Posts

Showing posts with the label Kansai

Kansai, Japan (Part 11) : Rumusan 7 Hari

Image
Assalammualaikum ! Sebenarnya entry Kansai ni dah habis dah haritu, tapi entry ni saja aku nak buat rangkuman kesemua entries  yang dah ditulis untuk memudahkan rujukan bagi sesiapa yang nak merujuk nanti. Ok untuk kos keseluruhan secara detail mengenai perbelanjaan kami di Kansai , korang boleh rujuk blog Kaki Berangan, kat situ ada details pasal expenses kami sepanjang 7 hari di Kansai. Alhamdulillah bajet memang tak burst dan ngam-ngam seperti yang dirancang. Mungkin ada yang boleh buat murah lagi? Its depends pada orang jugak, tengok la apa yang korang nak belanja kat sana, macam kami ni, macam-macam benda nak try dan nak beli! Hahaha. So berikut di senaraikan entry-entry yang telah ditulis untuk rujukan anda semua. Kalau ada yang tak betul tu jangan follow ye, ikut mana yang betul saja. Saya menulis berdasarkan pengalaman, apa yang dialami sepanjang 7 hari di sana Kansai, Japan (Part 1): Kansai international Airport To Nara Kansai, Japan (Pa...

Kansai, Japan (Part 10): Port of Osaka, Universal Studio Japan, Umeda Sky Building (Floating Garden of Osaka)

Image
Assalammualaikum!!! Ok rasanya dah sampai ke penghujung entry pasal Kansai ni kot. Rasanya la, or mungkin ada satu entry rangkuman selepas ni, itu pun kalau rajin le hehee. Lama betul nak tunggu mood menaip ni sampai, sambil-sambil tunggu mood datang, macam-macam benda baru aku buat untuk tahun 2014 ni. InsyaAllah akan ditulis nanti. [ Sambungan dari Episode 9 ] Setelah puas berjalan di Osaka Castle dan Tsutenkaku Tower di sebelah pagi dan makan tengahari di restoran apa pun aku tak tau, kami seterusnya meneruskan perjalanan menaiki train ke Osaka Port . Untuk makluman semua, tarikan utama di Port of Osaka  ni ada macam-macam seperti Aquarium, Muzium dan macam-macam lagi. Kami ke Port Of Osaka dengan menaiki train. Aku tak ingat turun kat station mana tapi tak silap aku ada stesen Port Of Osaka kat situ. Dan kena jalan kaki sikit la nak ke kawasan tepi laut. Kebetulan pulak masa tu cuaca memang dah sejuk dan hari pon dah nak malam so memang seronok la nak berja...

Kansai, Japan (Part 9): Kura Sushi, Osaka Castle & Osaka Tower

Image
Assalammualaikum!!! Banyak betul perkara yang berlaku semenjak dua tiga minggu ni, dan masing-masing adala alasan sendiri untuk membenarkan ianya berlaku. Apa-apa pun, semua yang berlaku itu ada khikmahnya dan perlu diterima dengan hati yang terbuka. Masing-masing ada tanggungjawab dan perlu menyelesaikan urusan dunia di samping mengamalkan urusan-urusan akhirat. Semoga semuanya terus tabah dan tercapai segala maksud yang dicari, dan kenanglah hari-hari semalam kerana ianya mampu untuk memuhasabahkan diri kita di hari-hari yang mendatang. [ Sambungan dari Episode 8 ] Ha dah Episode 9 pun tak habis-habis lagi entry Kansai ni? Bertabahlah ye korang, sebab nak menaip tu memang mengambil masa yang sangat lama. Kadang-kadang tu sampai 2-3 hari pun baru siap 3 perenggan. Idea dari hati tu susuah sikit nak datang sebab jiwa berkecamuk dan bergelora. Emosi terganggu semua lah....so nak kene cari ketenangan dulu baru boleh taip entry. Hiks! Siapa yang sudi nak baca tu, bacalah....