Assalammualaikum!
Sebelum tu nak mohon maaf sebab entry Kansai yang lepas aku ada bagitau nak habiskan dalam minggu ni, tapi, terkeluar pulak entry lain dulu. Sorry ye aku masih belum sempat nak mengarang entry Kansai sebab perlu digest banyak benda dan ayat, maklumlah entry penutup kan kekeke #poyo.
Ok sepertimana yang dah di war-warkan sebelum ini (apasala ayat skema sangat ni ha?) sesiapa yang ada lawat blog ni beberapa hari yang lalu, tentu tahu kami ada buat entry #Blackout macam biasa. Sebenarnya kami beramai-ramai terjah Kuala Gandah, di Lanchang, Pahang. Siapa tahu ada apa kat situ? Hmmm, lambat lah korang jawab, kat situ ada National Elephants Conservation Center atau dalam bahasa Malaysia nye Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan. Aku dapat makluman daripada beberapa orang kenalan yang ramai tak tahu pasal kewujudan tempat ni. So dikesempatan ini (fulamak ayat skema giler), aku nak ceritalah serba sedikit aktiviti yang kami buat masa roadtrip ke Kuala Gandah haritu.
Sebenarnya plan nak buat roadtrip ke Kuala Gandah ni datang secara tiba-tiba, tatkala masing-masing teruja nak naik kereta (lori) baru Biqque yang umurnya tak sampai sebulan tu (boleh rujuk blog Biqque mengenai lori baru dia). Giler ke tak nak merasa naik kereta baru? (nak tau kereta apa sila terjah blog beliau). Walau bagaimanapun, nasib menyebelahi keluarga Chawanna sebab diorang je yang dapat naik kereta bertaraf antarabangsa tu. Aku pulak akur naik kereta (lori) Dan Arif dan Maszuber. Eh kejap, nak kena cerita dari mula kan.
Ok kami berkompol di Stesen Minyak BHP di Lebuhraya Karak pada jam 9.30 pagi. Awal-awal lagi Keluarga Bahagia Ely Hasrul (rujuk blog diorang kalau tak kenal) dah tunggu kat stesen minyak tu. Bukan main eksaited kakak santek datang awal ke lokasi. Manakala dua bijik lori yakni lori Biqque dan lori Dan Arif menyusul selepas itu.
Jumlah ahli rombongan adalah 14 orang termasuk 3 orang kanak-kanak. Dan kami juga membawa bekal makanan masing-masing yang kengkononnya nak berpiknik bagai di sana nanti la. Seminggu sebelum tu, Biqque (selaku ketua rombongan) dah gigih buat research talifon pusat gajah tu, tanya itu-ini, waktu operasi, aktiviti bagai... bila dah kompom bukak waktu CNY haritu, barulah kami decide nak pergi.
Sehari sebelum kejadian pulak, masing-masing (kaum ibu) sibuk membuat pastry! Ada yang buat scone la, pretzel Auntie Biqque cookies la, donut la... end up dah jadi macam kedai bakery dah masing-masing bawak bekal.
NOTA: Kalau nak tempah scone boleh tempah kat Chawanna, dia mahir buat scone ala Perancis. Dan jikalau mahu tempah Pretzel AuntyAnneBiqque, donat mahupun pizza boleh tempah kat Biqque sebab dia memang gigih buat pastry tetiap hari hahahaha.
Ok sambung balik, aku pulak hanya beli nasik lemak dan bihun goreng bungkus kat kedai bawah rumah je. Tak mampu la nak buat pastry bagai, kalau mampu dah lama dah aku bukak kedai bakery. hiks.
Perjananan menuju ke Kuala Gandah mengambil masa lebih kurang sejam setengah dari Plaza Tol Gombak. Jangan lupa untuk keluar exit Lanchang dan follow je papan tanda yang terdapat di sepanjang jalan. Jangan terkejut kalau jumpa jugak papan tanda "AWAS lubang di hadapan" yang banyak jugak didirikan sepanjang jalan. Kalau ikutkan logik, baikla ko pegi tanpal lubang tu daripada buang duit buat papan tanda mahal macam tu kan? Tapi aku syak yang lubang tu tak boleh nak dibaiki kot sebab ada kene mengena ngan GAJAH? krikkk krikkk krikkkk (padahal memang lubang sebab jalan rosak).
Dalam pukul 11 pagi macam tu kami pun sampai lah ke destinasi yang dituju. Untuk makluman, pertunjukan atau aktiviti melihat gajah liar dari hutan hanya akan bermula pada jam 2.00 petang. So to kill the time (kalau ko datang awal ko hanya dapat jumpa anak gajah yang dikurung dalam kandang je, tak boleh nak mandi dengan gajah bagai) kami ke destinasi berikutnya yakni Deerland Park atau Taman Rusa yang terletak tidak berapa jauh daripada Pusat Konservasi Gajah tu. Iku je signboard, kompom jumpa.
Pintu masuk utama Deerland Park |
Dah sampai ke Deerland Park, masing-masing dah lapar. Maklumla, tak breakfast kan, so kengkononnya nak la piknik kat dalam Deerland Park tu, tapi ko ingat Deerland Park tu macam tempat piknik ke? Kecik je kot kawasan dia, dan terang-terang ada tulis, makanan luar tak boleh bawak masuk. Takut pulak nanti ada yang bagi rusa-rusa tu makan Scone dengan Preztel kan.
So dek kerna terlalu lapar, kami pon bentang je tikar dan surat khabar kat parking lot depan pintu masuk Deerland Park tu kekeke. Siap diapit oleh dua bijik lori dan sebuah kelisa lagi tu. Pedulik apa, kami tak kacau paking kereta orang pun, dan sebab dah lapar, semua jadi.
Ok memang sah masing-masing dah lapar, Aqilah dan Suci pon dah standby tunggu sekon. |
Ibu mengandung apatah lagi...dua bungkus bihun tau! ops. |
Pagar ni bukak pukul 10.30 pagi. |
Ok dah selesai makan, dan kemas apa yang patut barulah kami mulakan misi menjenguk rusa. Untuk masuk ke Deerland Park ni kena bayar tiket RM6 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak.
Info mengenai Deerland Park:
Waktu Operasi :
Setiap hari kecuali hari Jumaat -tutup) 10.30 pagi hingga 5.30 petang
Setiap hari kecuali hari Jumaat -tutup) 10.30 pagi hingga 5.30 petang
Alamat:
No. 67, Jalan Zabidin, 28400 Mentakab, Pahang.
No. 67, Jalan Zabidin, 28400 Mentakab, Pahang.
Contact persons:
Encik Abdullah (013-9676242) / Puan Herlina (013-9881345) / Office (09-2797249)
Encik Abdullah (013-9676242) / Puan Herlina (013-9881345) / Office (09-2797249)
Emel: kraunaturepark@yahoo.com.my
Apa yang ada kat dalam Deerland Park ni?
Semestinya ada rusa! Masuk-masuk je korang akan nampak kandang rusa yang besar dan ada banyak sangat rusa dalam tu. Sekali sekala teringat pulak macam kat Nara... tapi rusa kat Nara tak duduk dalam kandang heheeh. Kita akan diberi sebakul ubi kayu untuk bagi rusa-rusa tersebut makan! Yer, kita boleh bagi makan kat rusa-rusa tu, makanya berebut-rebut la rusa-rusa tu serbu kat makanan yang kita sua kat mulut diorang!
Laluan masuk yang agak berhutan. |
Jumpa pulak kaunter ni untuk check tiket. |
Lepastu kita akan diberi ini. Aku pun tatau apa, ubi kayu kot. |
Tu diaaaa masing-masing dah menunggu. Lapar kot diorang ni. |
Makan...omnomnomnom |
Layan video sat.
Memang banyak giler rusa kat sini. |
Sebenarnya menarik jugak la kativiti ni kalau bawak anak-anak kecil, supaya mereka dapat mengenal binatang. Deerland Park ni macam petting zoo jugak la. Selain rusa ada macam-macam lagi haiwan lain yang ada dalam tu macam ayam, ular, arnab dan burung. Haiwan-haiwan kecik je la, yang besar kalu, sila pergi zoo negara hahaha.
Aqilah suka tengok Birds! |
Cawan dengan ular sawanya... |
Lupa la ni binatang apa, ala yang dalam cerita kartun Kim tu...tapi yang ni albino. |
Fluffy Chicken... gebu habis. |
Ha pilih nak derma kat mana satu. |
Untuk kisah-kisah di pusat konservasi yang lain boleh juga ketik di sini:
- Pusat Konservasi Beruang Matahari - Bornean Sunbear Conservation Center At Sepilok, Sabah
- Sanctuary Monyet Belanda - Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Sabah
WASSALAM.
waa..skrg dah kena pagar eh rusa2 neh. dulu aku pegi bole mingle and feed dlm kawasan ruse tu. tapi agak bahye sebab ruse2 neh pelahap.
ReplyDeleteAgip:
DeleteHaah dah ada pagar masa kami pergi tu. Mmg rusa2 tu semua pelahap habis. Memang wajar la kot diorg buat pagar demi keselamatan juga.
Bergajah rupanya..Nasib ada watermark kat perut laki aku, kalau tak nampak 1 pek dia, dah tak hot dah hahaha..
ReplyDeleteBest ke jenjalan ngn travelholicawesome??
Chawana:
DeleteHahaha mmg itulah niatku meletakkan watermark itu disitu kekeke.
Ala stakat ngan TA tu biasa biasa je ahaksssss
aku nampak buah terung (jenis ulam) yang dah dipotong dalam bakul tu....
ReplyDeletebtw, x sangka pula byk tempat menarik dekat Pahang selain tempat gajah tu....
Takky;
DeleteOh terung eh. Haah ada jugak rupa terung kwkwkw
Banyak tenpat lain lagi kalau rajin explore.
Woooweeee..bestnya!!
ReplyDeleteBeautifullife:
DeleteHaah best. Sila bawa Adlina.
tiada tempahan dibuka untuk kapkek
ReplyDeletekikiki
untungla dapat naik lori
ada lori ada bas
ada hari bole balas
siap pantun tu...
Tansree Coco:
DeleteAlaaaaa xda tempahan ke... Hampa. Terpaksa oder ngan presiden di landen kekeke.
Untungla kan naik lori lama....
eh natey ape yg gebu kaler coklat tu..comey
ReplyDeleteapasal tak curik je bawak balik
Dzuchan:
DeleteTu nama binatang tu heret HaHaHa!!! Aku pon tatau binatang apa tu.
omg..fluffy chicken??
ReplyDeletemana datang baka chicken macam tu...sooo fluffyyy..~
Nana:
DeleteHaah comel kan. Tulis kat situ dia dari kawasan asia macam cina, tan tan tan tu.
Wow cantik ye.....jalan-jalan cari pa ye bro?
ReplyDeleteMKL
DeleteHehehe xda cari apa pun.
jgn kata org lain JM pun tak tahu ada gajah di kuala gandah ni..ingat kan ke Thailand..
ReplyDeleteRamai tunjuk bakat buat pastry bagai jenis..naper nama kak Anash tak tercalun neh..
Tercarik2 gambar tuan tanah :-)
14 org?..wow mmg keluarga besar
JM:
DeleteHa jm x tau? Ok nanti pegi la sebab dah tau hehehe best.
Tuan tanah tak de gambar hot untuk dikongsikan masa ni. ;)
Ye memasing ada bakat berpastry. Kami semua ada 16 org tapi 14 je hadir kwwkemw
wohoo... bestnye jenjalan dgn travelmate yg sgt happening. pusat konservasi ni dulu penah gak sampai masa buat research kat situ. actually dekat je ngan kawasan tu ialah kawasan kaki gunung benom. dulu i penah join xpdc saintifik kat situ. trill habis... hehehe
ReplyDeleteFarel:
DeleteHehehe wah pernah LI kat situ yer. Banyak tempat menarik kat sana. Seronok kalo dpt pegi. ;)
mati-matian aku ingat korang ke thailand ke apa, tak sangka ke kuala kangsar pulak.happening je tengok reramai pegi...
ReplyDeleteOrga:
DeleteBukan Kuala Kangsar la Orga, Kuala Gandah kat pahang kekwkwkw
orga, kuala gandah, bukan kuala kangsar hahahaha...
ReplyDeletejggl, AKU SUKA ENTRY NIIIIIIIIIII! SILA SAMBUNG!
ok, binatang yg kaler oren tu namanya ferret...haiwan nocturnal yakni malam je aktif, tu dia tido tu hehehe...
ubi tu ubi keledek...gile ganas kan rusa2 tu rampas nk mkn!
pretzel ku agak keras tapi donut ku mmg lembut hehehe...tobat dah tanak uli malam2 sampai kul 3 pagi ok! len kali aku buat benda lain plak :)
KAMI SOKONG PRESIDEN BARU! #SUPPORTNEWPRESIDEN katanyaaaaaaa hahaha!
Biqque:
DeleteHahahaha ok nanti aku sambung. Tapi kene tggu sebab kemalasan sedang melanda. Heheh
AYUH!
Bestnya trip berjemaah camni.
ReplyDeleteIntro plak pasal pastry2 ni...laparr
Jea:
DeleteKalau kita pergi dengan kengkawan yg kita suka mestilah best.
Nak order pastry? HaHaHa!!!
ohh.. patut la #Blackout haha.. terjah sana blackout, sini blackout.. menikmati keindahan alam rupanya.. hee.. bru tahu ada deerland park dkt situ..
ReplyDeleteCik nufa:
DeleteHahaha biasa la TA buat blackout kekeke. Haah dah tau tu boleh la pergi kekeke.
Cantek sungguh gmbr yg diambil. Percutian yg sgt cuti2 malaysia!
ReplyDeleteKaki berangan:
DeletePakai henpon je kot cantik penamanya. HaHaHa!!!
amboi sakan tulis entry baru main langkah2! haha
ReplyDeleteteruja tgk kaunter pemeriksaan tiket tuh, pakai daun palas je~ malaysia sangat!! ahahaha
ibu mengandung takpe makan banyak, mmg cm ade mulut lain dalam perut dia~
Shahrule:
DeleteHa mestila sakan, TA diutamakan kekeke.
Kaunter daun palas??? Bukan daun nipah ke? HaHaHa!!!
Ibu mengandung bernafsu gajah hehehe
Ala ala chiangmai gitew!! seronok ada banyak rusa rusa ni...
ReplyDeletemacam nak pergi ...insyaallah
Nekcik:
DeleteHaaaa silala pegi. Best bawak budak2.
Ish. i gomok. ehehhehehhe.... nak gi diet takut org ingat gajah nnt.
ReplyDeleteokthxbye
Lily:
DeleteOps. HaHaHa!!!
akan di planning kan utk pergi nnt.. hee..
ReplyDeleteHa apa lagi mmg kene pegi tu ;)
DeleteKuala Kangsar kampung saya he he he...rusa pun ada di KK. :)
ReplyDeleteEee gelilah tengok ular tu...
Kak NA
DeleteHa kat kampung kak NA ada rusa? Bestnya!
salam....thanks kerana menulis..moga terus menulis...
ReplyDeleteMKL
DeleteInsyaAllah akan terus menulis ;)
Janggal trekker, nak tanya berapa hengget kena bayar masuk Kuala Gandah and boleh mandi manda dengan gajah tak?
ReplyDeletextahu plak wujudnya tempat ni... best jgk ni... boleh request pegi ni
ReplyDelete