Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Kansai, Japan (Part 2): Nara (Kofukuji Temple & Todaiji Temple) To Osaka (Toyo Hostel)

Assalammualaikum!
[ Sambungan daripada Part 1 ]
Sampai di stesen Nara, kami pon terus rujuk peta dan menuju ke arah Kofukuji Temple. Kedudukan temple ni tak jauh daripada stesen Nara (Kintetsu) tu, jalan kaki dalam 10 minit je la, mengikut kadar kelajuan berjalan kaki masyarakat Jepun. Tapi kalau korang jenis selangkah, pastu berhenti posing, selangkah lagi berhenti amik gambo, selangkah lagi berhenti kagum tengok bangunan, makanya 30 minit pon belom tentu sampai.
Belum masuk dalam kawasan Kofukuji Temple, tetibe rasa kagum sebab nampak banyak sangat rusa berkeliaran kat tepi jalan. Memula tu ingat macam sesat masuk zoo ke apa, tapi memang kawasan Kofukuji Temple dan kawasan sekitarnya tu terdapat banyak rusa junak yang berkeliaran.  NOTA: Untuk makluman diri sendiri, kawasan Kofukuji Temple ni terletak di dalam kawasan Nara Park, yankni kawasan taman yang sangat luas dan menepatkan beberapa temple atau shrine di dalamnya sejak tahun 1880 lagi. Antara tarikan utama dalam Nara Park adala…

Kansai, Japan (Part 1): Kansai international Airport To Nara

Assalammualaikum!!!

Rasanya dah boleh dah nak start tulis entry pasal Japan. Yup Japan, tahun ni aku ke negara matahari terbit itu sekali lagi! Hahaha rasa macam balik kampung pulak kan. Ye la dah nama pun pergi melawat kampung-kampung je, kalau dulu melawat kampung Tsukuba (tapi dapat jugak la minum kat Mc Donalds kat Shibuya!) dan kali ni, aku dan kengkawan akan ke kampung-kampung jugak dan kami akan cover kawasan Kansai! Tau tak Kansai tu sebelah mana? (Boleh rujuk gambo di bawah).

Ahli Jemaah kali ni agak ramai jugak yakni 5 orang termasuk aku, John, MasMZ, Kak Coco dan Miss B. Tapi tiket ada yang beli asing-asing. Tak beli sekali. Plan asal hanya aku, John dan MasMZ yang akan ke Jepun, kemudian baru datang Miss B dan last sekali baru Kak Coco join. Maka lengkaplah 5 sekawan menjelajah Kansai heheh.

Teksi ke LCCT 

Perjalanan kami bermula dari Putrajaya, John dan Kak Coco pakat letak kereta kat rumah aku, free katanya daripada nak bayar parking kat Putrajaya Sentral mahupun LCCT kan…