon (ikut slang Julia...

::Cancel semuanya!::

Hujung minggu lepas, macam-macam plan dah sebenarnya yang aku buat tapi semuanya hampeh..tak jadi semuanya! Semuanya gara-gara housemate aku yang memperkenalkan awek terbarunya kepada aku!!!! Apa lagi kami pun belasah arrr ramai -ramai! Sehari suntuk awek Nyel kene main! Hahahaha don't get me wrong ...awek si Dhaniel tu adalah game PS2 yang baru di 'songlap' daripada abangnya! Ish barulah aku tau nikmatnya main PS2. Sebelum ni aku hanya siap mengutuk-ngutuk bekas -bekas housemate aku masa stady dulu sebab tak ghenti-ghenti main PS2 sampai ke pagi!...rupanya memang candu!!! Yang paling hampeh, bila plan aku nak ke MAHA 2008 untuk kali ke dua pon ter' Cancel '! Nasib bek dah pegi sebelum tu. Ish-ish-ish apa nak jadi muda-mudi zaman sekarang... kuikuikui let's play!!!! - ish game apa plak nak maen yerk ...??

::Kak Era's Wedding~Johor Here We Come!!::

Image
Sejak akhir-akhir ni memang tak pernah terluang waktu hujung minggu gue. Mana tidaknya, ada je orang menikah, kawin, kenduri nyambut pose, kenduri naik buai dan macam-macam kenduri lagi lah.. Kalau sape-sape pernah terbaca entry-entry gue seblum ni, mesti ingat citer pasal Kak Era , my cousin . Ha, minggu lepas, bersamaan 16 Ogos 2008 , kami semua (keluarga dari Perak) beramai-ramai ber konvoi ke Kota Tinggi, Johor. Seronok jugak bula dah ramai-ramai sekali bergerak. Macam-macam kerenah ada! Kalau tak silap gue dulu pernah pergi ke Kota Tinggi, itu pun zaman pra remaja hehehe, dah lama jugak gue tak pegi ke sana. Jalan pun ingat-ingat lupa. Kalau dulu, gue ke Kota Tinggi, kerana bercuti dengan kengkawan. Tetiba teringat kat Herman , ngan Shah , anak jati Kota Tinggi. Kalau diorang tak bawak gue, idak ler gue merasa pergi ke Kota Tinggi dulu. Ok lupakan kisah dulu. Kami ke Kota Tinggi dengan berkonvoi 5 biji buah ker eta . Best kan! Bertolak dari KL jam 11.00 pagi. Sebenarnya dah...