2017-04-21

New Zealand - South Island - The Arrival And Magnificent Thought! (Part 1)

Assalammualaikum!!!

InsyaAllah tengah cuba menggagahkan diri untuk mengemaskini blog yang dah kurang sikit sawang ni (sebab semalam dah update blog!) Yeay. Kali ni nak start entry kembara di South Island, New Zealand! Are you ready guys? HAHAH ko dah kenapa nak speaking NZ pulak ni? 

Walau sesukar mana kehidupan harian kita, jangan lupa untuk update blog...(lols motivasi pagi). Ayuh kita mulain!

The Begining

Sebenarnya aku tak tahu nak start dari mana, sebab aku beli tiket ke NZ pun last minit, siap bergolok bergadai bagai hahaha (ok tak caya takpe) demi nak menjejakkan kaki ke sebuah negara yang memang aku nak sangat pergi! Tersenarai dalah wishlist tu! So bila bff ajak pegi, (pakai harga kawan-kawan) so aku macam berat hati lagi...Aku cakap takpelah, maybe next time. Maklumlah masa tu kedudukan kewangan aku agak kucar kacir. Lepas tu, tetau je dah ada yang belikan tiket ! Ehh bukan sponsor bukannnn bukann... mendahulukan duit, sebab nak secure tiket flight. Hahaha nampak tak bertapa sengkeknya aku time tu. OMG kiranya aku memang wajib pergi lah ni kan???? Hampeh betul ada bff macam ni. *Jeling bff*.
NOTA: Harga tiket korang pepandailah google sendiri, ada yang dapat murah dan ada yang dapat mahal, bergantung kepada masa pembelian lah kan. Rancang awal adalah digalakkan.
Nak dijadikan cerita masa yang dinanti pun bakal tiba. Macam-macam persiapan kena buat, especially part nak travel dengan orang-orang yang belum pernah jumpa. Setakat John, Kak Anash, Pae tu dah lali dah tengok muka diorang, tapi ada lagi enam orang yang baharu belum dikenali akan join trip ni, maklumla kami ni menempel trip Kakiberangan Travels...huk huk *batuk*. 

Secara ringkasnya perjalanan AKU akan bermula dari Tawau, Sabah - KL- SYD (transit satu malam) - CHC (South Islands) - SYD - KL- TWU. Ha nampak tak jauhnya perjalanan aku? Hahah terpaksa la gigih kalau nak berkeriangan berganda!

Maka tiba hari yang dinanti, tanggal 10 November 2016 kami pun bertolak dari KLIA2 (sekarang dah pakai balik nama LCCT) untuk ke Sydney, Australia. Di KLIA2 ni lah buat pertama kalinya kami jumpa dengan dua orang auntie ni, Auntie Zu dan Auntie Som, dua dua dah baya mak-mak kami dan mereka sangat sporting! Ha sekarang jemaah ke Sydney dah bertambah jadi 6 orang. So tengahari tu kami pun bertolak ke Sydney dengan hati yang berbunga-bunga, tinggalkan segala masalah kat Malaysia buat seketika.

Jemaah pertama, baru firstime jumpa dua orang aunties ni. 
Ayuh bermula!
Dapat seats belakang skali.
Penerbangan dari KL ke SYD mengambil masa lebih kurang 7-8 jam jugak. Kematu bontot duduk dalam flight, siap berzikir bagai dah, tak jugak sampai-sampai. Dah dua-tiga movie jugak la tengok. Akhirnya lebih kurang 11.00 malam kami sampai ke Sydney. Shukur dapat hirup udara OZ buat kali ke tiga...hahahah ni kali kedua aku jejak Sydney selepas gigih buat road trip jelajah OZ dua tahun lepas (nak baca entry ada, dah siap, jangan kata aku tak update ye sebab masa tu memang tengah rajin membelog). Dari Sydney Airport kami naik uber ke Hostel. Malam tu kami transit kat Westend Backpacker, Sydney. Amik dorm je senang sebab nak tido sekejap je. Esok pepaginya dah nak kelaur explore Sydney dan gerak ke NZ. 

So perlu ke aku skip cerita di Sydney? Ala fokus pada NZ je lah ye. Kat Sydney kami pergi Sydney Opera House, Darling Harbour, Padi's Market, Fish Market, dan... oh ok itu je, tak larat nak berjalan sangat sebab simpan tenaga untuk NZ. 

Dipendekkan cerita, layan gambar je lah.

Bergambar depan hostel di Sydney, memalam ni tatau nak pegi mana.
Esoknya jenjalan di Sydney Opera House
Harbour bridge dikejauhan .
Sydney Opera House dari jauh.
Sydney Opera House dari dekat.
video
Pusing-pusing dulu.

Naik Ferry ke Darlings Harbour.
Jalan kaki ke Paddys Market, masa ni aku dapat offer pindah ke semenanjung! Yeay!
Singgah Sydney Fish Market untuk lunch!
Tudiaaaa sedapnya kelihatan!
Akhirnya, lunch kami.
Bye Sydney!
Kami bertolak dari Sydney ke Christchurch pada jam lebih kurang 9 malam. Penerbangan dari Sydney ke Christchurch mengambil masa lebih kurang 3 jam. Mujur tak lama sangat, so dalam flight kami dok tido je, tak bersosial pun.

Lepak kejap kat airport sementara tunggu siang. Buat macam rumah sendiri ye.
Yeay dah jejak NZ!
Sampai CHC lebih kurang jam 1.00 am waktu tempatan. Alamak awal gila kami sampai, tapi dengan pelbagai drama yang berlaku di Imigresen kaunter, maka kami setel semua urusan pada jam 3 am. Fuh lega weh! Kiranya sementara menunggu pagi, kami lepak dulu di airport, sebab dah deal dengan kereta sewa pada jam 7.00 am. Dan di CHC airport ni kami jumpa dengan sorang lagi ahli jemaah yang naik penerbangan lain, si Ferris. So total ahli jemaah terkini adalah 7 orang.

Settlekan urusan sewa kereta dulu.
Nota: Kereta sewa di  Apex Car Rental boleh check SINI. 
Pepandailah korang deal sendiri dengan company ni. 
Selesai urusan sewa kereta (kami naik Toyota HiAce 12 seater) kami pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama, sebelum tu kena pick up lagi tiga orang jemaah di guest house apa tah, aku tak ingat. Diorang dah sampai awal sebab diorang gerak ke North Island sebelum turun ke South Island. Masa ni aku tengok muka memasing kerek je hahahaha Sally, Kak Aizan dan Diod. Tiga-tiga kerja Bank!

Gloomy!!! Yihhh.
Singgah kat Hill Point amik gambar sementara menuju ke Arakoa. Yang baju cekelat tu Ferris!
Kalau cuaca elok mesti lawa.
Ok dipendekkan cerita akhirnya kami dah cukup korum 10 orang satu van! Destinasi pertama kami adalah Arakoa! (Tapi Auntie Zu panggil Arokiah! Hahaha). Perjalanan dari Bandar Christchurch ke Akaroa mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit (75 km). Sepanjang jalan tu memang gloomy je dan hujan renyai-renyai. Terus mood kami pun moody sama. Kami nak langit biru!!! *nangis dalam hati*.

Akaroa merupakan sebuah pekan kecil gabungan French dan British yang terletak di tengah-tengah lembah Gunung Berapi. Masa kami sampai tu memang tengah hujan gerimis, Tapi pekan tu nampak meriah sebab macam ada pesta apa ntah aku pun tak tau, ada orang kawen jugak. Tapi pekan Akaroa ni memang cantik dan tenang, sesuai untuk orang pencen. Lols.

Pekan Arakoa
Geram tengok bunga-bunga kat sini, semua segar-segar! 
Kat sini kami singgah lama jugak, masing-masing berpecah buat hal sendiri, aku, kak Anash dan Pae jalan kaki pegi Jetty dan Rumah Api yang agak terkenal kat Akaroa tu. Haish cuaca pun kejap hujan kejap elok. Bertabah je la dapat gambar gloomy.

Jenjalan sekitar pekan.
Bersandar pada tiang lampu.
Duduk di tangga.
Acah-acah bergurau senda.
Main cium-cium bunga.
Main nyorok-nyorok celah bunga.
Intai jetty dari jauh.
Ok pergi dekat jetty.
Jalan kaki ke Rumah Api
Masa ni dah satrt hujan lebat! Ayuh balik!
Selamat tinggal Akaroa!
Dah puas cuci mata kat Akaroa , kami balik ke Christchurch dan check in di rumah penginapan kami yang pertama yakni, 219 on John's Motel & Recreational Parks. Boleh check link di SINI

Ni bilik yang kami ambil. Ekceli ada je dorm, tapi sebab nakkan keselesaan kite sema bilik je lah.
Lepas letak barang-barang, dan makan apa yang ada (mostly megi dan roti je la) kami bersiap-siap kelaur untuk ke pasaraya Pak N' Save untuk beli beberapa barang dapur. Senang travel ramai-ramai ni sebab jimat bab makan, boleh masak dan share sama-sama.  Kalau pegi NZ tak singgah pasaraya Pak 'N' Save memang tak sah! Macam-macam ada dan boleh cari ayam halal jugak kat sini . Check kak sini HALAL FOOD .


Berbelanja sakan nampaknya semua?
Balik dari  Pak 'N' Save, masing-masing memainkan peranan yakni memasak untuk our very first dinner kat NZ! Hahaha poyo. Nasib baik ramai anak dara yang jadi ahli jemaah, so diorang le yang masak. Sementara tu aku dengan john sempat curi-curi keluar semula pegi Pak'N'Save untuk beli surprise birthday cake untuk Auntie Zu, esok besday dia, so kita bagi la auntie-antie ni happy ye dak.

Dinner kami malam ni, humble kan. Siap ada tomyam seafood hahaha
Malam tu, memasing agak kepenatan la jugak memandangkan seharian tak berehat. Ye la dari tengah malam sampai ke malam berjalan tak berhenti-henti, agak penat la sebenarnya. Memandangkan trip ni pun free and easy je, takde nak rushing-rushing pegi sana-sini, so kita pun santai-santai lah dulu. Baru first day kot! Tapi masih tak puas hati sebab langit tak biru hari ni. Semoga esok hari langit cerah dan menampakkan sinar yang indah!

Sambung nanti....

WASSALAM.

2017-04-18

Cambodia: The Kingdom of Wonder (FINALE) - River Cruise dan Mindnight Bus To Seam Reap From Phnom Pehn

Assalammualaikum!!!


Eh ehhh tetiba ada pulak entry muncul ya? Terkejut tak? Hahaha. Ok sebenarnya aku terdetik rasa kerajinan untuk menulis blog semula setelah berbual-bual dengan Ms Dayah DJ haritu sambil lunch di hari Jumaat yang mulia. Panjang jugak kami borak, especially pasal blog-blog yang dah bersawang, hahaha tetibe sentap kejap. Lols. 

OK seperti yang dijanjikan , jom baca sikit pasal last trip aku ke Cambodia pada tahun 2015. Hahaha gila dah 2 tahun.


Hari last di Phonm Pehn kami minta tolong dengan Miya (our guide) untuk bawa kami ke stesen bas untuk beli bas balik ke Siem Reap. Alhamdulillah, berjaya jugak beli tiket bas , kali ni kami ambik midnight bus dengan sleeper coach. Harga tiket adalah USD 13 per orang. Usai urusan beli tiket, kami ke Central Market, market yang terbesar di Phnom Pehn. Memang besar gila, dari jauh dah boleh nampak bangunan market ni, bentuk bulat.

Miya tinggalkan kami di Central Market tu untuk shopping hahaha. Dalam tempoh dua jam jugak la, lepastu kami janji tunggu area situ jugak. Kami pun mulakan penjelajahan di dalam market. Memang besra, dan macam-macam benda ada jual. Konsepnya sama jugak macam Chatuchak Market kat Bangkok tu, cuma yang kat sini lebih lapang dan kecil sikit.

Suasana dalam Central Market
Aku suka tengok kain-kain tenun kat sini lawa-lawa.
Suasana kat luar panas nak gila!
OK abaikan muka yang hangus tu.
Seksyen bunga je dah sedepa.
Takda apa benda sangat pun nak dibeli memandangkan ongkosnya pun tak banyak, maka kami pun bergerak semula ke tempat yang dijanjikan. Miya dah sedia tunggu kat situ pun. Kami di bawa makan tengahari di sebuah restoran muslim. Punyalah lapar masa tu, memang pikir nasik je la. Nama kedai tu Saran Thai Restaurant (tetiba retoran Thai kan?) Hahaha. Belasah jelah. Beli nasik goreng dengan harga USD 5 sepinggan, pitam.

Makan lah apa yang ada
Nasi Goreng USD 5
Lepas habis makan, hari pun dah petang, makanya masa untuk berpisah dengan Miya. Total kami bayar sewa tuktuk Miya untuk dua hari adalah USD 20. Petang tu Miya drop kami di depan Royal Palace. Dekat je dengan stesen bas pun kalau nak balik. Kami tak masuk pun dalam Royal Palace tu cuma tinjau-tinjau kat pintu gerbang.

Bergambar kat pintu gerbang pun jadilah
Ramai gila orang kat dataran ni.
Punya la ramai ummah berkampung depan Royal Palace tu, siap berpicnic bagai. Kami pun join la meramaikan ummah kat situ, amik-amik gambar sedozen dua then kami bergerak dari situ. Kami bercadang untuk naik River Cruise! 

Ok untuk naik River Cruise ni aku cadangkan korang naiklah bila nak sunset! Memang berbaloi dan lawa gila! Harga tiket adalah USD5 sorang. Kami naik cruise dua tingkat dan lepak di sebelah atas ...Memang best gila sebab pemandangan sepanjang sungai tu sangat cantik ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang baik.

Jom naik River Cruise menyelusuri Mekong River
Tudia kapal kami dah mai!
Kami duduk kat tingkat atas.
Lelambai bot sebelah.
Lelambai makcik jualan.
Alhamdulillah dapat tengok sunset lawa.
Dapat tengok perkampungan atas bot.
Sunset memang puas hatila!
video
Layan Video Ni kalau Tak percaya!

video

Layan lagi video sunset!

Perjalanan cruise mengambil masa lebih kurang satu jam, di mana cruise akan berpatah balik ke tempat mula-mula bertolak tadi. Boleh beli tiket di jeti yang berhampiran dengan stesen bas. Sampai semula ke jeti hari pun dah gelap. Memandangkan Bas kami akan bergerak pada jam 10.00 malam makanya saki baki masa yang tinggal kami berjalan-jalan dulu di night market berhampiran situ. Ha tak caya korang datang la sini, semua tempat dekat-dekat je boleh jalan kaki.

Di night market tu takde nak amik gambar sangat pun sebab risau kejadian cubaan rampasan henpon berlaku lagi macam hari pertama di Phnom Pehn dulu. Hahahah trauma ok, terus simpan semua kemera dalam beg. Sorry takde gambar. Ala night market dia sama je macam kat tempat-tempat lain. Cuma malam tu macam ada konsert, so ramai gila orang.

Stesen bas yang kami naik di Syarikat Giant Ibis. Sementara tunggu bas sampai, kami lepak-lepak dulu di pejabat Giant Ibis tu, mujur ada wifi free hahaha. Dan tepat jam 9.45 malam bas pun sampai. Yalaaaa kami naik sleeper bas, ada katil untuk setiap penumpang! Eksaited la jugak sebab firstime naik bas macam ni hahaha. Setiap tempat penumpang disediakan plug untuk cas alat elektronik pulak tu. Jadi sepanjang malam tu kami tidor terbuai-buai la jugak sebab naik bas kan, mujur takd kejadian pelik berlaku hahaha.

Keadaan dalam bas. Katil dia 2 -1
Dua tingkat lagi kau!
Ada plug boleh cas henpon
Pepandailah bawak diri hahaha.
Kami tiba di Seam reap lebih kurang jam 5 pagi. Masa tu cuak jugak la sebab tersampai awal, hahah lepas tu dia turunkan kami kat stesen bas lain, bukan stesen bas yang Osman hantar kami haritu! Alamak macamana nak bagitau Osman suruh kami ambik kat situ. Hahaha cuak lagi, wifi pun takde hahaha. Last-last kami pi pinjam telefon orang yang ada wifi minta nak whatsapp pada Osman. Alhamdulillah semuanya setel.

Pagi tu sebelum hantar kami ke airport, Osman bawa kami breakfast nasi ayam ... dekat dengan kampung dia. Aku tak ingat apa nama restoran tu. Sedap la jugak nasi ayam tu, tapi harga pun boleh tahan mahal! Hahahaha. Ok abaikan. Sebab dah tak sabar nak balik dah. Segala makanan tak habis, macam megi, biskut etc kami bagi pada Osman. Bukan main gembira dia. Syukur...

Nasi ayam as breakfast kami yang terakhir di bumi Kemboja.
Sekian kisah Cambodia. Fuh nak menghabiskannya pun makan bulan! OK NEXT!

WASSALAM