Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Perkara Paling Sadis

Assalamualaikum!!!

Apa perkara paling sadis yang pernah berlaku kepada seorang peloncong yang baru balik melancong? Macam-macam perkara kan...lain orang lainlah kisahnya. Tapi bagi aku ada beberapa perkara yang aku rasa terkilan kalau ianya berlaku.
Yang pertama:
Gambar-gambar yang aku ambil sewaktu travel, semua hilang! Aduh..memang ngeri kalau perkara ni berlaku!!! Memang tak dapat dimaafkan even kepada diri aku sendiri. Kenapa? Sebab semuanya di atas kecuaian diri sendiri. Tapi benda nak jadi kan....kita tak boleh memutarkan balik masa. Pengalaman paling ngeri aku berkaitan perkara ini adalah, sewaktu aku ke Korea Selatan 2 tahun lepas. Bukan main banyak gambar aku ambil, menggunakan kemera compact Canon ixus milik bapak aku dan juga kemera handpone Sony EricssonC905 milik aku sendiri (sekarang dah jadi arwah di dasar laut Pulau Pangkor agaknya). Puasla posing sana sini..asal pergi site visit saja wajib ada gambar. Pada mulanya semua ok. Sehinggalah aku balik ke Malaysia, entah maca…

Putrajaya: Laluan ke Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan

Assalamualaikum!!!

Ramai yang dah tahu Putrajaya merupakan sebuah Wilayah Persekutuan yang sangat indah dan moden. Tapi bila sampai di Putrajaya, ramai pulak yang sesat larat, mungkin sebab sistem jalanraya dan sistem papan tanda penunjuk arah yang tak berapa nak sofistikated kot? Masih ada ruang untuk pembetulan. Bagi aku dua perkara ini amat penting memandangkan Putrajaya menjadi tumpuan dunia, ramai yang datang ke Malaysia pasti akan singgah di Putrajaya, paling tidak pon comfirm akan lalu tepi Putrajaya dari KLIA(Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) atau LCCT(Lapangan Terbang Tambang Murah) untuk ke Kuala Lumpur. Itulah hebatnya perancangan pemimpin terdahulu, segala-galanya teratur dengan rapi.

Berbalik kepada masalah jalanraya dan tempat-tempat di Putrajaya, aku selaku warga yang telah berkhidmat selama enam tahun di Putrajaya ni pon kadang-kandang tak reti nak bagi direction kalau ada orang bertanya akan tempat-tempat tertentu. Jadi sebagai langkah permulaan, aku rasa ad…

Pertunjukan Bunga Api di Floria 2011

Assalamualaikum!!!

[Sambungan dariSINI]

Malam hujung minggu lalu aku berkesempatan untuk ke Floria 2011 sekali lagi, misi kali ini adalah untuk melihat pertunjukan bunga api yang katanya diadakan selama seminggu!! Setiap hari! Jadi dengan bertemankan seorang sipu, aku dan dia mengatur janji.
Malam tu memang sesak dan jem! Maklumlah dah hujung-hujung pesta, mesti ramai yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan pestaFloria 2011. Sehingga kereta pon aku kena letak agak jauh, tapi berbaloi sebab masa balik aku tak tersekat dalam jem! Hehehe.
Sampai-sampai je di Putrajaya, mata terpegun melihat deretan bot-bot berhias indah di atas tasik Putrajaya! Memang cantik dan memukau. Paling best mestilah bot berhias dari Negeri Perak, bukan saja cantik tapi meriah dengan celoteh jurumudinya serta dendangan lagu-lagu rakyat Negeri Perak di atasnya. Memang happening habis!
Pertunjukan bot berhias dijalankan sehingga jam sepuluh malam sebelum memberi laluan kepada pertunjukan bunga api.! Memang tak sabar…

Lagi Aksi Floria 2011

Assalamualaikum!!!!
[Sambungan dariSINI.]
MoodPesta Flora belom reda. Masih ada beberapa hari lagi sebelom Pesta Flora 2011 melabuhkan tirainya. Hmmm teringin jugak nak pergi amek gambar sebelah malam...dengar cerita setiap malam ada pertunjukan bunga apai sempena Pesta Flora ni.

Banyak sebenarnya sempena Floria 2011 ni, bukan setakat pameran bunga-bungaan dari pelbagai agensi Kerajaan mahupon Swasta, bahkan ada juga pertandingan-pertandingan yang dijalankan antaranya pertandingan fotografi dan pertandingan melukis! Memang menarik bila melihat aksi-aksi peserta yang pelbagai! Mungkin banyak lagi pertandingan yang ada tapi yang sempat aku tembak hanya pertandingan melukis sahaja.

Dan yang pasti, sesiapa yang masuk pertandingan melukis tu mesti dah kira orang-orang yang professional dan berbakat semulajadi. Tengok gaya pon tau dah siap dengan set lukisan bagai.
Masa hari pertama Floria, aku sempat juga bertembung dengan Perdana Menteri Malaysia, Pak Najib. Hehehe masuk yang ni dah dua k…

Teater Mak Dara Nyonya - MATIC

Assalamualaikum!!!

Projek teater diteruskan walaupun dah lama terbengkalai. Kali ni tak pasal-pasal pergi tengok teater Mak Dara Nyonya di Malaysia Tourism Centre, MATIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Betul-betul berseblahan dengan Saloma Bistro.

Pada mulanya aku tak berapa tahu sangat kisah teater Mak Dara Nyonya ni. Sangkaan awal mungkin cerita mengenai kebaya nyonya hikhikhik..Tapi bila baca sinopsis baru la paham, sebenarnya kisah Mak Dara Nyonya ni merupakan dua buah kisah yang tiada hubung kait langsung di dalam satu persembahan.

Kisah yang pertama:  Mengenai monolog seorang usahawan wanita tersohor di Malaysia,Mak Dara yang mengasaskan empayar Jamu Mak Dara juga penyumbang utama teater ini. Kisah hidup wanita ini dari sebelum beliau dilahirkan, zaman kanak-kanaknya, kesusahan yang dihadapinya di zaman remaja, pergolakan rumah tangga, kesempitan hidup dan akhirnya kejayaan beliau menubuhkan empayar jamu yang merubah hidupnya dan anak-anaknya. Semuanya berjaya dikisahkan dengan b…