2014-02-18

Kansai, Japan (Part 10): Port of Osaka, Universal Studio Japan, Umeda Sky Building (Floating Garden of Osaka)

Assalammualaikum!!!

Ok rasanya dah sampai ke penghujung entry pasal Kansai ni kot. Rasanya la, or mungkin ada satu entry rangkuman selepas ni, itu pun kalau rajin le hehee. Lama betul nak tunggu mood menaip ni sampai, sambil-sambil tunggu mood datang, macam-macam benda baru aku buat untuk tahun 2014 ni. InsyaAllah akan ditulis nanti.

[ Sambungan dari Episode 9 ]

Setelah puas berjalan di Osaka Castle dan Tsutenkaku Tower di sebelah pagi dan makan tengahari di restoran apa pun aku tak tau, kami seterusnya meneruskan perjalanan menaiki train ke Osaka Port. Untuk makluman semua, tarikan utama di Port of Osaka ni ada macam-macam seperti Aquarium, Muzium dan macam-macam lagi.

Kami ke Port Of Osaka dengan menaiki train. Aku tak ingat turun kat station mana tapi tak silap aku ada stesen Port Of Osaka kat situ. Dan kena jalan kaki sikit la nak ke kawasan tepi laut. Kebetulan pulak masa tu cuaca memang dah sejuk dan hari pon dah nak malam so memang seronok la nak berjalan - jalan tepi laut kan.

Banyak sungguh menatang alah ni kat Jepun.
Macam-macam kaler pulak tu.
Masa berjalan menuju ke port tu kami terjumpa satu kedai jual t-shirt macam-macam jenis, ada jugak jual kain, sapu tangan, kipas semua cenderamata untuk pelancong la. Harga pon boleh tahan murah. Tapi kami tak singgah lama pon kat kedai tu sebab nak kejar naik cruise katanya hehehe. Sebab kami pun tak tahu waktu operasi cruise tu kan, jadi kene la bergegas ke tempat yang dituju.

Ni kedai yang aku cakap tu, siap atas bumbung pon ada sangkut baju!

Santa Maria Cruise of Osaka

Kami plan untuk menaiki Santa Maria Cruise untuk mengelilingi beberapa kawasan di sekitar Port Osaka, tiket dia dah inclusive dengan 2 day pass yang kami beli di Osaka Station semalam, so hanya perlu bawak tiket tu saja dan tunjukkan di kauter. Kaunter tiket Santa Maria Cruise ni terletak di belakang bangunan Kaiyukan Aquarium West Wharf. So kena jalan kaki sikit la daripada train station, tak jauh mana sangat pon. Sambil-sambil tu boleh la snap-snap gambar pemandangan yang sangat cantik. Ye aku suka pemandangan kat port. Mana-mana port la, sebab bagi aku ada macam sentimental value kat situ. Hiks.

Seniman jalanan tengah buat show percuma.
Port of Osaka.
Orang memancing pun ramai.
Agaknya ikan apa la yang diorang dapat tu.
Ni boarding Counter.
Waktu sejna hampir tiba.
Ok dah sampai kat kaunter tiket Santa Maria tu kami pon siap-siap tanya kat kaunter waktu cruise tu bertolak. Sebab dia ada schedule dia. Untuk maklumat lanjut mengenai Santa Maria Cruise ni boleh rujuk kat SINI.

TEL:0570-045551(Osaka Suijo Bus Ltd.)
Venue - Kaiyukan Aquarium West Wharf
Nearest Station - 5-min walk from No. 1 Exit of Osakako Station, Subway Chuo Line
Closings - Irregular closings
Time - Day cruise: leaves on the hour every hour starting at 11:00, Night cruise: 19:00 ※Weekends and holidays from April 21 (Sat) to Oct 28 (Sun), Every day from July 21 to Aug 31
Fare - Day cruise (45 minutes) 1,600 yen, Night cruise (90 minutes) 2,500 yen, reservation required※Separate charge for dinner
Santa Maria routes.
Sementara tunggu cruise seterusnya, dalam pukul 4 petang macam tu, kami solat sekejap di kaki lima bangunan tu. Masa tu memang sejuk, dan tak cari pun surau, tak pasti ada ke tak kat area situ. So kami belasah je tepi bangku sambil. So cruise ni akan bawak kita round kat sekitar Osaka Port dalam masa 45 minit! Memang berbaloi la sebab masa kami pergi tu dah memang time sunset! Jadi pemandangan dia memang superb.

Santa Maria Cruise ni macam ala-ala kapal lanun gituh. Memang cantik dan unik la, dan kita boleh berlegar-legar atas kapal tu, tak kisah la nak duduk kat ceruk mana pun. So pandai-pandai la pilih tempat yang best.

Tu dia Santa maria dah sampai.
Kapal yang kami naik.
Lawa sangat langit masa ni.

Dari atas cruise kita akan di bawa melalui kawasan-kawasan di sekitar Osaka Port, dan akan lalu jugak tepi Universal Studio Japan! Boleh la nampak orang naik roller coaster bagai kat dalam tu.

Makin lama makin gelap.

Dah habis berlegar-legar selama 45 minit atas cruise, sambil berangan macam dalam filem Pirates of Caribbean, kami turun semula di West Wharf. Tujuan seterusnya adalah untuk ke Universal Studio Japan. So dari situ nak ke Universal  Studio Japan kami naik shuttle boat direct dari situ. Naik boat tu  pakai 2 day pass jugak so tak payah bayar. Terminal boat adalah berdekatan saja dengan jeti Santa Maria cruise tu.


Captain Line shuttle boat (Klik SINIni lebih kurang macam teksi air la, boleh drop kan penumpang kat station-station mana yang dikehendaki. Kami naik shuttle boat ni dan turun di stesen Universal Studio Japan. Nak la jugak merasa jejak kaki kat Universal Studio Japan kan, walaupun tak sempat nak masuk. Ye kami tak masuk pun dalam USJ tu sebab hari dah malam dan tak cukup masa. So amik je la gambar kat Globe bulat tu dan shopping sebenier sikit-sikit. Kat luar kawasan USJ tu banyak shopping complex dan ada jugak Hard Rock Cafe kat situ, So bagi sesiapa berminat mengumpul barangan HRC boleh la beli kat situ juga. Kat area USJ tu ramai jugak jumpa orang Malaysia, kiranya macam musim orang Malaysia melawat Jepun gituh... tapi macam biasa la, banyak jugak yang muka kekwat.


Dah selesai berlegar-legar di kawasan USJ, kaki pon dah rasa macam nak tercabut, kami bergerak pulang ke Osaka City. Masih ada satu lagi tempat yang kami nak pergi yakni Floating Garden Observation Tower di Osaka. Memang gigih weh, sebab rasa sengal-sengal satu badan, berjalan dari pagi sampai ke petang. Tapi ini aja masa yang kami ada sebab esok dah nak balik ke Malaya. So ayuh teruskan!

UMEDA Sky Building, Osaka

Kami turun train di Umeda Station dan berjalan kaki menuju ke Umeda Sky Building. Jauh jugak weh menapak, dekat setengah jam baru sampai campur sesat barat semua hahaha. Masa tu menyumpah-nyumpah dah dalam hati sebab kenapa la kene pergi bangunan tu, sama je kot pemandangannya kan... tapi dalam hati je la hehehe. Dan hakikatnya memang superb dan menawan sungguh pemandangan di waktu malam dari atas bangunan yang tinggi tu. Nak masuk atas tu tak perlu bayar... macam biasa pakai je 2 day pass yang kami beli tu. Dan kat sini jugak la aku merasa naik escalator atas angin! Wah atas angin la sangat ye? Escalator tu kalau patah, memang ko jatuh menjunam ke tanah weh dari tingkat 39! Hahaha tak ke ngeri.


Kat atas tu jugak boleh la korang kunci-kunci mangga bebentuk love, kengkonon menandakan kasih sayang korang demi kekasih tercinta kan....takde maknanya.


Tak boleh nak duduk lama-lama atas tu sebab sejuk yaamat, so kami pun beredar la dalam 30 minit kemudian. Kali ni memang nak terus balik dah. Tak larat dan perut pon makin lapar. Nak kene kemas barang lagi sebab esok dah nak balik! Sedih jugak weh maklumla 7 hari kat Jepun dah macam ada kat laman rumah sendiri tau...over, hahah.

Dotonburi Street

Eh sebenarnya dah nak sampai hotel tu tetiba kami tersinggah pulak dekat Dotonburi Street. Hahah apa yang ada kat Dotonbury Street ni? Sebenarnya kawasan Dotonburi ni adalah satu kawasan yang paling happening kat Osaka. Dia lebih kurang macam Bukit Bintang kat KL la. Macam-macam ada dan kebanyakan muda-mudi Osaka lepak kat sini. Dan kalau nak shopping sebenier pon murah juga. Ada satu kedai borong kat situ yang ada jual macam-macam cekelat dan makanan kat situ dengan harga murah.


Dan yang pastinya kalau nak mengumpat tu pandang kiri-kanan jugak yer sebab ramai je orang Malaysia kat situ kekeke. Ops terlaser John pulak.

Nape tah mamat Glico ni popular sangat.
Ok lepas habis shopping dan makan-makan sikit kat Dotonburi barulah kami balik kek hotel. Memang penat tahap dewa tapi puas.

Esoknya dah nak balik Malaysia, sedih tapi puas sebab percutian kali ni sangat best dan sempoi. Semoga kami berpeluang lagi travel bersama macam ni. Tak sabar ke lokasi seterusnya! NEXT!!!!


Haip!
Pstt: Nanti ada last entry pasal Japan ni, nak la jugak buat closing entry hehehe. Pasal bajet semua pun insyaAllah akan dikongsikan.

WASSALAM.


28 comments:

  1. FIRST kah?
    err..

    terlaser John? hahahaha..tak boleh blah..hahahah..

    memang cantik kan port Osaka tuh

    iya..rasa cam nak seret je kaki bila hujung2 hari itu...

    nexttrip? jgn lupa daku

    ReplyDelete
  2. Suka semua pic diwaktu siang, mood cam hepi je bila tgk hahaha..

    Nanti nak naik la ferris wheel ni kat London, sb kat Osaka aritu tak sempat naik..ha ko hade?

    ReplyDelete
  3. wah...best..lepas ni boleh terjah lawat John di London pulak.

    ReplyDelete
  4. Umeda sky building tu worth x naik? Baca review semua kata kena jln jaoh, btl ker?

    ReplyDelete
  5. ni kalo pak ein tgk port ni mmg kompem2 la dia nak mancing tarik tuna sekor dua hahaha!

    ha nak naik eye of london la nanti! aku ngan na hade, ko hade tak ni? hahahaha!

    ReplyDelete
  6. best2... pasal budget tu mmg ku nantikan.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Best jalan-jalan sama kawan-kawan. Nak join lah satu hari nanti. Kecuali Santa Maria Cruise, semua pun saya ada pergi sama mommy. Japan! I miss you!!!

    ReplyDelete
  8. Ok Ren, semua tempat ni JM dh masukkan dalam Iti..suka tgk gabar mamat depan entrance tu..pesal tak masuk dalam..dh penat ek..ke dah biasa masuk universal studio :-)

    Pesal tak naik Eyes on Japan tu

    ReplyDelete
  9. Just follow your blog :) Interesting... In all my travel, I miss Japan the most :D

    Hey, senang2 singgah2lah ke sifusempoi.blogspot.com

    Travel Blogger hingusan lagi saya ni :D

    ReplyDelete
  10. Nanti nak refer entry ni kalau ke Osaka.

    Santa Maria tu yang ori punya ke?

    ReplyDelete
  11. Kak Anash:

    Iya? hahaha
    Ops ada ke next trip?

    ReplyDelete
  12. Chawanna:

    Gitew...
    Huntungla nak naik ferries Wheel kat londonnnnn, aku xda....

    ReplyDelete
  13. MKL:

    Hahaha insyaAllah ada rezeki lebih mmg la nak ke sana. :)

    ReplyDelete
  14. Farikicha:

    Haah mmg kene jalan jauh, kalau dak takde la nak seret2 kaki sampai tersadung tu heheh,
    Tapi best la layan sunset pun ok.

    ReplyDelete
  15. Biqque:

    Haaa, kompom la pak ein tu nak join sekaki kan hehehe.
    Ha pi la naik kat london tu piiiiii

    ReplyDelete
  16. Izah:

    Huhuhu tunggu ye pasal bajet tu, tengah ambik feel nak menyambung.

    ReplyDelete
  17. DT:

    Ye best kalau jalan sama kawan2!
    Jom kita plan nanti! :)

    ReplyDelete
  18. JM:

    Ha silalah buat macam kami buat hahahaha.
    Memang tak nak masuk sebab mahal dan dah lewat.

    :)

    ReplyDelete
  19. Hafiz Azmi

    Haluuuu salam kenal juga.
    Yup Japan memang worth to be missed :(
    InsyaAllah nanti saya singgah.

    ReplyDelete
  20. Kak NA

    Ahaaa sila sila. hehehe
    Santa Maria tu tak tau la ori ke tak kak... tak kaji pulak. kami nai je tampa berfikir panjang hahahaha

    ReplyDelete
  21. Seronoknya kalian bercuti di negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mah:

      Ada rezeki boleh la bercuti ke negara org Kak Mah ;)

      Delete
  22. X sabar nk tgu last entry....bila gak nya eh? ;)

    ReplyDelete
  23. Tumpang curik idea... hahahahaha..

    ReplyDelete
  24. Salam, boleh tak sy nak dapatkan itinerary dari day one until last day visit jepun. Sbb sy tak jumpa yg dari awal sampai until habis. Lupa nama sy ashraff 23 tahun hehe

    ReplyDelete
  25. Salam sy ashraaff boleh tak sy nak dapatkan itinerary dari day one until last day visit jepun. Sbb sy tak jumpa yg dari awal sampai until Habis visit jepun.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS