2012-04-26

Historical Perak: Kuala Kangsar (La Pulak?) The Royal Town

Assalamualaikum!!!

Selingan: Kalau rajin silalah VOTE blog aku kat sini ye kengkawan : Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award under category of Malaysia International Eco Tourism Blog!!! Thanks ya. XOXO 

* * *

[ Sambung dari SINI ]

Sambungan kisah #Travelholicawesome ke bumi Perak. Dari Taping, kami (dua kereta: John, DanArif, Byya, Maszuber, Lily, MasMZ, Kak Coco and me) bertolak ke Kuala Kangsar. Perut masing-masing dah berkeroncong, maklumla jam dah pukul 2 petang dan kami masih belum lunch! Hahaha luarbiasa sungguh, padahal dari semalam asyik makan, makan dan makan je kerja kiteorang!

Selamat tinggai Tepen!

Perjalanan dari Taiping ke Kuala Kangsar sekejap je, cuma satu exit daripada highway PLUS sebab kami keluar ikut Tol Changkat Jering. Sampai je kat Bandar Kuala Kangsar, terkejut jugak aku sebab dah banyak sangat perubahan. Yela sebab dah lama tak jejak kaki ke sana sejak 10 tahun dulu rasanya. Memang kagum la jugak sebab bandar Kuala Kangsar ni cantik dan kemas. Walaupun tak besar macam bandaraya Ipoh, tapi ia ada identiti tersendiri. Sebab tu Kuala Kangsar digelar Bandar DiRaja!!! (Terasa macam kerabat diraja pulak aku ni kekekeke).

Sampai di Kuala Kangsar, kami terus ke rumah nenda MasZuber, nak menziarah katanya. Maklumlah, dah alang-alang lalu Kuala Kangsar. Rumah nenek MasZuber terletak berhampiran dengan Masjid Ubudiah! Ye Masjid yang terkenal seantero dunia tu! Diorang kata kat Jeju Island, Korea Selatan pon ada replika Masjid Ubudiah tau! Kagum betul aku.

Lepas dah jumpa dengan nenek MasZuber, Paksu dia datang dan bawak kami ke satu tempat yang bagi aku paling hebat didonia!!!!! Ya ampun tak pernah aku makan laksa sesedap kat tempat ni! Nama gerai laksa ni adalah Gerai Laksa Pokok Limau, terletak di tepi jalan di Kota Lama Kiri. Masa kami datang tu memang kedai tu penuh dengan pelanggan, dari pelbagai bangsa. Oh ya, belakang kedai ni ada tempat parking kereta, so tak payah risau kalau kat depan kedai dah tak ada parking kereta.


Apa yang menarik sangat pasal laksa kat sini?????? Korang pernah makan laksa dengan telur goreng???? HA kat sini memang ada ok!!! Dan rasanya memang sedap tahap dewa! Rasa SAJIAN ISTANA sangat! Paham maksud aku???? Maksudnya sedap giler la! Sepinggan laksa hanya RM 2.70 je! Ha korang mampu dapat harga laksa murah macam tu dengan telor goreng kat KL????

OK cukup pasal laksa, lepastu kami pergi ke Masjid Ubudiah semula. Tangkap gambar puas-puas walaupon bateri kemera nyawa-nyawa ikan. Fuh memang lawa la masjid ni. Kagum.

Subhanallah...lawa kan.

 

>>>>>FAST FOWARD.>>>>>


Dah habis bergambar di Masjid Ubudiah, kami ke Istana Kenangan pulak! Ya, Istana yang terkenal dalam iklan ADABI tu, bak kata Kak Coco, Istana Adabi! Sebenarnya Istana Kenangan ni dah dijadikan muzium. Tapi malangnya masa kami pergi tu tutup pulak, sebab diorang nak renovate! Huh kempunan aku nak masuk istana ...ops nak kembali masuk istana kekekeke.



Ok jam pun dah dekat pukul 6 petang masa  tu, kami pon dah nak gerak balik ke Ipoh pulak. Haish banyak benor tempat nyinggah nya. Kali ni atas permintaan Kak Coco dan MasMZ pulak. Kak Coco nak jadi pedagang Kacamg Puteh manakala MasMZ pulak nak singgah rumah dia ambik badan Laptop (??? badan laptop?) HAHAHHAA.

Kami singgah semula ke Kampung Kacang Puteh, di Buntong, Ipoh. Kalau sesiapa yang ikut cerita aku dari dulu memang aku pernah blog pasal kampung Kacang Putih ni. Kak Coco borong berbakul-bakul kacang putih nak buat beniaga katanya hahahaha. Ubah profession gamaknya. Kalau nak tau kisah kacang putih sila ke "http://janggeltrekking2.blogspot.com/2012/01/projek-star-cruise-libra-kisah-penamat.html "

Ok lepas habis shopping, kami singgah rumah MasMZ dan menunaikan apa yang  patut sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Itu saja short trip kami kali ni....walaupun tak lama tapi meriah sebab ramai yang ada dan kami semua happy!

Babai Perak!

Tunggu next trip kami lagi ya!

WASSALAM.

12 comments:

  1. gigih! saya puji kegigihan saudara.

    ok, gambar mesejid tu mcm kad raya! nanti kita buat kad raya sendri ok??? dan pakcik tengah solat tu menginsafkan...sungguh kerdil rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Ye memang saya sentiasa gigih, sbb tu entry india ku dah sampai part 10 tapi tak habes2 lagi HAHAHAHAHAHAHAAH

      Ok taun ni aku post kad raya ni je la kat ko.

      Delete
  2. Gigil...eh..gigih...
    entry siap ada fast forward?
    mmmm..mcm pernah baca ayat fast forward tuh...

    yes biqque, sila utarakan cadangan itu...
    mesti raya tahun nih gempak dgn kehadiran kad raya travelholicawsome...(alahai...tak abis ganti utang posa...)

    pasnih nak ke mana agaknyer tuh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak anash:

      Ha cepat teka kat mana jupe ayat tu! Cepat!!! Hahahhahaha.

      Jimat duit taun ni takyah beli kad raya hahahha..

      Akak, sila ganti posa okay!!!!

      Delete
  3. hahahahharuslah badan laptop! Tangan dengan kaki dia dah selamat sampai Kolumpo dah... ekekekekeek

    Laksa Pokok Limau tu memang tak dinafikan SEDAP!!! Lenkali boleh singgah lagik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMZ:

      Over tau badan leptop!!! Nasib bek tak baju leptop skali,

      Laksa ♧ limau mmg terbaik!!!!!

      Delete
  4. ehemmm..ehemmm..
    tengok le kampung sape kann..
    sb tu la bersih, indah dan permai..
    wahhh gituuu..

    hahahahaha




    p/s; benci la word verification kat belog pacik nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanie:

      Hahahaha nak kata yg kampung mike la tu kaaannnnnn!!! Over!!!!!

      Bertabahlah dengan word verification tu....

      Delete
  5. kalo blik kampung Na n Icam, confirm cawan nk menyimpang cari Laksa Kuala Kangsar ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cawan:-

      Ai macam jauh je nak menyimpang nye tu???? Ipoh...KK macam jalan lain² je hahahahaha

      Delete
  6. Amboiiiiiii SAJIAN ISTANA?? ahahhaha overst!! aku pn reti buat telur dadar tuh..cissss..takpe2..nanti aku ajak icam pegi!!

    Ha a la..gmbar mesjid ko leh buat kad raya..nanti kite buat kad raya travelholicawesome ler !!Lily p cek quotation! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. BluEEwoke:

      ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ ko tu reti ke buat SAJIAN ISTANA??? Meh aku rasa masakan ko tu kekekkeke

      Nak buat poskad? Sila bayar royalty!

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS