Posts

Showing posts with the label Projek Teater

Projek Teater: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Teater Muzikal)

Image
Assalammualaikum!!! Setelah sekian lama, baru reti nak update blog? HaHaHa!!! Sorry la agak busy sikit dengan hal duniawi.  Ok nak cerita sikit, aku baru lepas nonton Teater Muzikal Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Istana Budaya . Sebagai orang yang pernah menonton filem Indonesia ini, apa yang boleh aku cakap mengenai teater ini adalah:- Bagus, lakonan para pelakon ( Nabila Huda, Ammar Bahrin, Shahrul Ridzuan, Liza Abdullah, etc) boleh dikatakan bagus dengan penghayatan yang tinggi. Walaupun ada orang kata Ammar Bahrin tak sesuai pegang watak Zainuddin , tapi bagi aku dia berjaya. Props pentas yang sangat banyak, dan cantik. Di samping tu ada visual effects yang berkualiti tinggi dari Lès Copaque (penerbit animasi Upin dan Ipin ). Lagu-lagu biasa je (ciptaan Pak Ngah ), dan semua pelakon nyanyi miming. Tu yang spoil . Kalaulah para pelakon semuanya konfiden macam Datin Seri Tiara (nyanyi sendiri walau suara tak sedap sangat) kan bagus. ...

Projek Teater: P.Ramlee The Musical 2014 - DRB Hicom

Image
Assalammualaikum!!! Ok memang tahun 2014 ni aku agak kurang melibatkan diri dalam projek teater. Tak macam tahun-tahun sebelum ni. So bila ada je peluang aku terus grab untuk tengok. Tambahan pulak teater dari Enfinity Production , memang aku takkan lepaskan. Bermula dengan Puteri Gunung Ledang The Musical ( Season 1 hingga 3 semua aku tengok) dan sekarang ni P.Ramlee The Musical pulak, memang terus gigil-gigil la nak pegi. Oh seminggu sebelum aku tengok PRTM, aku dipelawa oleh Badan Budaya Perak untuk menyaksikan pementasan teater Ladin dan Si Puyu Puyu di Auditorium DBP. Teater musikal kanak-kanak yang aku rasa sangat bagus untuk diketengahkan.  Seriously , pelakon semua best dan berbakat besar, boleh diketengahkan.  Berbalik kepada PRTM , aku tengok pada malam raya haji yang lalu dengan seorang penulis hebat, Pingu Toha. (Sebenarnya tersalah beli tiket, salah tengok tarikh hukhukhuk). Tapi disebabkan harga tiket yang kami beli pun dah mahal (mujur dapat ...

Projek Teater: London: The Summer Musical (Thank You Tourism Selangor)

Image
Assalammualaikum!! Haritu kan, masa aku tengah belajar dalam kelas haritu, aku telah membelek-belek TL twitter (sila jangan ikut perangai aku) lalu ternampak post update daripada @TourismSelangor yang berbunyi begini: Dan aku dengan pantasnya menjawab le soalan tersebut, (jawapan dia Tuesdays) dan akhirnya aku adalah di antara 3 pemenang yang berjaya mendapatkan 2 keping tiket ke London menonton "London: The Summer Musical" di Amphitheatre Sunway Lagoon! Omakaiiii teruja yaamat sebabnya aku memang suka tengok teater muzikal dan kedua, sumpah aku tak pernah masuk Sunway Lagoon! Maka perjalanan mengambil tiket ke @TourismSelangor di Shah Alam pon bermula. Alangkah bagusnya aku sebab 3 kali tersesat jalan menuju ke Shah Alam dan 3 kali juga aku tawaf bangunan SACC Mall semata-mata mencari bangunan @TourismSelangor itu. Alhamdulillah, hasil petunjuk yang diberikan oleh Dian (@TourismSelangor) akhirnya aku ketemu jugak bangunan berkaler biru di tepi bangun...

Projek Teater: Upin dan Ipin The Muzikal

Image
Assalamualaikum!!! Projek teater kembali lagi!!! Kalau tahun-tahun sebelum ni bukan main gigih aku menerjah mana-mana projek teater yang berlangsung sekitar Kuala Lumpur, tapi tahun ni agak kureng sikit memandangkan aku agak busy dengan kerja dan banyak pulak mesorat dengan #travelholicawesome yang berlangsung!!!! Hahaha boleh diterimakah alasan tersebut? Belasah je la. Setiap tahun akan ada teater kanak-kanak yang berlangsung kat Istana Budaya , dan tahun ni giliran Upin dan Ipin the Muzikal pulak masuk panggung! Gile ke kalao tak teruja! Bukan main femes produksi Upin dan Ipin ni sampai member aku warga Cambodia pun cakap anak dia suka Upin dan Ipin sebab tengok dalam Disney Channel! Wow bangga sekejap! Malam aku tengok teater ni, ramai penonton kanak-kanak yang hadir, dan mentang-mentang la hospital KPJ yang taja teater ni, tak habis-habis la budak² pelakon tu promote KPJ dalam dialog diorang dan its a bit annoying jugak la. Sebab apa aku cakap annoying? Sebab semu...

Projek Teater: 1 Plastik Hitam

Image
Assalamualaikum!!! Lama betul tak terjebak dengan Projek Teater. Kali terakhir adalah bulan September dulu kot, menyaksikan The Secret Life of Nora di Istana Budaya. Lepas tu haremmmmm dah tak jejak kaki ke IB dan yang seangkatan dengannya. Aku dah slow sikit bab-bab ni, berhibernasi je sekarang. Tapi baru-baru ni, aku sempat pulak menyaksikan pementasan teater bertajuk " 1 Plastik Hitam" . Lokasi pementasan tidaklah segah di IB, malah beratus kali ganda lebih sempit daripada IB. Tontonan juga di celah-celah kepala manusia dan tempatnya juga tak berapa selesa...walaupun harga tiket masuk adalah RM 20 (kiranya kalau kat MATIC pon boleh lepas). Pementasan teater 1 Plastik Hitam berlangsung di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) . Waktu pementasan pula adalah pada jam 8.30 malam.Tak silap aku semalam (Ahad) merupakan hari terakhir pementasan. Para pelakon? Rata-ratanya memang aku tak kenal langsung cuma ada la sorang, Karl Syafek yang pernah mengacarakan rancang...

Projek Teater: The Secret Life of Nora

Image
Assalamualaikum!!! Projek Teater (PT) kembali lagi. Kali terakhir aku PT aku adalah pada bulan Julai yang lalu iaitu Teater Mak Dara Nyonya yang berlangsung di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur . Kali ini aku meneruskan saki baki PT dengan sebuah Teater Muzikal yang dikatakan gah milik produksi Infiniti Datin Seri Tiara Jacquelina, The Secret Life of Nora! Mungkin ada dikalangan kita yang pernah menonton Filem "Nora Zain - Agent Wanita 001" yang sangat popular satu ketika dulu sekitar tahun 1965 (filem hitam putih) lakonan Sarimah, Aziz Jaafar, Saadiah dan Nordin Arshad. Kali ini naskah Nora Zain diterjemahkan di dalam bentuk Teater Muzikal dan diberi nafas baru yang lebih segar dengan keunikan latar ceritanya. Bukan secara langsung menceritakan kisah Nora Zain itu sendiri tetapi Teater The Secret Life Of Nora ini merupakan kisah di sebalik kehidupan Agent Nora itu sendiri, di mana sejarah permulaannya sebagai Penyanyi Pentas Kaberet di tipu oleh seoarang pel...