Assalamualaikum!!!
[Sedutan dari entry terdahulu di sini]
Rasanya dah meleret-leret dah kisah Langkawi aku tulis kat sini, tapi rasa teruja nak menulis tu masih membuak-buak. Oklah ini merupakan entry penutup kepada kisah percutian di Langkawi. Selepas penat dua hari meronda-ronda Pulau Langkawi, maka hari ketiga adalah hari untuk pulang.
Kami bergerak dari Pantai Chenang ke Jeti Kuah pada jam 8.00 pagi. Target kami adalah untuk menaiki feri ke Kuala Perlis pada jam 10 pagi. Malangnya tiket feri untuk pukul 10 dah habis. Akhirnya terpaksa naik feri jam 11.30 pagi. Dalam pada tu sempat lagi bershopping di jeti kuah!.
Kami bersarapan pagi di sebuah kedai mamak di dalam terminal feri. Aku tak ingat apa nama kedai mamak tu. Lama jugak melepak kat kedai mamak tu sambil mencuba merakam video-video melalui kacamata ikan. Fuh mantop! Tapi apakan daya, hari terakhir baru ada mood nak rakam video!

Gigih kan! |
Selepas makan tengahari, kami terus bergerak pulang ke Ipoh, kemudian singgah ke kampung aku, kemudian ke Kuala Lumpur. Perjalan mengambil masa 11 Jam merentasi 5 Negeri dan 2 Wilayah Persekutuan. Penat tak usah cerita la sampai naik krem dah kaki aku ni. Tapi tak apalah demi percutian ianya agak berbaloi.
Ok sekian sahaja kisah percutian di Langkawi. Semoga ada lagi yang menarik menanti selepas ini.
PEACE!!!
Menulis untuk,
5 entri untuk percutian 3 hari 2 malam (ishk should i count more??? 4 hari 3 malam???), hehehe.... memang percutian yang berbaloi kan!!!
ReplyDeleteTerima kasih Janggel :D
Masnona Abdul Aziz
ReplyDeleteHuh kurang sket jer dari Bali...naseb bek tak buat versi Tips and Tricks...kalau tak jadi seploh entry dah! hahahhaa
mesti borong sakan coklat nih p langkawi..ye restoran bawal tu ramai ckp sedap..sedap ye?xpenah lg p try mkn kat situ walhal dekat je..hahaha
ReplyDeleteMs Kertas
ReplyDeleteHahah takde sakan pon, mode kayap tau.
Hmmm ntah tatau nak cakap best ke tak restoran tu, kalau pg siang sangat panas sebab atap zink. Try la pi.
suka semua gambar yang ada dalam blog ni !! :)
ReplyDeleteMarya hana
ReplyDeleteTQ sebab menyokong saya dan kawan2 . Hehhehe
next trip mana en janggel??!
ReplyDeletebaru2 ni tgok mjlah 3, mcm best je Trans Studio at Bandung,indoor theme park..
if u hav any info, please forward to me..best je tgok..
padan le Putrajaya & Ipoh mula jem...
ReplyDeleteada orang dah balik dari becoti sakan di langkawi..(heheh..cabuttt..)