"And the two seas (kinds of water) are not alike: this is palatable, sweet and pleasant to drink, and that is salt and bitter. And from them both you eat fresh tender meat(fish), and derive ornaments that you wear. And you see ships cleaving (the sea-water as they sail through it), that you may seek of His Bounty, and that you may give thanks" (Al-Fathir:12)
Facebook (FB). Aku yakin, hampir separuh daripada kengkawan yang aku kenal masing-masing ada FB sendiri. Tak payah lah aku nak terangkan apakah itu FB. Korang lebih tahu kot?
Semenjak dua menjak ni aku dah jadi giler FB!! Hahahah samapai nak tido pon kena layan FB dulu sampailah aku tetidur depan laptop aku. Tak ke meroyan namanya tu? Aku tau ada juga golongan yang tak minat layan FB ni, katanya leceh la, serabut la dan macam-macam lagi. Terpulang pada individu itu untuk menilai.
Ok Ok sebenarnya kat entry ni bukan aku nak tolong promote FB, cuma aku nak mencoretkan terima kasih aku kepada FB kerana telah mempertemukan kengkawan zaman persekolahan aku dulu yang dah 15 tahun aku tak jumpa! Huh lama kan? Sebenarnya lepas je sekolah menengah, aku langsung lost contact dengan teman-teman sekolah. Bukan semua la...
Yang aku nak citer kat sini, kehebatan FB. Adalah satu hari ni, sorang member sekolah aku add aku kat FB dia. Aku pon tak tau la mana dia dapat address FB aku, mungkin dia google kot hahahaha! Sejak dari tu, haaaaaaaah mula bertambah-tambah member sekolah yang aku dah lama tak contact, add aku dan aku pon add jugak diorang.. Lama-kelamaan, hampir satu batch dah jadi member FB aku! Suka!!!!.
Siapa sangka, bukan main lama tak jumpa, 15 taun tuuuuu .....lama tau! Akhirnya salah sorang dari kami yang sangatlah baik hati dan rajin telah mengaturkan satu gath untuk kami semua. Memula tu aku rasa macam segan pulak nak pergi gath ni...almaklumla, bile dah lama tak jumpa, mestila timbul rasa-rasa malu hahahahaha. Tapi bile tiba waktunya, aku gagahkan jugak diri menjejakkan kaki ke tempat yang dijanjikan. Alhamdulillah, ramai yang muncul!!! Memang kecoh la jugak masa tu, main futsal dan makan-makan adalah aktiviti kami pada hari itu! Suka lagi!!!
Masa gath ni la masing-masing timbulkan kisah-kisah silam, isu-isu lama yang dah jadi lipatan sejarah. Scandal-scandal zaman persekolahan dan lain-lain lagi! Lawak betol bile masing-masing bukak cerita. Ramai jugak yang dah beranak pinak!
Thanks to organiser yang bertungkus-lumus menjayakan perjumpaan pertama kami! Aku salute ngan ko Annie and Jijoy! Next time kite buat gath lagi!!!
PEACE!.
Tengah lawan Futsal, @ OU rooftop. Ada juga yang mengumpat sambil menjamu mata... Lepas main futsal, makan time! Inilah kami!
Ni satu lagi citer about last week. Sebelum menjengah ke Tanah Tinggi, aku sempat juga pulang ke pangkal jalan kampung halaman di Perak. Maklumlah, dah alang-alang on the way to Cameron Highlands, singgah la balik kampung. Sekangkang kera je kampung aku ngan Cameron Highlands tu.. Tak jauh mana pon. Bak kata Orang Bukit, sepelaung, Orang di Baruh boleh dengar suara Orang di Bukit! hahahahah..apa da..
Bercakap dengan Orang Bukit nih, atau lebih dikenali sebagai Orang Asli atau kaum peribumi nih, ada la satu cerita best aku nak share kat sini. Untuk pengetahuan semua, kampung tempat aku membesar ni, kaum-kaum utamanya adalah Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Kalau kat sekolah dulu pon member-member sekelas aku pon ada la dua tiga orang dari kaum Asli. Alhamdulillah sepanjang yang aku kenal, ada yang dah berjaya jadi Doktor pulak tuh!
Ok, berbalik kepada cerita yang aku nak share tu. So masa aku sampai di kampung pada hari Sabtu, mak ngan ayah aku mintak tolong hantar barang-barang catering kat bandar. Ada job katanyer. Aku pon bukannya tak biasa nolong orang tua aku, so aku ngangkutla pinggan mangkuk ngan lauk pauk semua ke dewan Komuniti di bandar. Sebetolnya aku tak tau apa program yang ada kat situ. Memula aku ingatkan ada majlis kawin ker, jamuan sempena mesyuarat Agong PUSPANITA ker [mak aku orang kuat PUSPANITA ok!!!] atau yang sewaktu dengannya. Rupa-rupanya hari tu ada Ujibakat Juara Asyik.FM!!! Huh apakebendanya Asyik FM tu??? Aku masuk-masuk jer dalam dewan,.. tuuuuuudiaaa ramai betol Orang Asli tengah dok mendengar orang tengah berkaraoke. (Pertandingan Ujibakat Juara Asyik FM bertujuan mencungkil bakat nyanyian di kalangan Masyarakat Orang Asli.)
Apa yang paling mengejutkan, suara diorang semua best GILER!!! Aku memang tak sangka la suara-suara diorang ni power-power. Malah ada yang lagi sedap dari suara-suara bebudak AF tuh. Huhu!Ada jugak peristiwa-peristiwa lucu yang berlaku, antaranya, ada la dua orang peserta yang tak puas hati nyanyi sekali, siap daftar lagi untuk kali ke dua dan ketiga. Ada jugak yang satu keluarga masuk! Cayalah! Macam-macam gaya dan fesyen jugak!
Pemenang ujibakat ini akan di bawa ke Kuala Lumpur untuk bertanding di peringkat Kebangsaan pulak..Mana tak diorang beriya-iya nak masuk..pegi KL beb! Siapa yang tak nak! hehehhe..
Apa-apa pon, pengalaman 2 hari bekerja ngan mak bapak aku hari tu memang best!! Lepas habis hari kedua tolong parents aku, aku terus gerak ke Cameron Highlands.Best-best, aku tak tau peserta mana yang terpilih sebab aku kena balik awal nak prepare barang ke Cameron Highlands. Tapi apapun, sora depa semua memang best!
PEACE!
Ni salah satu aksi yang sempat aku rakam. Dia masuk 3 kali kalau tak silap aku... hehhe
Rajin tol aka-akak ni nolong mak aku... Sebahagian penonton dan peserta Ready to serve Dewan mula penuh.
tup...tup..dah seminggu berlalu. Habis sudah urusan di Tanah Tinggi Cameron Highlands.
Erk? Cameron Highlands? bile masa lak aku pegi Cameron Highlands? Ha ni yang nak citer ni. Minggu lepas aku kena bertugas di Cameron Highlands...eh bukan bertugas tetapi menghadiri satu kursus yang sangat bermakna.
Sebenarnya dah lama aku tak naik ke tanah tinggi ni walaupun kampung halaman aku terletak betul-betul kat kaki bukit tuh. Hahaha bukan apa, mengenangkan jalan mendaki yang berliku-liku tu yang membuatkan aku memikirkan banyak kali untuk naik ke atas.
Di Cameron Highlands, sebenarnya banyak perkara baru yang aku belajar dan banyak juga tempat-tempat yang aku tak pernah pergi sebelum ni, aku dapat pergi. Antaranya adalah Gunung Berincang, Kilang Teh Boh, Mossy Forest dan Big Red Strawbery Farm!!! Best giler kalau selalu dapat peluang macam ni, belajar sambil berlibur hahahhaa. [ramai ler yang jeles baca statement aku nih] hehhee.
Tempat penginapan aku dan kawan-kawan seluruh Malaysia adalah di Country Lodge Hotel. Aku tak pernah pon menginap di hotel ni sebelum ni, tapi yang paling aku suka adalah makanannya! ya ampunnnn sedap giler masakan kat hotel ni...hotel-hotel lain tak boleh challange ok! Tahniah buat chef dia..tak silap aku nama cheff dia Cheff Rahman, orang utara. [sila google untuk tau lebih lanjut mengenai hotel ini]
Sepanjang 4 hari di Cameron Highland, memang tenang. Tak payah nak pikir masalah kerja kat Putrajaya tuh. Tapi bila dah balik ni, masak la...macam-macam dah tunggu kat opis tu...Aduiii tak boleh nak pikr dah...aku out dulu...nak stanby kepala otak menghadapi hari Isnin esok...ok..babai..PEACE!
Layan gambar sudah...
Geng Motor Besar pun ada yang shopping sayur. Singah di Raju Strawbery Farm pekena Strawbery Cream dulu! Hotel tempat kami menginap Pekan Brinchang. Ladang Teh Boh, Gunung Brinchang Puncak Gunung Brinchang Mosy Forest, Gunung Brinchang Red Strawbery Farm
Akhirnya, setelah sekian lama menyepikan diri dari terlibat dalam dunia seni pentas tanah air, akhirnya minggu lepas, setelah beberapa kali cuba mengatur tarikh-tarikh yang sesuai, akhirnya aku dan beberapa orang teman sekerja berjaya menghadiri ke sebuah pementasan teater yang digembar-gemburkan hebat. Penuh aksi dan menggunakan tekni-teknik yang diimport khas katanya. Ya itulah dia 'Teater Mana Setangginya' arahan seorang Sasterawan Negara ke -7 iaitu Datuk Nordin Hassan. [bukan Deennasour tu yer- yang tu memang dah pupus..ngan blog-blog dia skali...]
Aku sebenarnya agak teruja untuk menonton teater ini. Masuk sahaja ke dalam Panggung Sari Istana Budaya, kami disajikan dengan set pentas yang sangat cantik dan berwarna-warni. Itu sebenarnya yang menaikkan mood aku. Dan persembahan pada malam itu turt disaksikan oleh ex-Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Bilangan pengunjung juga ramai, sehingga penuh panggung sari. Kebanyakkannya terdiri daripada beberapa badan amal yang menaja beberapa buah sekolah [agaknya] bagi menonton persembahan tersebut. SINOPSIS
Secara ringkas- Mana Setangginya mengisahkan penduduk sebuah perkampungan nelayan menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil ponhon setangginya. Nelayan ini dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat.
Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.
Juda [Tony Eusoff], iaitu anak Hawar mengahwini kekasihnya Iriam [Sabrina Ali], iaitu anak Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat menabur fitnah akan asal usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lalu, dia dan ayahnya mengiktirafkan kedudukan mereka sebagai ‘raja’. Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam datang membebaskan paderi tapi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.
Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dashyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya.
Antara pelakon terkenal yang menjayakan persembahan teater Mana Setangginya ini ialah Azizah Mahzan [Kak Mira], Shaharuddin Thambi [Hawar], Tony Eusoff [Juda] dan Sabrina Ali [Iriam].
Ulasan aku:
Persembahan pembukaan yang hebat, set pentas yang menarik dan tidak membosankan.
Pencahayaan yang baik menjadikan jalan cerita teater ini sangat menarik.
Lagu-lagu yang di persembahkan biasa-biasa saja...
Para pelakon yang melakonkan watak-watak utama sangat sesuai mengikut watak masing-masing.
Jalan cerita yang sangat mendalam, sehingga memaksa otak kanan aku bekerja keras untuk terus bersama di dalam perjalanan cerita tersebut.
Kelainan yang ditonjolkan? tiada...biasa-biasa sahaja.
Kemuncak kepada cerita adalah di akhir babak iaitu di Kota Gemilang. [Part nih paling aku suka dan tak mengantuk]- di sinilah tergambarnya segala kejahilan manusia. Semuanya sikap buruk manusia dilakonkan dari yang meminum arak, menipu, gay, khurafat, dan sebagainya.
Setiap watak yang dilakonkan sebenarnya adalah simbolik kepada satu-satu perlakuan. Sememangnya itu adalah satu kelainan, tapi bagi kanak-kanak [yang ramai menonton malam itu] aku rasakan ianya tidak begitu sesuai. Mampukah mereka menafsir segala maksud tersurat dan tersirat yang dipentaskan????
Secara keseluruhannya, teater ini merupakan sebuah karya hebat yang mampu untuk memartabatkan industri seni persembahan negara. Namun sekiranya lebih banyak peluang dan skongan diberikan kepada teater ini, aku rasa persembahannya akan lebih menonjol dan outstanding, setanding dengan teater-teater bertaraf antarabangsa yang lain di Malaysia.
PEACE!.
Antara pelakon teater Mana Setangginya.. Set Pentas Panggung Sari Babak akhir Barisan pelakon utama Teater Mana Setangginya
Orang kata kalau dah Jerebu ni, duduk je la kat rumah, sebab macam-macam penyakit boleh dapat, maklumla persekitaran tengah sakit. Tapi, surprisingly, time-time jerebu macam ni aku boleh pergi ber'picnic' pulak!!! Hahahaha memang buang tebiat. Dan hasilnya aku sekarang ni tengah tersiksa kena flu.. Nasib baik bukan H1N1..huhuhu nauzubillah.
Kisahnya begini, aku ada la beberapa plan unttk hujng minggu lepas, samada indoor activitiy [which is lebih sehat] ataupun outdoor activity. Hmmm pada yang dah memang kenal sangat dengan aku, mestilah korang dah boleh agak apa yang aku pilih kan? Yup semestinya outdoor activity. Jadi aku dan beberapa orang sepupu aku yang memang duduk dekat area KL ni, pun pergilah berpicnic di Hutan Lipur Sungai Tua. Bukan jauh mana pon, dalam selangor jugak. Dalam Daerah Selayang rasanya. Pepagi buta lagi aku dah bergegas ke rumah sepupu aku di Shah Alam. Janji nank naik sekali satu kereta, so memandangkan aku belum pernah naik kereta 'baru' dia, aku pon teringin la nak menumpang. Dalam pukul 8.30 pagi kami bertolak dari Shah Alam ke Selayang, 4 orang lagi sepupu kami juga bertolak pada masa yang sama rasanya, diorang masing-masing dari Sungai Buloh dan Seri Kembangan. Jadi kami semua merancang untuk berkumpul terus di Hutan Lipur Sungai Tua.
Tiba di tempat yang dituju, orang tak ramai lagi, mungkin masih pagi dan keadaan jerebu juga menjadi faktor. Kami pon melepak la di satu port yang agak startegik la. Apa lagi acara mandi manda pon bermula. Lama-kelamaan orang/pengunjung pun makin ramai. Aku ingatkan musim-musim jerebu ni takde la ramai orang yang nak berkelah tapi, ramai jugak yang gile macam kami! Hahaha.
Sempat juga aku menjelajah ke sekitar kawasan Hutan Lipur Sungai Tua tu. Menarik jugak sebab macam-macam benda aku jumpa. Ok, tak tau nak cerita apa lagi, still lemah-lemah badan. Hari ni satu hari aku tak keluar rumah, duduk berkurung dalam bilik dan tido. Hopefully esok dah sehat. Ok bye.
Very simple and easygoing. humble(hehehe)but have a bit proud!, luv making fren with every human being who deserve a good fren like me! Outdoor person, join 'lepaking' everywhere on earth.(invite me)...plz write anything about me especially the best thing. Be honest and responsible.That's the difference between me and the rest of the world! Happiness isn't good enough for me! I demand euphoria!!!!