2012-04-04

Misi Suci | Travelholicawesome : Cerita Sebenar

Assalamualaikum!

Apasal tetibe banyak blog yang buat entry pasal Sekinchan ni? Motif apakah sebenarnya? Bukan ke Sekinchan tu dah dekat benar dengan rumah grandma aku? Nape aku tak singgah rumah grandma tapi sempat terkinja-kinja kat Sekinchan? Kenapa? Kenapa?......

"Banyak persoalan yang berada di minda...banyak tanda tanya dan juga kata kerja..." (ops ni lagu Najwa Latip) - Nyanyi ramai-ramai sambil buat human wave.
Sebenarnya, kengkononya, kisahnya (pilih la mana satu yang sedap bunyi) aku join group #travelholicawesome membuat roadtrip ke Sekinchan. Misi utama adalah untuk menziarah Kakak Santek (empunya blog INI) yang baru je melahirkan seorang beby (sebut betul-betul ye, kang Kakak Santek marah) perempuan yang sangat comel dan baik budaknya. Ye serius, dia sangat baik...bayangkan kalau bom meletup pon, dia hanya akan tersenyum bahagia dan mencomelkan diri. Betul tak Kakak Santek???

Tengok ni, SUCISONIA MARYAM (entah betol ke cenggini eja nya?) baik je budaknye. Anak sapa la ni.

TAPI..... sebenarnya sebelum sampai ke rumah Kakak Santek tu, hati lebih meronta-ronta nak singgah tempat lain dulu!!! Kekeke, punya la plan bagai nak rak, destinasi A sampai destinasi Z (yakni rumah Kakak Santek) dua minggu sebelum tarikh kejadian. Sayang tak ramai ahli #travelholicawesome yang dapat join, rata-ratanya dibayangi beban tugas di opis masing-masing. Kesiannnnn.

Takpelah, tanpa mereka, aktiviti kami tetap meriah. Nak tau apa yang kami semua buat? Destinasi pertama, dari rumah Chawanna kami bergerak menuju ke Kuala Selangor. Alhamdulillah, dapat jugak tunjuk macamana rupa Kuala Selangor tu kat Chawanna hehehe. Kat Kuala Selangor, kami singgah makan tengahari....dengan berbaju kurung memasing (yang perempuan je ye) kami kelihatan seolah-olah:-
  1. Baru dihalau dari rumah kenduri kawen;
  2. Cari rumah orang kawen tapi tak jumpa lalu makan kat kedai; ATAU
  3. Makanan kat rumah kenduri kawen tak cukup jadi terpaksa makan kat kedai.
(Pilih salah satu daripada option di atas).

Cek dulu apa yang patut...ntah apa yang di cek pon tatau.
Sebelum jumpa yang besar, kita usha yang kecik dulu yer.

Walaupun hujan masih rerenyai...hati kami meronta-ronta nak panjat Bukit Melawati, panjat pakai trem la, tak kuasa le pulak nak mendaki jalan kaki. Walaupon dah banyak kali kot aku naik trem ni, dan naik Bukit Melawati ni (sebab dulu-dulu mak bapak aku selalu bawak singgah sini masa balik kampung ke KL) tapi keterujaan naik bersama #travelholicawesome tu lain pulak rasanya...hehehe #drama.

Tambang naik trem ni pon murah je, RM 3 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Tapi untuk Aqilah, Free!!! hehehe. Terima kasihlah wahai MasMZ sebab sudi belanja duit tiket trem.. #untungla.

Tatkala semua tengah bizi nak beli tiket, ada pulak yang verangan tepi trem?
Aqilah pon nak cuba pestaim naik trem! Yeay!
Main tembak-tembak lagi atas trem.
Masa trem ni nak naik mendaki bukit, agak tak larat jugak dia sebab masing-masing berat kot? Kekeke. Dan perjalanan naik ke atas sekejap je, tak sampai 10 minit pon. Di atas puncak bukit ni ada sebuah Rumah Api yang tersergam indah yang masih digunapakai sehingga sekarang!

Kat atas tu jugak ada banyak lotong dan beruk! So berhati-hatilah dengan barang-barang anda. Ada juga beberapa pakcik yang gigih menjual buah-buahan dan kekacang untuk diberi makan kepada beruk dan lotong tu. Hati-hati ya, beruk agak jahat dan ganas berbanding lotong.

Akhirnya setelah berhempas-pulas trem tu sampai jugak ke atas.

Antara makanan monyet dan lotong yang dijual.
Singgah masuk muzium kejap.
Kami sempat juga masuk ke dalam muzium yang juga terletak di atas Bukit Melawati. Masuk free je, dan dalam muzium tu kita dapat macam-macam info mengenai sejarah Kuala Selangor dan Kesultanan Selangor.

Ada pulak dua orang cikgu tadika nak join sama masuk muzium.
Dah selesai menghabiskan masa di Bukit Melawati, kami pon meneruskan Misi Suci menuju ke Sekinchan. Masa tu Biqque dah banyak kali sms tanya kami kat mana, tapi saje je buat-buat tak dengar bunyi tepon sebab nak fokus bergambar katanya hehehee. Sorry Biqque!

TAPI... sempat lagi kami singgah di satu kawasan yang tidak dapat dikenalpasti. Menurut gambar di blog Kak Coco, nama tempat tu Sungai Burung? Ok betul la tu gamaknya. Cuba tengok apa yang #travelholicawesome buat kat situ? Macam-macam #drama tau!
Bermula dari sini, ketenangannya terganggu selama beberapa jam...entahla anak sapa la yang datang tu.
Kedamaian diganggu-gugat .... semua demi bergambar cantek ....
Ada yang over....
Ada juga yang kelihatan pasrah.... (eh macam nak terjun parit je tu lagaknya)
Ada yang bercengkerarama.... Jejaka: "Kalau dia toleh maknanya dia syok kat aku"
Dan ada yang seperti cikgu tadika baru pulang dari mengajar....
Ada juga yang seperti tuan bendang, melawat kawasan...(eh ni bukan yang atas titi pasrah tadi ke????)
Apa-apa pon, kami gembira!

Aqilah pon gembira!
Dapat main payung dengan jayanya.... senang sesape yang menjaganya.
Eh lupa, ada jugak yang seperti mabuk baru pulang clubbing??? hahaha ops silap..joget lambak katanya.
Apa-apa pon... Danny takde dalam misi ini...kesian...
Lepas habis menembak kat sawah tu baru lah kami singgah rumah Kakak Santek. Masa tu masing-masing dah tak semenggah. Kekeke.

Huh dari aku layan korang semua, baik aku tido.... Babai.
Nanti ada lagi sambungan lepas Misi Suci!!! Tunggu sambungan akan datang....

WASSALAM.

20 comments:

  1. hahahaahaaaaaaaaaa.....
    lawaks weh
    opsss..overst plak
    ....
    ..
    kisah sebenar akhirnya terurai sudah..

    ReplyDelete
  2. Kak Anash:


    Kekeke terurai..tapi belom habis lagi kekekeke.

    ReplyDelete
  3. muahahahaha.... yang penting gambar overst tu dua-dua kaki tak jejak tanah....

    "Mak jemuran dah turun..... ehhh hujan dah turunnnnnn" #drama

    ReplyDelete
  4. gambo mas berlari anak tuh cunnn tp kalu mak mentua tgk geleng pala lari kat batas haha

    ReplyDelete
  5. #untungla korang sume dh lupakan aku....gmbr2 sume cun! tp kalo muka aku ade, lagi cun. #riak

    ReplyDelete
  6. MasMZ:

    Kengkonon ringan la tu yer sebab terapung???? #motif

    ReplyDelete
  7. Ely:

    Gambo tebiats memang selamanya cuns

    ReplyDelete
  8. Danny??? John????

    #drama sangat.
    Ye kalo gambo ko ada pasti jadi EPIC semua gambar2 aku amik.

    ReplyDelete
  9. kefofularan ku terserlah, keayuan ku termegah, #untungla JD tak da.

    ReplyDelete
  10. #untung lah dpt jugak pegi Sekinchan dan Kuala Selangor, dpt jugak bermain di bendang org hahahaha..

    Gambor cuns.. I LIKEY!!!

    ReplyDelete
  11. Lily:

    Ye lili, u mmg fofuler! hahahaha

    ReplyDelete
  12. BlueEwoke:

    Kannnn untungla dapat pegi bendang hahahahaaa

    ReplyDelete
  13. Nice pic...seronok ade group cmni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Hamra:-

      Alhamdulillah... Dunia ini luas untuk mencari ramai kawan hehehe

      Delete
  14. tgk smula pic cawan mcm joget lambak pun ade.. kurang gangster plak dh.. nanti nk tambah ganas sket..

    ReplyDelete
  15. Cawan:

    kengkonon nak nampak gengseter macam Aaron Mat Harun ke? podahcitttt!

    ReplyDelete
  16. plg suke gmbr kak anash n MasMZ...

    lps tu dgn dialog2 menggedix pulak...mmg terbaek!!!!!

    ReplyDelete
  17. Travel & Food Lovers

    Hahahah begitulah hakikatnye kekeke

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS