2012-04-16

Projek Teater: Upin dan Ipin The Muzikal

Assalamualaikum!!!

Projek teater kembali lagi!!! Kalau tahun-tahun sebelum ni bukan main gigih aku menerjah mana-mana projek teater yang berlangsung sekitar Kuala Lumpur, tapi tahun ni agak kureng sikit memandangkan aku agak busy dengan kerja dan banyak pulak mesorat dengan #travelholicawesome yang berlangsung!!!! Hahaha boleh diterimakah alasan tersebut? Belasah je la.

Setiap tahun akan ada teater kanak-kanak yang berlangsung kat Istana Budaya, dan tahun ni giliran Upin dan Ipin the Muzikal pulak masuk panggung! Gile ke kalao tak teruja! Bukan main femes produksi Upin dan Ipin ni sampai member aku warga Cambodia pun cakap anak dia suka Upin dan Ipin sebab tengok dalam Disney Channel! Wow bangga sekejap!

Malam aku tengok teater ni, ramai penonton kanak-kanak yang hadir, dan mentang-mentang la hospital KPJ yang taja teater ni, tak habis-habis la budak² pelakon tu promote KPJ dalam dialog diorang dan its a bit annoying jugak la. Sebab apa aku cakap annoying? Sebab semua teater kanak-kanak yang aku pernah tengok sebelom ni pon banyak je yang ditaja oleh kompeni-kompeni besar macam YTL tapi takde pon sebut dalam dialog diorang.

Jalan cerita, menarik. Kisahnya pasal sorang puteri kerajaan pokok yang mencari-cari makna sebenar kegembiraan. Cermin ajaib menunjukkan yang kegembiraan boleh diperolehi daripada Upin dan Ipin, jadi puteri tersebut meminta konco-konconya mencolik Upin dan Ipin. Maka bermulalah pengembaraan Upin dan Ipin, serta kawan-kawannya. 

Props yang digunakan memang menarik dan berwarna-warni! Ramai pelakon kanak-kanak yang berbakat menjayakan pementasan teater ini. Cuma.... Beberapa perkara yang aku rasa perlu diberi penambahbaikan:-

  1. Sound system yang agak low quality! Katanya pentas bertaraf dunia! Jadi tolonglah improvekan sound system kat Istana Budaya ni supaya setiap perkataan yang diucapkan jelas didengar dan boleh difahami. 
  2. Ada banyak ruang-ruang kosong di dalam jalan cerita seumpama tiada kesinambungan di antara satu babak dengan babak yang lain. Aku faham yang belakon tu banyaknya budak-budak, tapi tu bukan alasan kot sebab sebelom ni aku tonton teater kanak-kanak (Aladdin, Siti di Alam Fantasi, Gamat) tak da pon masalah macam tu kan.
  3. Umum mengetahui yang Le's Copaque ni merupakan produksi tempatan, Malaysia... So kenapa barangan merchandise pon nak jual mahal-mahal? Buku program pon sampai RM20 !!! Tu tak termasuk yang lain-lain jugak agak mahal dan bagi aku nak beli pon kena pikir 18 kali. Maklumla miskin.
Ok la, pementasan Upin dan Ipin the muzikal ni akan berlangsung selama 2 minggu lagi. Masih sempat lagi pada sesiapa yang nak menonton. Banyak juga kejutan yang dijanjikan! So jangan lepaskan peluang ya!!!

WASSALAM.

Upin dan Ipin dalam pakaian angkasawan!
Geng Mentadak, paling happening malam tu.
Raju dan Sapeyyyyy
Pembawa watak Upin dan Ipin!

16 comments:

  1. nak kena pergi tengok ni..
    ehehheee

    ReplyDelete
  2. oii gigih ko yek! lain kali ko tgk upin ipin, ajak Aqilah tu, feveret dia!! mesti dia majuk ngn ko sb tak bawak dia huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. tuh dia tokey teater dah mulakan jelajah dunia teater...
    aqilah merajuk kah or mak aqilah yang merajuk?
    mmmm....
    sibuk mesyuarat dgn travelholicawsome? tuh kumpulan apa eh?

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... tak bawak Qilah ke... Cis!

    ReplyDelete
  5. Mie:-

    Hahaha sila pegi, bawak anak-anak. Best tau!

    ReplyDelete
  6. BlueEwoke:-

    Teringat qilah cakap upin ipin sambil juih bibir hehehehehe..Lenkali kene bawak kilah la.

    ReplyDelete
  7. Kak Anash:-

    Tokeh Teater? Muahahahahahahaaaa
    Entah le sape yang tak tengok memang rugi kekekek.
    Akak tak tau ke travelholicawesome tu??? bukan ke akak tu pelopor?

    ReplyDelete
  8. Lily:-

    Kekekeke Qilah takleh masuk, nanti dia naik Sheikh!

    ReplyDelete
  9. betul betul betul betul,

    itu jaa yang aku nak comment(buat mase nie)

    besok aku sambung lagik ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maszuber:-

      Boleh pulak sambung2 komen? Hahahaha apa² je le . Betul betul betul (3kali je la bukan 4 kali! )

      Hahaahha

      Delete
  10. Istana Budaya pun saya tak pernah masuk lagi jejak kaki kat luar adalah hehehe...Nampak cam meriah ajer...So sapa2 yang dah ada anak tu bawak lah pi tonton, pengalaman baru buat budak2 yang berpeluang menontonkan. Mudah2 an ada lah orang2 kaya sponser anak yatim pi tengok kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaque:

      Kalau ada peluang boleh la terjah IB ye! Kekekee
      Ya selalunya memang ada kompeni2 korporat yang taja anak2 yatim. InsyaAllah rejeki diorang pon ada. :)

      Delete
  11. alaaaaa...
    bkn bdk pompuan yg sore upin ipin eh berlakon.. ehehe.. :p

    ReplyDelete
  12. Ako:-

    Tak la, kang tak pasai2 budak pompuan tu kena botak pulak hahahahaa.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!