2011-07-13

Lagi Aksi Floria 2011

Assalamualaikum!!!!

[Sambungan dari SINI.]

Mood Pesta Flora belom reda. Masih ada beberapa hari lagi sebelom Pesta Flora 2011 melabuhkan tirainya. Hmmm teringin jugak nak pergi amek gambar sebelah malam...dengar cerita setiap malam ada pertunjukan bunga apai sempena Pesta Flora ni.

Banyak sebenarnya sempena Floria 2011 ni, bukan setakat pameran bunga-bungaan dari pelbagai agensi Kerajaan mahupon Swasta, bahkan ada juga pertandingan-pertandingan yang dijalankan antaranya pertandingan fotografi dan pertandingan melukis! Memang menarik bila melihat aksi-aksi peserta yang pelbagai! Mungkin banyak lagi pertandingan yang ada tapi yang sempat aku tembak hanya pertandingan melukis sahaja.

Dan yang pasti, sesiapa yang masuk pertandingan melukis tu mesti dah kira orang-orang yang professional dan berbakat semulajadi. Tengok gaya pon tau dah siap dengan set lukisan bagai.

Masa hari pertama Floria, aku sempat juga bertembung dengan Perdana Menteri Malaysia, Pak Najib. Hehehe masuk yang ni dah dua kali aku bertembung secara terang-terangan dengan dia. Rejeki nak melihat Pemimpin katanya.

Memang banyak kali dah aku jejakkan kaki ke pesta flora ni, antara satu sebabnya aku nak mencuba pelbagai teknik menembak dan aku suka berkumpul dengan kawan-kawan. Sebab masa ni je lah yang ada untuk kita bertukar-tukar cerita dan mengusik di antara satu sama lain. Alhamdulillah, aku masih ada kawan.

Ok jom sambung pergi Pesta Flora lagi, sehingga 17 Julai 2011. Masih banyak masa bagi sesiapa yang belum berpeluang menghadirinya.

PEACE!










12 comments:

  1. ishkkkk macam aksi keme je yang last tu.... [mood muncung ikan]

    ReplyDelete
  2. Masmz

    Mood muncung ikan..sama kan kan kan..

    ReplyDelete
  3. nice!gambar bunga bawah keta tu mmg cun..pakai lense mata ikan ker?

    ReplyDelete
  4. Fika79

    Jenuh saya cari mana bunga bawah kereta... Rupanya gambo bunga bawah gambo keter haahahahaha *gelak guling2.

    Haah pakai fisheye pinjam org punye. :p

    ReplyDelete
  5. aku tak minat bunga..yg aku minat adalah gambar nih..hebat bro..

    ReplyDelete
  6. Pencacai Alim:

    Thanks bro, gambar biasa2 aje.

    ReplyDelete
  7. huiyo bro.. gune fish-eye-lens eh? bila la nak pegi floria nih

    ReplyDelete
  8. Kemang:

    Ha ah pakai mata ikan. Pinjam org punyer. hehehe

    Ala floria dah habes la semalam.... Takpe taun depan pg la. hehe

    ReplyDelete
  9. Bdk2 a.k.a John

    Thanks bro for kaming. Thanks again.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!