2013-11-20

Kansai, Japan (Part 2): Nara (Kofukuji Temple & Todaiji Temple) To Osaka (Toyo Hostel)

Assalammualaikum!


Sampai di stesen Nara, kami pon terus rujuk peta dan menuju ke arah Kofukuji Temple. Kedudukan temple ni tak jauh daripada stesen Nara (Kintetsu) tu, jalan kaki dalam 10 minit je la, mengikut kadar kelajuan berjalan kaki masyarakat Jepun. Tapi kalau korang jenis selangkah, pastu berhenti posing, selangkah lagi berhenti amik gambo, selangkah lagi berhenti kagum tengok bangunan, makanya 30 minit pon belom tentu sampai.

Kawasan tumpuan sekitar Nara Park. (Sumber Google)
Belum masuk dalam kawasan Kofukuji Temple, tetibe rasa kagum sebab nampak banyak sangat rusa berkeliaran kat tepi jalan. Memula tu ingat macam sesat masuk zoo ke apa, tapi memang kawasan Kofukuji Temple dan kawasan sekitarnya tu terdapat banyak rusa junak yang berkeliaran. 
NOTA: Untuk makluman diri sendiri, kawasan Kofukuji Temple ni terletak di dalam kawasan Nara Park, yankni kawasan taman yang sangat luas dan menepatkan beberapa temple atau shrine di dalamnya sejak tahun 1880 lagi. Antara tarikan utama dalam Nara Park adalah Todaiji, Kasuga Taisha, Kofukuji dan Nara National Museum. Semua tempat tu boleh pergi dengan berjalan kaki saja. Tapi kene gigih jugak la berjalan.
Daun-daun yang telah bertukar warna. Its autumn!
Bergambo kenangan bersama anak rusa nani. (kenapa ada kene mengena dengan Nani ek?)
Rusa-rusa junak seperti kekurangan kasih sayang.
Sila ikut arahan yang diberikan.
Menurut fakta yang aku baca entah dari mana (jugak), ada lebih kurang 1200 ekor rusa yang berkeliaran di sekitar Nara Park ni yang secara tak langsung menjadi simbol kepada Bandar Nara. Kengkononnya rusa-rusa kat situ merupakan penjaga kepada bandar Nara dan diorang (ke mereka) sangat jinak kecuali kalau nampak kita nak bagi makan kan diorang, maka dengan ganasnya dia akan datang kat kite sambil menjulur-julur lidah. Heheh sebenarnya kiut.

Kalau rajin, silala beli makanan (biskut rusa) dan bagi rusa-rusa ni makan :)
Segenap sudut ada rusa.
Suka sangat letew diorang dapat ambek gambo rusa  (MasMZ dan Miss B)
Ni baru kisah kat tepi jalan, belum lagi masuk kat dalam Kofukuji Temple lagi. Nampak rusa-rusa tengah makan, baru teringat yang kami ni sebenarnya tengah lapar giler. Jadi kami pun cepat-cepat masuk ke dalam kawasan Kofukuji Temple tu dan cari port untuk lepak dan makan (yang pasti kene cari port yang tak ada rusa, kot-kot nanti beger-beger kami kene terkam dek rusa nani tu, melepas makan tengahari merangkap breakfast kami). Hiks.

Biskut rusa ada dijual di sini dengan harga 150 Yen sepeket.
Pantang nampak orang bawak beg plastik.

Kofukuji Temple, Nara

Ok Kofukuji Temple merupakan sebuah temple yang terdiri daripada beberapa bangunan utama dan terdapat juga pagoda setinggi lima tingkat yang katanya pagoda kedua tertinggi di Jepun. Lewat kawasan pagoda tersebut kami ke bahagian belakang, berhadapan dengan National Treasure Museum. Kat situ ada satu kawasan berumput dan agak teduh, lalu kami pon duduk la makan beger kat situ. Masing-masing kebulur katanya hahaha. Tapi walaupun beger sejuk, memang nikmat sangat rasanya sebab makan ketika sangat lapar.

Kofukuji Temple dan pagodanya yang setinggi 5 tingkat.
Tak de la tinggi sangat kan heheh.
Ada beberapa lagi bangunan di sekitar Kofukuji Temple ni tapi semuanya ada entrance fee. Antaranya adalah National Treasure Museum dan Eastern Golden Hall. Tapi sayang, masa sekarang ni, Eastern Golden Hall sedang dalam proses dibina semula memandangkan bangunan yang ada sebelum ini merupakan bangunan replika yang saiznya lebih kecil berbanding saiz asal selepas bangunan asal musnah dalam kebakaran. Katanya binaan semula dengan saiz asal dan akan siap pada tahun 2018. Lama giler... 

Kami seterusnya ke Northern dan Southern Octagon Hall yang terletak berhampiran je dengan pagoda.Kat situ pon hanya ada temple-temple kecik yang kebanyakan rekabentuknya lebih kurang sama dengan kebanyakan temple di Jepun. So mood nak menembak tu macam kureng sikit la sebab dah banyak sangat gambar temple hehehe.

Southern Octagon Hall
Temple berbentuk octagon.
Jampi serapah.
Makcik ni tengah sembahyang.
Pakcik ni tengah tulis jampi.
Pokok asam jawa pon ade.

Todaiji (Great Eastern Temple) - Nandaimon Gate dan Daibutsuden Hall

Dari Kofukuji Temple, kami seterusnya berjalan kaki merentasi Nara Park untuk menuju ke Todaiji Temple. Jarak dari Kofukuji Temple ke Todaiji Temple ni agak jauh jugak la sebab ia terletak di bahagian utara Nara Park. Kalau jalan kaki mengikut kelajuan masyarakat Jepun, akan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tapi jangan risau sebab pemandangan kat sekitar Nara Park tu memang sangat cantek! Sedar-tak sedar memang dah sampai kat kawasan Todaiji tu.

Diorang ni tengah study peta. 
Selamba rileks je si rusa tu kan. Dah macam kucing dah jinaknya.
Orang buat apa pun dah tak kisah dah tu.
Perjalanan menuju ke Todaiji Temple.
Lalu dalam Nara Park... ikut peraturan yer.
Kena lalu kawasan ni.
Ada Tori Gate.
Ada kawasan pokok-pokok yang cantek!
Meriah tak kaler?
Ada sederetan kedai menjual cenderamata kat area Todaiji. Harga agak standard, contohnya kalau seketul FM harganya dalam lingkungan 350 Yen, bagi aku agak standard harga di mana-manapun di Jepun. Tapi FM kat sini tak banyak pilihan, kalau yang tulis Nara pon, ada dalam tulisan Jepun atau hanya ada gambar rusa-rusaan sahaja. Kat sini jugak Tansree Coco buat kejutan sebab belanja kami makan ice cream green tea dengan ice cream strawberry! Harga se-kon ice cream adalah 300 Yen! Ha mampukah nak beli sendiri kalau bukan bergelar Tansree? Hahahaha terima kasih Tansree Coco.


Deretan kedai menjual cenderamata di sini
Ada macam-macam perisa ais krim.
Kami meneruskan lagi perjalanan merentasi deretan kedai-kedai menjual cenderamata. Kebanyakan cenderamata yang dijual adalah berupa makanan, yakni kuih muih tradisi Jepun (mungkin kuih-kuih local) yang sudak di pek cantik. Masa ni jugak langit mendung yakmats dan hujan pon dah mula turun renyai-renyai! Alaaaaa baru first day datang dah hujan. Agak kecewa jugak la tapi kami teruskan jugak perjalanan.

Masa tu memang ramai giler rombongan sekolah melawat kawasan tu. Rasa kagum jugak la, bebudak sekolah datang melawat tempat-tempat peninggalan sejarah macam tu kan. Teringat pulak dulu masa aku darjah enam, ada rombongan naik bas ke Melaka. Masa tu la firstime aku jejak kaki ke Melaka tau! Siap tidor kat sekolah (tak ingat nama apa sekolah tu) susun-susun meja dalam kelas untuk kami tidur atas selimut yang dibawa sendiri! Haaaa kalau zaman sekarang ni ada ke mak bapak yang bagi anak-anak diorang pergi rombongan sekolah macam tu lagi???? Rasanya tak ada dah kot? Semua main duduk kat hotel-hotel je rasanya hahaha.

Tengoklah rusa-rusa yang bergelimpangan tu.

Kami sampai di kawasan Nandaimon Gate yang merupakan pintu masuk sebelum sampai ke Daibutsuden Hall. Depan gate bukan main ramai budak sekolah dicampur pulak dengan rusa-rusa jinak yang berkeliaran kat depan tu. Sangat sesak. Si rusa pulak tak habis-habis mengikut orang yang lalu lalang kat situ. Jinak giler! Tak pernah jumpa rusa jinak macam tu kat tempat lain (mungkin ada tapi memang aku tak pernah jumpa). Walaupun hujan on and off, tapi seronok je meneruskan perjalanan. Tengok keletah orang ramai yang dah macam pesta dah kat situ. Siap ada yang ambik gambar kelas beramai-ramai sambil rusa-rusa duduk lepak bersimpuh kat depan. Ha cool giler kan! 



Jom layan dokumentari dari Tansree Coco dan Miss B. (Hahaha dokumentari sangat)

Bebudak sekolah yang ramai.
Namdaimon Gate
Cantik tak taman ni? Depan Daibutsuden Hall
Bertambah seri~! Hahaha
Sampai depan Daibutsuden Hall, kami cuma intai je dari pintu. Tak larat nak masuk dah. Masa tu pun hari dah dekat nak gelap. Maklumla pukul 5.30 memang dah senja. Di tambah pulak dengan hujan sepoi-sepoi bahasa. Kami decide untuk terus ke Nara Station dan kembali ke Osaka. Makanya memang tak banyak la tempat yang kami cover kat Nara tu. Sebenarnya banyak lagi temple dan taman yang ada kat sekitar Nara Park tu seperti Nara National Museum, Kasuga Taisha, Mount Wakakusayama dan Naramachi yang kami tak sempat pergi akibat kesuntukan masa. Sebenarnya kalau kami sampai awal pagi di Nara mungkin sempat la nak pegi semua tempat tu, tapi memandangkan kami sampai di Nara pon dah tengahari, maka kami pergi mana yang sempat je la. Lagipon, macam sama je melawat temple kat situ, rupe parasnya lebih kurang sama (ayat menyedapkan hati).

Daibutsuden Hall.
Apa pon, Nara bagi aku adalah satu bandar yang klasik dan cantik. Tak terlalu sesak macam Tokyo (of course la sebab Tokyo tu kan Mega City!)... ok la tak terlalu sesak macam pekan Kajang (tetiba buat perbandingan dengan pekan Kajang, boleh?). InsyaAllah kalau ada kesempatan, rasanya nak balik semula ke Nara suatu hari nanti sambil lepak tepi tasik dan minum teh. Gitew hahaha.

Hai! Ini kami... (gambar oleh John)

Dari Nara ke Osaka

Kami berjalan semula menuju ke Nara Station untuk balik ke Osaka. Tapi jangan dilupa yang kami ada letak beg di coin locker di stesen Osaka Namba. Jadi dari Nara station ke Osaka-Namba station kena beli tiket lain dengan harga 540 Yen. Train dari Nara ke Osaka-Namba tak sesak sangat tapi agak kena berdiri jugak la, sebab masa tu orang dah balik kerja.

Tiket ke Osaka
Sampai di stesen Osaka-Namba dan ambik balik beg-beg kami tu, kami seterusnya ke stesen subway Midosuji Line - Dobutsuenmae (M22) daripada stesen Namba dengan harga tiket 200 Yen. Tak jauh stesen tu dari Namba station.

Nara Station ---> Osaka-Namba Station ---> (jalan ke) Namba Station ---> Dobutsuenmae Station (subway)

Sampai di stesen Dobutsuenmae, kami ambik exit No 2 untuk ke TOYO HOSTEL. Tempahan hostel telah dibuat melalui online dari Malaysia lagi. Alhamdulillah, lokasi hostel memang dekat sangat dengan stesen subway ni.


Ok ni aku tepek map subway, tren, JR line semua. Boleh rujuk sini (sumber Google) Area guesthose tu lah letaknya Hostel Toyo.

Toyo Hostel, Osaka.

Kami sampai di hostel lebih kurang pukul 6.30 petang. Masa tu memang keadaan dah gelap gulita dah. Tapi sebenarnya malam masih muda. Usai urusan check in, kami semua terjah bilik masing-masing dan buat la apa-apa yang patut (mandi dan makan malam). Kami makan nasi microwave beserta sambal ikan bilis malam tu. Ya Ampun nikmat sangat rasanya dapat makan makanan sebenar heheh.

Keadaan dalam hostel ni agak selesa, satu bilik ada dua tilam, peti ais, aircond dan tv. Kira dah cukup selesa sangat dah tu. Harga satu malam adalah bagi bilik Private Twin Tatami adalah 3,400 Yen / night.

1-3-5, Taishi, Nishinari, Osaka (Post-code 557-0002)
TEL/FAX:06-6649-6348


Bilik Private Twin Tatami 
Ruangan antara bilik.
Reception counter.
Lobi Hostel.
Lobi hostel lagi.
Apa yang paling penting adalah lokasi hostel ni dekat dengan stesen subway / JR Line jadi senang la kita nak bergerak ke mana-mana nanti!.

Ramai betul orang kat McD ni, siap ada yang study lagi.. ada jugak yang perasan kemera... haish.
Mengira jumlah perbelanjaan hari pertama.
Selesai makan malam, kami semua keluar semula untuk pergi tengok kawasan sekeliling! Cuaca malam tu memang sejuk giler! Tak sangka pulak sejuk sampai macam tu sekali. Tak pasti berapa degree suhu malam tu. kami lepak pulak kam McDonald sambil minum kopi! Hahaha being local katanya! So malam tu takda la ke mana-mana sangat. Lepas minum, kami balik semula ke bilik dan tido. Esok ke mana pula kami?

... bersambung.

WASSALAM.

52 comments:

  1. Untungla dapat pegang rusa yang jinak-binak belaka...

    ReplyDelete
  2. huhuhuu... kalau kat malaysia ada rusa kat park.. setiap hilang satu hahahaa.. pastu cukup sebulan dah xde rusa.. :P

    seronok nyer dia berjinak2 dgn rusa..

    ReplyDelete
  3. cun giler gmbo tepi tasik dedaunan kekuningan tu....tak pnah merasa autumn nih...cun betul!

    ReplyDelete
  4. Comelnya rusa-rusa tu. Geramnya, rasa nak peluk.

    Meriah, sangat meriah warna autum tu.

    Nampaknya Rain dah jadi orang yang pakar fasal Jepun ni.

    ReplyDelete
  5. Kat jepun ade nasik segera x? Yang panaskan guna oven? Eh microwave

    ReplyDelete
  6. Henry Fox:

    Gitew.
    Yer sebelum ni mmg x penah pegang rusa pon hehehhee

    ReplyDelete
  7. err...
    sila edit suara itu

    hahaha

    bandingkan dengan Kajang?
    mmmm

    (macam malu le pulak sebut anak rusa nani?)

    ReplyDelete
  8. lupa satu lagi

    err

    terkesima harga aiskerim itu

    hahahahah....
    but the experience is priceless!!!

    *most welcome*

    ReplyDelete
  9. aku rasa pasal rusanani tu sbb dulu2 ramai org nama rusenani tu yg melekat tu hahaha!

    masa aku kat sana, ada org hulur tisu kat rusa2 tu, diorang makan! sian ok! sedih lapor padahal org duk la hulur makanan dia. sampai camera sharul pun dia jilat2! hahaha!

    ReplyDelete
  10. Ya Allah...seronoknya..tak sabar nk pergi sana...thanks Janggel kerana kongsi entry yg detail ni...nanti JM follow boleh?

    ReplyDelete
  11. dalam banyak2 ni, aku tertarik dengan video ittew..
    suara kak coco macam lady boss aku aa hehe

    lawanya tempat ini...bila nak sampai niiii

    ReplyDelete
  12. tetibe nk tny, rusa junak tu spesies ape? typo ataupun namanya junak? hahaha..konpius sbb ada dua perkataan junak yg aku jumpa..

    cantik kawasan ni, klu shoot wedding pun mesti lawa..boleh suggest kt che ta..

    sbb aku xpenah pegi lg jepun, aku xleh nk hadam lg penggunaan currency yen ni..terpaksa aku baca sambil convert currency nk bg lg mudah phm..

    eh pjgnya komen, ok smbg lg komen kt entri lain..

    ReplyDelete
  13. okey..best..best..
    jalan ramai ni best.havoc & meriah jadinye..

    ReplyDelete
  14. Ishhhh ruse tu.. geramnyer.. nape dia jinak.. ish2.. nasib jauh, klu x mesti aku dah gi cubit dia... ^___^

    ReplyDelete
  15. TT:

    Kalau kat Malaysia entah2 siap buat rendang rusa kan! Entah2 rusa masak Kuzi pon ada. Hahahaha

    Ye saya suka rusa lalalalaal

    ReplyDelete
  16. DJ:

    hehehe cun kan autumn. Gambo tu biasa je tak lawa mana pon. hehehe

    ReplyDelete
  17. Kak NA:

    Haah comel kan rusa2 tu, jinak2 pulak tu.

    Pokok time autumn lawa kan. saya tak pernah merasa autumn sebelum ni, ini adalah firstime hehe.

    Tak pandai sangat pasal jepun, banyak baca je :)

    ReplyDelete
  18. Aina:

    Nasik segera pakai mikrowave tu mmg banyak, rata2 kat semua Family Mart ada. Harga dalam 105 Yen sebekas.

    ReplyDelete
  19. Kak Anash:

    Gitew... suara emas ibarat wartawan Majalh Tiga gitew HAHAHA.

    Nak suh akak blanja apa pulak eh lepas ni. (tengah pikir).

    Ye la, Kajang senang la untuk orang Malaysia nak membayangkan.

    ReplyDelete
  20. Biqque:

    Hahaha betul jugak kan, even nama ex bos aku dulu pon Rosnani kekeke.

    Sian tengok rusa tu semua macam tak cukup makan. Rasanya ada jadual makanan diorang tapi mungkin tak cukup?

    ReplyDelete
  21. JM:

    Most welkam.. Nak folo itinery ke nak folow g travel?? erk.

    ReplyDelete
  22. Dzuchan:

    Suara kak koko memang macam wartawan Majalah Tiga ye dak. hahahaha

    InsyaAllah nanti sampai letew.

    ReplyDelete
  23. MKL:

    Thanks! Memang Awesome! Geehehehe

    ReplyDelete
  24. Yayan:

    Tu Typo ler.. JINAK yang betulnya. Gitew.... mungkin peralatan menaip yang saya guna terus autocorrect? Hahaha Junak tu bermaksud apa? (Sila rujuk kamus dewan)

    Ye kalau rasa2 dah dekat nak tarikh wedding tu book la tiket awal2 leh photoshoot post wed kat situ hahahaha. Tetiba Che' Ta.

    Untuk mengkonvert duit, pepandai la konvert sendiri...sebab jumlah matawang bertukar2 mengikut masa.

    ReplyDelete
  25. Feeza:

    Yup, kalau reramai pon benda mahal boleh jadi murah ! hehehe

    ReplyDelete
  26. Izah Hyunj

    Ha apa lagi, pi la san untuk cubit rusa hehehe.

    ReplyDelete
  27. jinak2nyer rusa tu...bestnya dapat pegang

    adakah yang ramai2 tu adalah warga tempatan?



    ReplyDelete
  28. hi mr.laksa.
    seronoknya travel dgn kak anash! msti dia selalu buat lawakkan? mcm dlm entry blog dia tu.

    ReplyDelete
  29. Mrs Smile:

    Ye semua tu jinak dan boleh dipegang.
    MMg semua tu kebanyakannya warga tempatan. Diorang buat school trip .

    ReplyDelete
  30. Jari Masam:

    Aik disamping JM=Jari Manis, ada pulak JM= Jari Masam????

    Adik beradik lain mak lain ayah ke ni?

    Travel ngan kak anash best ke idok? Rahsiaaaaaa. hahaha

    ReplyDelete
  31. ok la rusa...daripada monyet. bygkan temple yg penuh monyet sesajoh..eek!!

    kalau che ta buat pre wedding photoshoot kat sini, mmg kene sondol dek rusa. montot besar. hahahaha!~

    ReplyDelete
  32. santekkk nyeee gamboo... mana kakak santek punye souvenir??? @___@.

    sila like entry terbaru kakak santekkk.. tengkiuusss

    ReplyDelete
  33. Hi/Salam en.Janggel

    Saya Nurul student, saya mohon kerjasama en.Janggel untuk jawab soalan survey saya di link ini: https://www.surveymonkey.com/s/5Y8Z5FM

    survey ini untuk kajian saya.

    kerjasama en.janggel amat dihargai :)
    -Nurul-

    ReplyDelete
  34. Nanatron:

    Hahaha belom cuba belom tau, sekali rusa tu yang kene sondol acane?

    ReplyDelete
  35. MKL;

    Ai lain macam je bunyinye tu? join boleh? hahahaha

    ReplyDelete
  36. Ely:

    Hahaha sebenier bukan dah dapat ke????

    ReplyDelete
  37. Janggel, kat kyoto korang stay mn? Sy nk book accommodation. Bln 4 mcm byk yg sold out pulak. Arigato gozaimas!!

    ReplyDelete
  38. Seronok pulak tgk Tansree Coco dan Miss B main2 ngan rusa2 tu.. :D

    ReplyDelete
  39. Aina:

    Kat kyoto kami stsy kat bakpak hostel.
    Boleh rujuk blog kakiberangan untuk review hostel tu.

    ReplyDelete
  40. Nurul akmal

    Ok nanti saya buat.

    ReplyDelete
  41. Aina:

    Xsure kat nara ada locker ke tak. Cer google. Senang kan.

    ReplyDelete
  42. TT

    Yer deorang mmg suka main ruse.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. salam. nk tny, time korang stay kt toyo hostel tu die charge cmne? yg 3400yen tu per room ke tau per person yg duk bilik tu? tq

    ReplyDelete
  45. salam... sya yasir dri sh alam... boleh x buat total expenses dlm blog anda... so sng nk simpan duit nk g... mmg ade plan nk g sne nxt year... hope for incoming post awk includekan total expenses... most appreciate... tq

    ReplyDelete
  46. Sesungguhnyer aku nampak hanyer bya ngan john gigih menjadi tourist guide... huhuhuhu

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS