Assalamualaikum!!!
Ramai yang dah tahu Putrajaya merupakan sebuah Wilayah Persekutuan yang sangat indah dan moden. Tapi bila sampai di Putrajaya, ramai pulak yang sesat larat, mungkin sebab sistem jalanraya dan sistem papan tanda penunjuk arah yang tak berapa nak sofistikated kot? Masih ada ruang untuk pembetulan. Bagi aku dua perkara ini amat penting memandangkan Putrajaya menjadi tumpuan dunia, ramai yang datang ke Malaysia pasti akan singgah di Putrajaya, paling tidak pon comfirm akan lalu tepi Putrajaya dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) atau LCCT (Lapangan Terbang Tambang Murah) untuk ke Kuala Lumpur. Itulah hebatnya perancangan pemimpin terdahulu, segala-galanya teratur dengan rapi.
Berbalik kepada masalah jalanraya dan tempat-tempat di Putrajaya, aku selaku warga yang telah berkhidmat selama enam tahun di Putrajaya ni pon kadang-kandang tak reti nak bagi direction kalau ada orang bertanya akan tempat-tempat tertentu. Jadi sebagai langkah permulaan, aku rasa ada baiknya aku berkongsi serba sedikit mengenai tempat tempat di Putrajaya sebagai rujukan kepada sesiapa yang hendak ke sana.
Tempat-Tempat Tumpuan: MASJID PUTRA
Selalunya, kalau pelancong-pelancong atau orang luar yang masuk ke Putrajaya, tempat utama yang mereka nak pergi adalah di Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi). Kedua-dua masjid ini merupakan landmark kepada Putrajaya dan merupakan senibina yang unik dan menarik. Kedua-duanya juga mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Jadi bagaimana nak pergi ke Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan ni?
Ok, biar aku jelaskan. Masjid Putra (kubahnya berwarna merah jambu) terletak di Presint 1, Putrajaya. Sebaik-baiknya, sesiapa yang pertama kali ke Putrajaya mendapatkan gambaran awal bagaimana kedudukan Putrajaya sebenarnya.

Masjid Putra berkubah merah. SUMBER GAMBAR: andesya@photography [cik gugle] Info lanjut: http://www.masjidputra.gov.my |
Kotak Merah adalah TOL PUTRAJAYA [MEX HIGHWAY - E20] Kotak Biru adalah lokasi MASJID PUTRA, Putrajaya Garisan BIRU adalah laluan dari TOL PUTRAJAYA ke MASJID PUTRA |
Daripada Tol Highway MEX di Putrajaya ikut papan tanda Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Puchung iaitu belok ke kiri sebaik sahaja keluar dari tol. Tetapi awas kerana terdapat satu lagi simpang di sebelah kiri untuk laluan motorsikal yang agak mengelirukan.
Setelah masuk simpang kiri, jalan terus mengikut papan tanda Putrajaya. Abaikan papan tanda-papan tanda lain! Perhatikan di sebelah kiri anda samada anda telah melepasi jejantas Lingkaran Putrajaya yang agak besar dan pastikan di sebelah kiri anda ada HOSPITAL PUTRAJAYA [KOTAK MERAH]. Sejurus nampak Hospital terus masuk ke simpang kiri ke Lebuh Sentosa dan susr ke kiri lagi menghala ke atas jejambat Persiaran Barat. Pastikan anda bersedia untuk ke kanan di traffic light di atas jejambat.
Hospital Putrajaya dari arah Lingkaran Putra [Sumber Gambar: Cik Gugle] |
Kotak Merah adalah Hospital PutrajayaGarisan BIRU adalah laluan dari TOL PUTRAJAYA ke MASJID PUTRA |
Kotak Merah adalah Jambatan Perdana Putra Garisan BIRU adalah laluan dari TOL PUTRAJAYA ke MASJID PUTRA Simbol B adalah lokasi Masjid Putra, Putrajaya. |
Fuh tergeliat jugak lidah nak bagi penerangan kalau macam ni kan? tapi ini aku tunjukkan jalan paling mudah. Kalau ada yang nak ikut jalan belit-belit aku tak kisah pon. Ikut suka korang la kan.
Bagi Presint 1 hingga Presint 5 kesemua Bangunan Pentadbiran Kerajaan ditempatkan di sana. Senang cerita, sepanjang-panjang Lebuh Perdana tu adalah Presint 1 hingga Presint 5. Jadi semua pejabat Kerajaan ada di situ.
Tempat-Tempat Tumpuan: MASJID SULTAN MIZAN
Masjid Sultan Mizan terletak di Presint 3, bersebelahan dengan Presint 4, maksudnya di sempadan di antara Presint 3 dan Presint 4 di mana terdapat juga Istana Kehakiman (Mahkamah Persekutuan) di sana. Kalau nak diikutkan, memang senang nak cari ketiga-tiga landmark ni sebab saiznya yang sangat Mega dan cantik. Kalau jumpa bangunan-bangunan yang BERKUBAH tu, komfirmla samada Masjid atau Mahkamah.
Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) di Presint 3, Putrajaya |
Tapi aku nak bagi tips kepada sesiapa yang first time datang ke Putrajaya, kalau boleh pergilah cari Masjid Putra dulu. Dari sana, kita boleh terus bergerak lurus menghala ke PICC (Putrajaya International Convention Centre) yang terletak di hujung Putrajaya. PICC boleh dilihat dari Masjid Putra. Jadi, dua landmark utama ni sebagai pemacu arah. Bergerak dari Masjid Putra, merentasi Presint 2, Presint 3, Presint 4, Presint 5 dan Presint 6, anda dapat melihat pelbagai bangunan menarik dan kompleks kerajaan di kiri dan kanan anda. Masjid Sultan Mizan ada di Sebelah kanan di Presint 3.
Kotak merah adalah lokasi Masjid Sultan Mizan |
Ok nanti aku sambung lagi perihal Putrajaya.
SUMBER-SUMBER dari http://maps.google.com.my
PEACE!
Hi, Assalamualaykum,
ReplyDeletesaya nak tanya sikit boleh, saya dari Indonesia dan ramadhan ini nak kembara ramadhan di malaysia toru de masjid, dari putrajaya sentral kalau naik bas ke masjid besi saya mesti ambil bas nomor berapa..??
kamu tinggal disini ya..?? di sekitar masjid ada yang jual makanan gak ya..?? saya takut sahur nanti tak dapat cari makan..