2011-07-11

Pesta Flora 2011 : Putrajaya

Assalamualaikum!!!

I'm back! Banyak betul event berlaku minggu ni samada yang HALAL atau yang HARAM. Tak kisahlah apa pun, yang penting hidup mesti diteruskan, ye tak?

Ok antara yang menarik minggu ini adalah berlangsungnya Pesta FLora Tahun 2011 atau nama glamernya FLORIA 2011. Dikesempatan ini, aku tidak melepaskan peluang untuk menjengah acara tahunan yang berlangsung di Putrajaya, Presint 2.

Sedikit info mengenai Floria 2011, acara ini berlangsung selama seminggu bermula 9 Julai 2011 dan akan berakhir pada 17 Julai 2011. Apa lagi, masih sempat lagi kepada sesiapa yang belum berkesempatan ke sana.

Aku dan beberapa kawan (biasa la muka-muka itu juga) telah menerjah Floria 2011 bermula hari pertama dan bersambung ke hari kedua. Sebab teruja punya pasal, dan semangat nak menembak menjadikan perjumpaan bersama kawan-kawan kali ini amat bermakna. Apa yang dapat dilihat, tema Floria 2011 kali ini adalah Bunga Ros atau Mawar. Jadi memang banyak bunga ros di sana-sini dan baunya amat memukau!.

Pesta Flora kali ini juga rasanya tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Mungkin masa aku pergi tu masih di peringkat awal, jadi masih banyak persiapan yang belum sempurna. Takpa akan ku jengah lagi kemudian.

Apa yang penting, acara-acara begini selalunya mengeratkan pertalian persahabatan di antara kami! Susah sebenarnya kalau nak berkumpul saja-saja, tapi bila minat mengatasi segalanya, semua benda boleh ditinggalkan di belakang! Hahahhaa.

Ok, malas nak berceloteh panjang. Boleh tengok gambar-gambar yang aku tembak menggunakan kanta ihsan kengkawan. Sekian...

PEACE!

 
Kagum dengan Pakcik ni...semangat kental! Ni baru namanya OTAI!
 
 





2 comments:

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS