Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Projek Teater: Teater Puteri Gunung Ledang the Musical - Season 3

Assalammualaikum!

Semalam aku berpeluang untuk menyaksikan sebuah karya yang dikatakan terhebat bagi sebuah naskah muzikal teater di Malaysia. Hmmm apa lagi kalau bukan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang. Aku memang akui kehebatannya dan sememangnya aku fanatik pada produksi ini! Malahan ini merupakan kali ke-4 aku menyaksikan Puteri Gunung Ledang the muzikal saban tahun, dan aku dapat menyaksikan sendiri perjalanan dan perkembangan persembahan teater ini sejak musim pertama hinggalah ke musim ke3! Sememangnya tanpak besar kelainan yang ditonjolkan bagi PGLM3 kali ini.
Mungkin ada yang bertanya, apa bezanya PGLM I,II, dan III? Bagi aku memang banyak bezanya. Walaupun jalan cerita masih sama namun pelbagai elemen baru telah disuntik ke dalam PGLM3 kali ini. Yang paling ketara adalah elemen-elemen magikal yang tidak terdapat dalam persembahan dahulu. Kagum aku melihat para pelakon melakonkan watak yang sungguh mencabar dengan aksi dan tarian yang telah diberikan nafas baru! Corak tari…

Geng - Let's Pokok!

Sebelum ini aku tidak terfikir tentang sumbangan kecil daripada pokok renek yang aku letakkan di atas meja di office. Begitu juga dengan pokok-pokok bunga yang aku biarkan hidup segan ...mati tak mahu di hujung halaman rumah...sekali sekala berbunga, dan sekali-sekala kontang ibarat pokok tak cukup air, kesian.

Tapi setelah membaca sebuah artikel di internet, baru aku sedar walaupon pokok-pokok itu kecil, tidak sehebat pokok-pokok di hutan dan tidak sesubur mana, namun mereka tetap memberi sumbangan yang cukup bermakna kepada kita. Sedar atau tidak, sebenarnya sejak di peringkat sekolah rendah lagi kita telah mempelajari sumbangan tumbuh-tumbuhan dalam mengeluarkan Oksigen dan sebagainya. Tapi ada di antara kita yang endah tak endah tentang kepentingan tersebut. Sebagai contoh, pernahkah anda terfikir bagaimana gigihnya tumbuhan menjalar, melilit di pagar rumah kita untuk mencapai puncak tertinggi supaya cahaya matahari dapat diserap kedalam sistem mereka? Pokok menjalar itu muncul ent…

Lagi Kisah "Geng: Pengembaraan Bermula" di Shah Alam

Adoyaiii sejak akhir-akhir ni aku terpaksa melupakan beberapa kativiti Janggel seperti masuk hutan dan berkeliaran di tempat-tempat aneh...semuanya semata-mata kerana GENG!! Semalam, aku berkesempatan menghadiri satu "Malam Bersama Geng" bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula di Shah Alam. Lokasi? Sebuah restoran yang diberinama Geng, terletak betul-betul di hadapan Markas Les' Copaque! Memang Happening giler tempat tu. Sebab apa happening? Sebab ramai peminat-peminat filem Geng:Pengembaraan Bermula yang hadir untuk sama-sama menyokong tayangan filem tersebut.[Kalau anak buah aku tau ni..mampos aku!!!! Dia pon fanatik Upin ngan Ipin gak!]
So di Geng, aku sempat menjawab soalan kuiz yang membolehkan aku memenangi sticker kereta filem Geng! Hahahahah jangan main-main, aku dah tampal pon kat keta aku! Tetiba aku nampak keta sport aku tu bersinar-sinar jer hahahahahah!.Apa soalan dia ek...

"Upin dan Ipin pertama kali beraksi di pawagam, apakah nama filem yang dilakonkan ol…

Review Filem: Geng:Pengembaraan Bermula

Dah lama tak buat review filem, bukan sebab aku dah stop tengok wayang ...tapi sebab malas nak buat review memandangkan banyak sangat benda lain yang nak kena buat. Tapi kali ni aku mesti buat jugak review pasal filem Geng: Pengembaraan Bermula! Sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia yang sangat membanggakan!!!

Malam tadi aku berpeluang menonton filem ni di GSC Mid Valley. Fullhouse panggung wayang sempena hari pertama tayangan filem tersebut. Adoiaiiiii memang rugi la sapa yang tak pergi tengok filem ni. Aku sangat-sangat mempromote filem ni untuk ditonton. Sesuai untuk semua golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak.

Apa yang menarik?

Jalan cerita yang sangat menarik dan menyelitkan unsur-unsur science fiksyen yang memang belum pernah wujud di Malaysia sebelum ini!Kualiti grafik 3D yang cukup bagus, bagi aku setaraf dengan filem-filem 3D antarabangsa seperti Shrek, Madagascar dan yang sewaktu dengannya!Watak-watak yang sangat sesuai dan lucu, diolah dengan baik sekali oleh pihak p…

Cuti Lagi...Melaka Yang Baru!

Bukan senang dapat cuti panjang, dan bila dah dapat janganlah disia-siakan...betol tak? Hmmm itu lah yang aku cuba lakukan sedaya-upaya abila ada cuti panjang. Akan aku penuhkan dengan pelbagai aktiviti, sementara masih ada masa ni...
Jadi seperti minggu-minggu sebelum ini, untuk menghilangkan rasa kebosanan duduk di rumah, aku dengan gila-gilanya telah menghabiskan duit berjalan-jalan ke Tapak Warisan Dunia iaitu Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah. Masuk kali ni, dah tak tau berapa kali dah aku menjejakkan kaki ke bumi pahlawan itu. Hmmm pasti bagi orang-orang yang selalu ke Melaka, tak nampak banyak perbezaannya. Tapi bagi aku, kini Bandaraya Melaka sudah berwajah baru dan lebih mesra pelancong! Fokus percutian aku kali ni bukan sahaja untuk menjelajah tempat-tempat bersejarah yang memang dah selalu aku jejaki sebelum ini, tetapi juga menjelajah ke tempat-tempat baru dan menilai Wajah Baru Bandaraya Melaka!

Sebelum ke Bandaraya Melaka, aku sempat singgah di Pekan Alor Gajah yang a…