Assalammualaikum!
Semalam aku berpeluang untuk menyaksikan sebuah karya yang dikatakan terhebat bagi sebuah naskah muzikal teater di Malaysia. Hmmm apa lagi kalau bukan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang. Aku memang akui kehebatannya dan sememangnya aku fanatik pada produksi ini! Malahan ini merupakan kali ke-4 aku menyaksikan Puteri Gunung Ledang the muzikal saban tahun, dan aku dapat menyaksikan sendiri perjalanan dan perkembangan persembahan teater ini sejak musim pertama hinggalah ke musim ke3! Sememangnya tanpak besar kelainan yang ditonjolkan bagi PGLM3 kali ini.
Semalam aku berpeluang untuk menyaksikan sebuah karya yang dikatakan terhebat bagi sebuah naskah muzikal teater di Malaysia. Hmmm apa lagi kalau bukan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang. Aku memang akui kehebatannya dan sememangnya aku fanatik pada produksi ini! Malahan ini merupakan kali ke-4 aku menyaksikan Puteri Gunung Ledang the muzikal saban tahun, dan aku dapat menyaksikan sendiri perjalanan dan perkembangan persembahan teater ini sejak musim pertama hinggalah ke musim ke3! Sememangnya tanpak besar kelainan yang ditonjolkan bagi PGLM3 kali ini.
Mungkin ada yang bertanya, apa bezanya PGLM I,II, dan III? Bagi aku memang banyak bezanya. Walaupun jalan cerita masih sama namun pelbagai elemen baru telah disuntik ke dalam PGLM3 kali ini. Yang paling ketara adalah elemen-elemen magikal yang tidak terdapat dalam persembahan dahulu. Kagum aku melihat para pelakon melakonkan watak yang sungguh mencabar dengan aksi dan tarian yang telah diberikan nafas baru! Corak tarian dan susun atur perjalanan cerita juga telah digarap dengan cukup indah dan dikupas dengan lebih mendalam oleh pengarhnya. Syabas! Sememangnya aku terus kagum dan terhibur. Sepanjang persembahan aku dibuai dengan lagu-lagu dari yang mengasyikkan yang sememangnya telah melekat dalam kepala otak aku sejak 3 tahun yang lalu.! Memang best.
Tambahan kepada set ataupun prop pentas juga menjadikan persembahan PGLM 3 kali ini lebih menonjol, susun atur prop yang baru, tambahan kepada Kapal Jawa yang sebelum ini hanya menunjukkan layarnya sahaja, Keadaan di hutan Gunung Ledang yang lebih menyeramkan dan kostum-kostum pada karektor-karektor yang baru juga menambahkan keajaiban teater PGLM3. Babak yang paling mendatangkan kesan pada aku adalah ketika rombongan peminangan Sultan Mahmud yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah berdepan dengan halangan daripada Jelmaan Nenek Kebayan! Satu babak yang dikupas dengan sangat baik dan menakjubkan..tambahan pula disuntik dengan elemen-elemen magik yang menjadikannya bertambah segar! Syabas PGLM3, kerana tidak sia-sia menimba ilmu dari luar untuk dimasukkan kedalam produksi ini. Unsur api dan angin yang di bawa masuk memang unik!.
Pujian juga aku berikan kepada setiap barisan pelakon yang berjaya menghayati watak dengan begitu teliti. Hang Tuah pula kali ini ku lihat lebih 'Jiwang' daripada musim-musim sebelum ini. Sememangnya ia amat mempersonakan, walaupun jiwang, kegagahan Hang Tuah masih dikekalkan. Dialog-dialog puitis yang dituturkan oleh kedua-dua pelakon utama sememangnya mendatangkan perhatian yang serius dari kalangan penonton.
"Setapak Melangkah Meninggalkanmu, Dua Langkah Rinduku Terhadapmu..."
Kelainan PGLM 3 kali ini:
- Jalan cerita yang dikupas dengan lebih mendalam dan watak-watak yang lebih berkembang.
- Props yang lebih banyak dan menarik.
- Penggunaan kostum yang lebih menarik dan memasukkan elemen-elemen Jawa, Melayu, Bugis, Cina, India, Arab dan sebagainya.
- Lagu-lagu yang disusun semula dengan melodi yang lebih segar. Gaya penyampaian lagu yang berbeza dan lebih mantap. Suara Stephen dan Ida memang Superb! Lagu yang poaling aku suka adalah 'Keranamu Kekasih' dan 'Tujuh Syarat Agung' [Lagu ni memang unik! aku pon dah hafal and siap nyanyi skali hahahahahah]
- Corak tarian yang baru dan lebih menggambarkan keadaan pada zaman tersebut. Ini menandakan usaha gigih setiap pelakon dalam menjadikan tarian mereka hidup! Antara babak tarian yang paling menyerlah adalah ketika Sultan Mahmud membuat tarian Broadway di hadapan Istana Melaka dan juga Babak persembahan Gusti Putri menari di hadapan Hang Tuah dan Sultan Melaka. Sangat superb! Tiara your dance memang gemalai dan sangat Natural!
- Banyak elemen-elemen magik yang diperkenalkan yang menjadikan cerita ini lebih hebat. Sememangnya masyarakat dunia pada masa dahulu banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur magik ini. Antara babak magik yang aku suka adalah ketika Gusti Puteri Hilang didalam pelukan Bayan dan juga Babak Jelmaan Nenek Kebayan bertukar menjadi Gusti Puteri! Memang berhantu. Di samping itu babak Nenek Kebayan menjelma menjadi 7 orang juga sangat menarik!
Selebihnya, PGLM3 masih mengekalkan keasliannya. Kekal unik dan ekstravaganza! Tahniah kepada produksi Datin Seri Tiara Jacquelina! Aku harap ini bukanlah Musim terakhir PGLM seperti yang dinyatakan oleh beliau. Penggemar teater tanah air masih merindui PGLM dan semoga ianya akan terus dipentaskan, walaupun ianya perlukan kepada perubahan.. Sekali lagi Syabas. Sememangnya aku amat berpuas hati, walaupun tiket MAHAL, tapi ianya berbaloi!.
Macm biasa la...pegi dengan Opismate!!!
Akhirnya Hang Tuah dan Gusti Putri di Puncak Ledang...
Bayan dan Patih...yang best!
Raja Ahmad yang kiut!!
Essemble yang memang Havoc!! Best..best..best..
Ramai betol peminat PGLM3!
Hahahah aku orang terakhir yang diberi peluang! Siap suh depa sain 3 Poster lagi!!!
Buku Program pon ada autograph diorang!
Sempat pinjam topi jawa ni dari mamat jaga kedai cenderamata..heheheh
3 Pelakon Utama PGLM3, Stephen, Tiara dan Ida!
Macm biasa la...pegi dengan Opismate!!!
Akhirnya Hang Tuah dan Gusti Putri di Puncak Ledang...
Bayan dan Patih...yang best!
Raja Ahmad yang kiut!!
Essemble yang memang Havoc!! Best..best..best..
Ramai betol peminat PGLM3!
Hahahah aku orang terakhir yang diberi peluang! Siap suh depa sain 3 Poster lagi!!!
Buku Program pon ada autograph diorang!
Sempat pinjam topi jawa ni dari mamat jaga kedai cenderamata..heheheh
3 Pelakon Utama PGLM3, Stephen, Tiara dan Ida!
Janggeltrekker
alahai hari ni kan last tayangan PGL.. xsempat jugeeeek aku nak menontonnya... terlalu bzzz... hrp2 pas ni ade lagi PGL season4...
ReplyDeleteaku juga berada di panggung yg sama, pada waktu yang sama, menonton pementasan yang sama..
ReplyDeleteKabussenja::
ReplyDeleteTakpe kabussenja...saya begitu yakin yang akan wujudnya PGLM musim ke 4... tak caya tunggu jelah nanti...
:)
koishie::
ReplyDeleteOwh yer ker koishie..
Patutla terasa seperti jangan pandang belakang hahahhahaa..
Anyway show mlm tu memang best kan!! Kan!! Kan!!
waaaaaa
ReplyDeleterindu PGLM 3
hopefully ade season 4
nak tgk lagi~
saya suda kembali...mai la dtg ziarah2
ReplyDeleteenchekCamera::
ReplyDeleteYup..rindu nak tengok lagi PGLM...
anap:
ReplyDeleteWaaa sudah kembali nampaknya encik anap nih...wokeh akan ku jenguk anda di sana.
wahwahwahh..meriah ye...
ReplyDeletesaya::
ReplyDeleteYe..begitulah nampaknyer saya...
tak ajak pun eh.....
ReplyDelete(^_^)
♥Yanie Putrajaya♥
*********************************
Len kali la...
ReplyDeleteSalam. Klu ada lg softcopy asal gambar² especially masa curtain call tu, sy nk boleh? Sy takde simpan gambar ms sy on stage. Baru dpt tgk ni.. IG sy mr.nabil.abdullah
ReplyDeleteInsyaAllah nanti saya try cek semula.
Delete